Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Period Pain” Makin Melarat? Jangan Diabaikan – Kenalpasti Punca dan Cara Mengatasinya

Perkara yang paling mengerikan bagi wanita ketika kedatangan haid adalah senggugut (period pain). Tapi tidak semua wanita akan mengalami keadaan ini kerana anatomi tubuh badan setiap orang adalah berbeza.

Senggugut atau kekejangan ketika haid adalah sejenis gangguan yang berlaku sehari atau dua hari sebelum datang bulan serta mungkin boleh berterusan sepanjang haid.

Senggugut sering kali menjadi keluhan pada para wanita kerana ia akan menganggu aktiviti serta kerja seharian dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke kerja atau sekolah.

Mommy pun sering mengalami period pain? Usah bimbang. Sekiranya ia datang dengan gejala ringan atau sederhana sahaja, maka tiada apa yang Mommy perlu risaukan. Namun, lain pula ceritanya jika ia sudah masuk tahap teruk.

Punca-Punca Period Pain

Highlighted


#1. Pelvic Inflammatory Disease (PID)

Untuk pengetahuan Mommy, PID adalah penyakit radang panggul. Penyakit radang panggul adalah suatu infeksi yang menyerang organ reproduksi wanita seperti serviks, uterus, tuba falopi dan ovaric membawa kepada jangkitan bakteria di faraj dan mengakibatkan pendarahan teruk semasa haid.

#2. Endometriosis

Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita. Ia adalah keadaan dimana sel yang biasanya melapisi rahim berkembang pada bahagian tubuh lain seperti tiub fallopio dan ovari. Sel-sel ini mengakibatkan senggugut yang teruk. Sel yang dimaksudkan adalah sebahagian lapisan tisu.

#3. Fibroid

Fibroid adalah kebengkakan pada rahim. Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.

#5. Stenosis serviks

Stenosis serviks adalah keadaan yang menjadi punca serviks wanita mengecil dan menyempit jadi melambatkan aliran haid pada saluran darah.

9 Simptom Period Pain

Macam mana nak tahu kita sedang mengalami period pain? Di sini ada beberapa simptom yang Mommy boleh take note ketika sedang datang haid.

  1. Kesakitan pada bahagian bawah belakang badan
  2. Rasa sakit dari bahagian kaki atas ke bawah
  3. Sakit kepala
  4. Cirit-birit
  5. Badan terasa lemah
  6. Muntah
  7. Loya
  8. Mengalami kerengsaan
  9. Wujud risiko untuk pengsan (dalam kes senggugut teruk)

5 Tip Merawat & Mencegah Period Pain 

#1. Tuam guna beg kulit atau Hot Pad

Mommy boleh menggunakan hot pad yang berisi air suam dan diletakkan di bahagian bawah perut untuk dapat kelegaan.  Cara ini juga dapat membantu menenangkan serta meredakan kesakitan dengan cepat.

#2. Ubat tahan sakit 

Ubat antiradang nonstreroid (NSAID) sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Ia boleh dibeli di farmasi atau didapatkan di klinik yang berdekatan.

Jika Mommy memilih untuk menggunakan NSAID sebagai cara hilangkan senggugut, perlu rujuk kepada pakar kesihatan dahulu sebelum menggunakan sebarang ubat.

#3. Bersenam 

Kekal aktif dan bersenam seperti berjogging serta melakukan senaman ringan yang lain dapat mengurangkan kekejangan haid.

#4. Rehat dan bertenang 

Jika Mommy mengalami sakit belakang yang teruk ketika senggugut ia akan menyebabkan kesukaran untuk melakukan banyak perkara. Perlu rehat secukupnya dan bertenang dapat mengurangkan kesakitan.

#5. Pemakanan yang seimbang 

Kekalkan pemakanan yang seimbang dengan memperbanyakkan minum air dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Selain itu, mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.

Meskipun period pain ini tidak dirasai oleh semua wanita tetapi pengetahuan ini sangat penting untuk diambil berat oleh semua wanita. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya hal-hal yang lain dan menjejaskan kesihatan seseorang terutama kepada wanita yang masih muda.

Semoga artikel ini dapat membantu Mommy mengatasi masalah period pain dengan baik.


Dapatkan lebih banyak artikel berkaitan kesihatan ibu bapa di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.