Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perkara yang Ibu Bapa Malaysia Perlu Terapkan Pada Awal Usia Kanak-Kanak

Mother and Son Making Lemonade

Perkara yang Ibu Bapa Malaysia Perlu Terapkan Pada Awal Usia Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, adalah baik mempersiapkan anak anda untuk masa hadapan. Bukan dengan kasar, memaksa, tetapi dengan perkenalan lembut. Mengenalkan sesuatu yang baru kepada anak anda sedikit demi sedikit sebelum mereka mencapai umur tertentu adalah bagus. Ia mungkin membantu jika anak anda untuk tahu bersedia ketika kecemasan pada usia muda. Samada bersama atau tidak bersama anda. Kecemasan seperti, ketika si kecil anda hilang di pasaraya atau dia kehilangan jejak anda di taman. Ia menjadi tanggungjawab anda untuk mengajar dia samada bercakap dengan orang asing atau menangis dengan kuat jika dia tersesat. Mengajar dia pada usia muda cara untuk bertindak balas dan tindakan apa yang perlu diambil ketika berseorangan adalah untuk kebaikannya.

Nama anda dan pasangan

 

Ini mungkin kelihatan mudah dan senang. Tetapi jika anda pernah lihat kemudaratan kepada kanak-kanak yang tidak mengetahui nama ibu bapanya, anda tidak mungkin akan fikir demikian. Anak anda patut tahu nama anda dan pasangan pada awal usianya. Latih dia sedikit demi sedikit setiap hari. Tanya padanya, “apa nama ibu?” atau “apa nama ayah?” selepas dia mengetahui namanya sendiri. Lihat mulut comelnya menyebut nama anda dengan betul. Minta dia mengikut sebutan anda. Dia akan belajar, cuba untuk bersabar. Ia bukan perlumbaan. Langkah kecil ini mungkin membawa perubahan besar. Jika anak anda hilang di pasaraya seperti MidValley, atau KLCC, nama anda akan membuat perbezaan. Kerana jika anak anda menangis di tengah pusat, atau ketika dia terjumpa kaunter servis pelanggan, dia akan meyebut nama anda. Orang disana akan bertindak memanggil nama anda. Tidak telalu awal untuk mengajar perkara begini kepada anak anda kerana ia boleh mengelakkan kemudaratan kepadanya.

Bagaimana untuk bertindak kepada orang asing

 

Sangat mudah untuk mengajar anak pada awal usia untuk tidak bercakap dengan orang asing. Tetapi betulkah cara yang diajar? Tidakkah kita belajar berinteraksi dengan orang asing dalam kehidupan harian kita? Bukankah kita semua orang asing? Orang asing adalah seseorang yang kita tidak kenali. Jika anak anda diajar untuk tidak bercakap dengan orang asing, mungkin dia akan susah untuk berkawan dan takut orang, pada awal usianya. Jadi, daripada mengajarnya untuk tidak bercakap dengan orang asing, ajarlah mereka cara untuk bertindak dengan orang asing yang berlainan. Terangkan jenis situasi yang berbeza supaya mereka faham gambaran orang asing. Kita tidak mahu anak-anak untuk menilai dan berprasangka pada awal usianya

Tubuh sendiri

 

Penting untuk kanak-kanak mengenal tubuh mereka sendiri. Dengan cara dunia bekerja sekarang, dan menuju ke arah yang salah, terlalu banyak pelanggaran susila dan pencabulan. Kita mesti mengajar anak tentang keadaan dunia yang diduduki sekarang. Walaupun pada awal usia. Tidak kira betapa tidak selesa dan susahnya subjek itu. Anda mesti memberitahu anak anda untuk tidak memeluk atau mencium seseorang dengan senang seperti di rumah. Mereka mungkin fikir tidak apa untuk memeluk dan mencium rakan kerana mereka dipeluk dan dicium di rumah. Anda perlu mengajar anak anda bahawa anggota badannya tidak boleh disentuh oleh sesiapa sahaja, keluarga ataupun bukan. Jika seseorang menyentuhnya, mereka perlu memberitahu anda dan pasangan tentangnya. Ajar anak anda pada awal usianya tentang kepentingan tubuh badannya, dan jangan malu memberitahu anda tentangnya. Jika anda fikir ini tidak penting, tidak sopan dan terlalu awal; fikir tentang keadaan dunia kita sekarang.

Masa yang sesuai atau hak untuk memanggil anda

 

Jika anak anda sudah tahu menggunakan telefon, elok untuk mengajarnya cara atau kepentingan memanggil anda. Tetapi, tentulah anda perlu memberitahu nombor anda dan kepentingannya dahulu. Minta dia untuk ingat dengan baik dan tunjukkan cara untuk membuat panggilan. Jika ada kecemasan semasa ketiadaan anda dan pasangan, anak anda akan tahu cara mendapatkan anda. Terangkan situasi ketika perlu membuat panggilan. Hal ini kerana, kanak-kanak zaman sekarang, hanya tahu menggunakan telefon untuk bermain permainan, dan bukan untuk benda kepentingan. Jadi sediakan anak anda, untuk keselamatan walaupun pada awal usianya.

Bagaimana untuk melayan orang

 

Negara kita, Malaysia, adalah negara pelbagai etnik. Ada pelbagai etnik yang berbeza di setiap bahagian negara. Jadi, sangat baik untuk mengajar anak kita pada awal usianya cara untuk melayan orang dari pelbagai etnik dan pegangan. Kita adalah contoh kepada anak-anak. Walaupun kita tidak berfikir demikian, setiap kelakuan yang kita lakukan akan dilihat oleh mereka. Jadi, kelakuan dan cara kita melayan orang lain akan diikut oleh mereka. Ajar mereka untuk melayan semua orang dengan sama. Jantina, hobi, etnik, kepercayaan yang berbeza tidak bermakna mereka bukan manusia. Mereka juga manusia seperti kita. Jadi kita perlu mengajar anak kita untuk melayan orang dengan baik dan sama adil.