Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ibu Muda Ini Kongsikan 6 Perkara ‘Mengejutkan’ Mengenai Newborn

Bagi first time Mommy, jangan terkejut apabila melihat pelbagai perkara aneh yang terjadi kepada bayi yang baru lahir.

Jangan takut Mommy, meskipun kelihatan aneh ia adalah perkara normal yang sering terjadi kepada newborn.

Mari ikuti sebuah perkongsian Mommy yang baru pertama kali iaitu Ezzah Nor di laman Twitter miliknya tentang pengalaman beliau yang terkejut dengan benda yang berlaku pada bayi beliau yang baru lahir.

6 Benda ‘Mengejutkan’ Tentang Newborn Mommy Perlu Tahu 

1. Darah pada pampers

Bayi perempuan – mungkin ada darah atas kesan sampingan daripada hormon di dalam rahim. Selalunya, bayi perempuan akan keluar darah macam haid ini disebabkan pengeluaran estrogen lepas dilahirkan.

Bayi lelaki –  mungkin disebabkan oleh pergerakan usus yang kasar yang boleh mengakibatkan calar or luka pada dubur.

Untuk bayi yang baru sunat juga mungkin akan ada sikit pendarahan pada dubur mereka.

2. Cradle cap

Cradle cap adalah keadaan kulit yang menyebabkan tompok bersisik dan berkerak atau berminyak pada kepala bayi. Tompokan yang berkerak agak susah ditanggalkan.

Ia tidak sakit atau menyebabkan kegatalan pada kulit bayi cuma akan kelihatan tidak bersih sahaja.

Highlighted


3. Bintik Putih 

Tompokan putih halus atau lebih dikenali dengan nama milia ialah keadaan yang biasa terjadi kepada bayi yang baru lahir.

Tompokan ini biasanya akan muncul disekitar hidung dan mata. Dianggarkan 50% baby ada milia dekat muka dan akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh 4 minggu.

4. Tompok Mongolia 

Tompokan seakan lebam ni adalah tanda lahir yg dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis atau lebih dikenali sebagai tompok Mongolia

Tompok ini biasanya muncul dekat sekitar belakang badan, punggung atau bahu bayi.

5. Badan berbulu 

Kehadiran bulu halus atau lanugo ini wujud untuk mengekalkan suhu badan bayi ketika dalam rahim sebelum adanya lemak pada badan.

Lanugo biasanya akan gugur pada minggu-minggu terakhir kehamilan.

 

6. Tahi pertama bayi berwarna hitam 

Jangan bimbang, ia adalah normal apabila bayi mengeluarkan tahi berwarna hitam dan bukan tanda apa-apa penyakit lain.

Semoga perkongsian ini dapat membantu memberi ilmu baharu kepada Mommy dan Daddy yang baru pertama kali yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata.


Mommy Daddy boleh dapatkan lebih banyak info yang pelbagai tentang penjagaan bayi di SINI.