Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Kenapa nak sangat kahwin?” Perkahwinan Budak 11 Tahun di Kelantan

perkahwinan budak

TIDAK SAH! Bukan sahaja masih di bawah umur, malah masih berada di sekolah rendah. Malaysia dikejutkan dengan berita perkahwinan budak perempuan yang baru berumur 11 tahun dengan lelaki 41 tahun. Apakah motif sebenar disebalik perkahwinan ini?

Kecoh di media sosial dan seluruh negara apabila isteri kedua lelaki tersebut meluahkan kisah suaminya yang berkahwin untuk kali ketiga.

Highlighted


Sumber: mStar Online

Anda boleh bayangkan tak kalau anak gadis anda yang masih di sekolah rendah dikahwinkan? Anak yang masih dikecil dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua, malah layak menjadi bapanya!

Di Malaysia, umur minimum sesuatu perkahwinan bagi seorang perempuan ialah tidak kurang daripada 16 tahun, manakala 18 tahun bagi seorang lelaki.

Walaupun tiada unsur jenayah dalam perkahwinan itu, tapi jika seorang budak perempuan berumur bawah 16 tahun dinikahkan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim Mahkamah Syariah, ia merupakan tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan.

Perkahwinan tiada paksaan, suka sama suka.

“Ya, memang benar saya sudah berkahwin dengan isteri ketiga. Kami suka sama suka. Kami sudah bercinta sejak empat tahun lalu,” kata si suami, Che Abdul Karim dalam laporan yang dikeluarkan mStar Online.

Dia berkata bahawa telah mengenali isteri ketiganya itu semasa kanak-kanak tersebut menemani ibunya bekerja di kedai makan milik isteri pertamanya.

Bosku, Menantuku

Bukan tajuk drama baru, tapi itulah hakikat kisah perkahwinan budak 11 tahun ini.

Che Abdul Karim merupakan seorang imam di satu surau dikampung. Dia juga seorang pembeli getah di kampung tersebut, warganegara Malaysia dan sudah beristeri dua.

Dalam laporan yang dikeluarkan Astro Awani oleh aktivis sosial, Syed Ali, budak perempuan tersebut merupakan anak bongsu kepada pasangan yang berwarganegara Thailand. Ibu bapanya bekerja sebagai penorah getah dan menjual getah kepada Che Abdul Karim yang kini merupakan menantu mereka.

Tular hingga dilaporkan media antarabangsa.

Kisah tular ini turut mendapat perhatian media luar, apabila di laporkan oleh @TheGuardian dan mendapat perhatian UNICEF Malaysia.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkahwinan itu tidak sah dan pasangan tersebut harus dipisahkan. Beliau juga gusar kes perkahwinan tersebut mungkin terdapat unsur-unsur seperti pedofilia, eksploitasi kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak.

Sumber: Youtube @astroawani

Rakyat Malaysia terkejut dan ramai yang menentang perkahwinan mereka!

 

Kisah perkahwinan budak 11 tahun ini tidak dipersetujui ramai sehingga wujudnya #EndChildMarriage di Twitter.

 

Rata-rata rakyat Malaysia menentang perkahwinan yang menggemparkan ini. Namun, ada juga yang menyokong dengan alasan ia mengikut Sunnah dan direstui keluarga budak perempuan tersebut. Apa-apa pun, hal ini PERLU DIAMBIL TINDAKAN yang sewajarnya.

Dapatkan produk bayi MURAH disini.