Ibu, Bayi & Kanak Kanak

9 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Tindikan Di Telinga Bayi

perkembangan anak-anak

gambar daripada zara.com

 

Anak pam yang berusia 8 bulan. Ahli keluarnya mencadangkannya untuk menindik telinganya, ia akan kurang sakitnya apabila telinganya masih lembut. Pam tidak pasti. Dia tidak dapat bayangkan kesakitan yang bakal anaknya alami pada usianya.

Tindikan di telinga bayi adalah menjadi satu kebiasaan dan budaya sesetengah masyrakat. Dalam beberapa komuniti, lelaki juga boleh ditindik telinganya walaupun mereka masih kecil. Walaubagaimanapun, ia adalah satu keputusan yang sukar untuk ibubapa. Untuk itu, kami akan lampirkan beberapa jawapan tentang tindikan dan membantu anda tangani jangkitan jika ia berlaku. Kami juga mencadangkan beberapa jenis anting-anting untuk dipakai oleh bayi anda.

1. Bilakah masa yang sesuai untuk menindik telinga bayi?

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), tiada umur spesifik untuk menindik telinga anak, dan berkenaan umur, tindikan di telingan tidak berisiko jika ia dibuat dengan betul dan bersih.

Sesetengah ibubapa menindik telinga anaknya pada usia 12 hari manakal sesetengahnya lagi lebih gemar untuk menunggu sehingga umurnya mencapai setahun. Ramai pakar mencadangkan penentangan untuk menindik telinga pada bayi. AAP mencadangkan untuk menunggu sehingga anak tersebut sudah pandai menjaganya. Untuk terma lain, ia sepatutnya berusia 2 tahun.

2 tahun adalah umur yang sesuai untuk menindik telinganya untuk beberapa faktor: badan bayi anda kurang terdedah dengan alergik, dia sudah cukup dewasa untuk memahami arahan, dan kulitnya masih lembut. Ia juga masa yang sesuai untuk suntikan immune, termasuklah tetanus.

Satu kajian menunjukkan anak kurang terdedah dengan keloids – tisu parut – semasa tindikan dilakukan sewaktu berumur 1 hingga 10 tahun.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Anda boleh memilih bila masanya untuk menindik telinga anak anda, tetapi ingatlah tentang cadangan pakar seperti AAP. Jika anda meneruskan dengan keputusan tersebut untuk menindik telinga anak anda lebih awal, anda perlu lakukannya dengan betul.

2. Dimana boleh saya menindik telinganya?

Sesetengahnya mendapatkan di kedai perhiasan sementara sesetengahnya melakukan di pakar kesihatan, yang melakukan tindikan. Tiada halangan untuk melakukan dimana-mana asalkan ianya pakar dn tempat tersebut bersih.

Alat untuk melakukan tindikan inilah perlulah di bersihkan. Ianya berbeza bagi bayi dan dewasa. Buatlah kajian dan cari tempat yang pernah melakukan tindikan pada bayi. Jangan sesekali memilih sebarangan. Rujuk pada pakar kerana mereka lebih mengetahui tentang keselamatannya.

3. Bagaimana untuk melakukan tindikan pada bayi?

Proses tindikan pada bayi adalah sama seperti dewasa. Terdapat beberapa langkah untuk prosedurnya:

Langkah 1: Doktor/pakar tersebut membersih kawasan tindikan dengan menggunakan alcohol atau pencuci kulit yang lain. Dia perlu memakai sarung tangan untuk mengekalkan kebersihan.

Langkah 2:  Tindikan boleh dilakukan dengan jarum tindikan atau pistol tindikan. Ia bergantung pada ibubapa yang memilihnya. Kedua-duanya menyebabkan kesakitan yang sama namun hanya semasa persos tindikan itu dijalankan.

Langkah 3:  Letakkan anting-anting pada lubang yang telah dibuat. Emas adalah metal yang selalu dipilih kerana kurang jangkitan. Ia juga tidak mendatangkan kemerahan dan kegatalan. Pastikan emas tersebut sekurang-kurang 14 karat. Alternative bagi emas ialah besi surgical, bebas nikel. Ia juga sangat bagus.

Langkah 4:  Anda harus mencuci bahagian tindikan. Doktor akan menyuruh anda untuk membuatnya 2 kali sehari untuk seminggu. Tukar anting-anting setiap minggu untuk 6 minggu seterusnya.

Cuping telinga adalah tempat yang sesuai. Selain cuping telinga, bahagian lain adalah kurang sesuai untuk ditindik sewaktu umurnya masih kecil. Ia juga tidak dicadangkan oleh pakar. Kekalkan pada bahagian cuping telinga: mudah dan kurang sakit kerana tiada tulang di bahagian tersebut.

Proses ini memerlukan persediaan dari pihak anda, untuk mengurangkan kekecohan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

4. Bagaimana untuk menyediakan bayi untuk tindikannya?

Persediaan mudah untuk proses yang lancer:

  1. Anak anda perlu berada dalam kesihatan yang baik untuk mengurangkan peluang penyakit dan meningkatkan kadar toleransi semasa proses tersebut. Jika dia tidak sihat, atau mempunyai tanda untuk sakit, tangguhkan rancangan pada tarikh lain. Kanak-kanak tersbut mungkin akan terkena jangkitan.
  2. Bawa permainan kesukaan anak anda, atau barang yang akan menarik perhatiannya semasa proses menindik. Ia akan menjadi sukar jika dia dalam keadaan meragam.
  3. Pakaikan anak anda pakaian yang berbutang yang senang dibuka tanpa menyebabkan kesakitannya kelak. Ia akan mengurangkan risiko kemalangan di bahagian telinga.
  4. Semasa proses berlaku, pegang anak anda dengan tenang. Dia akan terkejut dengan tindikan pertama. Apabila tindikan kedua dilakukan, berikan kata-kata positif untuk menenangkannya.
  5. Hargai keberanian dan kerjasama anak anda semasa proses dijalankan. Berikan sesuatu sebagai tanda penghargaan.

Apabila tindikan siap dilakukan, anda perlu memilih anting-anting selamat dan sesuai untuk si kecil anda.

5.      Anting-anting jenis manakah yang boleh dipakai?

Bayi hanya boleh memakai anting-anting yang selamat digunakan. Pemilihan anting-anting yang lembut, mengurangkan kesakitan pada kulitnya. Anting-anting ini juga ringan.

  • Jangan memilih anting-anting yang jenis tergantung.Bayi anda boleh mencederakan dirinya tanpa sengaja.
  • Jauhi anting-anting yang besar dan tajam, yang boleh melukakan dirinya semasa tidur.

6. Langkah yang perlu diambil selepas menindik?

Ia mengambil 4 hingga 6 minggu untuk lubang tersebut sembuh. Semasa frasa ini, periksa jika ada jangkitan:

  • Tukarkan anting-anting seminggu sekali. Setiap kali menukarkannya, bersihkan menggunakan kapas yang dicelup dengan pencuci.
  • Pegang bahagian tindikan dengan tangan yang bersih. Basuh dan keringkan tangan anda sebelum memegangnya.
  • Bersihkannya 2 kali sehari untuk 45 hari selepas menindik, untuk mengelak dari kuman. Basuhkan juga pada bahagian telinga dengan sabun antibakteria bayi.
  • Jauhi anak anda dengan habuk kerana ia akan membawa kepada bacteria.
  • Elakkan anak anda memegang telinganya. Jika anak anda berusia 2 tahun, anda boleh memberitahunya untuk tidak menyentuh anting-anting tersebut.

Anda tahu bahawa lubang tindikan boleh membawa kepada jangkita. Periksa jika terdapat tanda jangkitan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

7. Tanda Jangkitan?

Lihat tanda-tanda ini:

  • Kemerahan yang kronik:bayi anda akan mengalami kemerahan di bahagian tersebut untuk beberapa hari, tetapi jika ia berterusan selama seminggu, ia mungkin tanda jangkitan.
  • Cecair keluar pada bahagian tersebut: Pus dihasilkan oleh darah putih. Jika ianya terjadi, ia adalah jangkitan. Jangkitan ini mungkin kelihatan putih dan tidak berwarna.
  • Bintik merah: bintik ini mungkin berwarna merah atau keungguan. Bintik ini lembut apabila disentuh dan sakit.
  • Bintik besar:  jika anda melihat bintik besar berdekatan dengan bahagian tindikan, ia mungkin adalah keloid. Keloid biasanya merupakan tanda jangkitan.
  • Demam: jangkitan boleh membuatkan anak anda demam. Jika demam berlarutan lebih daripada sehari, anda harus berjumpa dengan doktor.

Fahami sebab jangkitan yang boleh membantu anda mencegahnya.

8. Penyebab Jangkitan?

Lubang tindikan di telinga akan meninggalkan parut, dan seperti parut lain, ia boleh menyebabkan jangkitan disebabkan bacteria pada kulit. Beberapa faktor terjadinya jangkitan:

  • Kekotoran pada bahagian tindikan:tidak membersihkannya dengan betul boleh menyebabkankan jangkitan.
  • Terdedah dengan bakteria: bakteria berada dimana-mana sahaja melalui habuk dirumah, atau ditaman. Jika anda tidak mencegahnya, jangkitan akan berlaku.
  • Anting-anting yang ketat, tak selesa:anting-anting yang ketat akan membuatkan proses penyembuhan menjadi lambat. Ia juga menghalang laluan udara.
  • Kerap memegang bahagian telinga:jika anak anda kerap memegangnya, ia akan berlakunya luka dibahagian tersebut, yang menyebabkan jangkitan.

Bayi anda  akan kelihatan cantik dengan anting-anting tersebut dan anda tidak mahu kecantikan tersebut diganggu dengan sebarang jangkitan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan?

9.  Bagaimana untuk merawat jangkitan?

Jika anda mengesyak sebarang jangkitan, sapukan pencuci menggunakan kapas dan bawanya ke doktor. Jangan merawat sebarangan. Sesetengah rawatan, tuaman atau air saline di telinga hanya berkesan pada yang dewasa tetapi ia akan membahayakan kulit bayi. Anda mungkin menambahkan jangkitannya. Doktor adalah rujukan terbaik.

Anting-anting memberi dandanan yang baru buat si kecil anda. Dapatkannya dari pkar di tempat yang selamat. Jaga pada bahagian tindikan supaya tidak terkena jangkita. Penjagaan rapi akan membantu merawat telinga bayi anda dengan cepat.

Artikel ini dipetik dari babyearspierced