Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Perkara Yang Boleh Difahami Setiap Pasangan Kembar

pasangan kembar

6f6cf0d476e8dcf4_twins

6 Perkara Yang Boleh Difahami Setiap Pasangan Kembar

Mempunyai kembar adalah sesuatu yang sering saya banggakan. Seingat saya, kami berdua menentang dunia dan saya beruntung kerana selama kami membesar, hubungan rapat kami bertukar menjadi persahabatan yang epik. Saya tertanya-tanya betapa berbezanya kehidupan saya dahulu dan sekarang jika mempunyai adik untuk dijaga dan adik-beradik yang tua untuk menjaga, tetapi saya tidak akan mengubah apapun kerana adik saya, Nicole, adalah saya. Tidak kira gabungannya (dua perempuan, dua lelaki, seorang lelaki dan seorang perempuan), setiap pasangan kembar boleh mengenalpasti enam perkara ini:

klik disini untuk mendapatkan barangan bayi murah.

1.      Belajar berkongsi lebih awal. Saya bukan hanya bercakap tentang perkara materialistik seperti permainan dan pakaian. Sebagai kembar, seluruh kehidupan saya adalah perkongsian sejak hari pertama. Dari jamuan hari jadi ke Bat Mitzvah hinggalah bilik tidur (ya, kami terhad dengan katil dua tingkat), menjadi kembar telah mengajar saya makna sebenar “berkongsi kerana sayang.”

2.      Sering menjawab soalan yang sama. “Kamu kembar seiras atau lain jantina?” Secara amnya itulah soalan pertama yang ditanya selepas mengetahui anda adalah kembar. Soalan biasa yang lain adalah jika kami berkongsi kumpulan rakan. Saya sering fikir ia adalah soalan yang pelik, kerana saya tidak boleh membayangkan mempunyai dua kehidupan sosial yang berbeza. Ramai pasangan kembar yang bercabang kepada krewnya sendiri, kami bukan seperti itu. Jangan salah faham, kami mempunyai rakan sendiri yang tidak dikongsi, tetapi kami berkongsi rakan rapat (lihat diatas).

3.      Sesi perkenalan adalah mudah. Perlu memberitahu “fakta menarik” tentang diri anda di dalam bilik yang penuh dengan orang agak menakutkan untuk orang biasa, tetapi untuk kembar ia agak berlainan. Saya tidak perlu menerangkan, tetapi secara personalnya saya sentiasa teruja untuk berkongsi tentangnya. Saya tidak perlu berfikir dua kali tentang apa yang perlu dicakapkan atau risau ia tidak cukup menarik. Apapun, ia adalah anekdot mudah yang ada di poket belakang saya.

4.      Menyimpan gambar kembar anda dalam fail. Setelah orang mengetahui anda adalah kembar, mereka sering ingin melihat gambar untuk perbandingan. Kami bukanlah pasangan kembar yang bertukar tempat untuk mempermainkan orang sekeliling. Orang yang mengenali kami dapat membezakan dengan mudah, tetapi kami sering melihat muka yang kebingungan daripada kenalan dan saudara jauh yang hanya melihat kami semasa bayi.

5.      Usaha sedar untuk menjauhkan diri. Walaupun sangat hebat untuk menjadi kembar, saya juga fikir ia penting untuk individualiti sendiri. Saya dan adik mempunyai personaliti semula jadi yang berbeza, jadi ia bukanlah cabaran yang besar. Samada menyertai aktiviti musim panas yang berlainan ketika membesar atau mendaftar di kolej yang berbeza, kami membuat banyak keputusan sebagai individual berbanding sebagai unit.

klik disini untuk mendapatkan barangan bayi murah.

6.      Sedia ada mempunyai sahabat. Bayangkan membesar dengan rakan rapat bersama pada setiap malam. Bayangkan mempunyai seseorang yang mengharungi setiap peringkat kehidupan yang sama seperti anda. Itulah pasangan kembar. Mempunyai kembar seperti mempunyai papan bunyi yang melamtun dengan idea yang berterusan. Kembar saya adalah sumber nasihat pertama tanpa belah bahagi, kerana dia faham saya melebihi orang lain.

Jika kamu tertanya-tanya rasanya mempunyai kembar, ya – sangat hebat. Menjadi kembar telah mengajar saya banyak perkara tentang kehidupan dan menjadi sebahagian daripada identiti saya. Jadi terima kasih, Ibu dan Abah, kerana memberi pasangan yang sangat diingini.

Artikel ini dipetik daripada Popsugar.com

sumber gambar: POPSUGAR Photography / Samantha Netkin