Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perkembangan Bayi Yang Sihat & Penting Sepanjang Tahun Pertama Si Manja

Daripada bayi baru lahir yang tidak tahu apa-apa kepada kanak-kanak yang aktif: 12 bulan diperlukan untuk bayi anda menjalani transformasi hebat ini. Bayi membesar dan berubah dengan kadar yang mengagumkan, dan tahap perkembangan bayi amat mengujakan setiap bulan.

Ibu bapa yang baru pasti sering tertanya-tanya tentang perkembangan bayi samada si manja kita berkembang mengikut sasaran atau tidak. Daripada terlalu fokus dengan tahap perkembangannya, penting untuk ingat bahawa perkembangan bayi berbeza dan bergantung pada gayanya yang tersendiri.

Jika bayi anda mencapai satu tahap dengan lebih awal, tahap berikutnya mungkin lambat, kerana dia terlalu sibuk menyempurnakan kemahiran lain,

kata Jennifer Shu, MD, pediatrik dan penolong pengarang Heading Home with Your Newborn.

Segelintir bayi mungkin mengeluarkan perkataan pertamanya pada usia 8 bulan, sementara yang lain tidak bercakap sehinggalah setahun lebih. Mungkin mula berjalan pada sembilan hingga ke 18 bulan.

Biarkan dulu kepelbagaian tersebut, ini adalah apa yang mungkin dilakukan oleh bayi anda pada tiga bulan pertamanya.

Perkembangan Bayi: Satu ke Tiga Bulan

Highlighted


Ketika peringkat perkembangan pertamanya, badan dan otak bayi masih belajar unruk hidup di dunia luar. Antara kelahiran dan bulan ke tiga, bayi anda mungkin mula untuk:

  • Tersenyum, kepada diri sendiri pada awalnya. Tetapi dalam tiga bulan, dia akan membalas senyuman dan cuba untuk membuat anda tersenyum kembali.
  • Mengangkat kepala dan dadanya.
  • Mengesan objek dengan matanya dan penyilangan mata beransur kurang.
  • Membuka dan menggenggam tangan dan membawa tangan ke mulutnya.
  • Menggenggam objek dalam tangannya.
  • Mengebas atau menjangkau objek berjuntai, walaupun belum boleh mencapainya.

Perkembangan Bayi: Empat ke Enam Bulan

Semasa bulan ini, bayi belajar untuk mencapai dan mengendali dunia kelilingnya. Mereka kuasai penggunaan alat, tangan dan menemukan suara mereka. Dari 4 hingga ke 6 bulan, bayi anda mungkin:

  • Begolek dari depan ke belakang dan sebaliknya. Selalunya dimulakan dari depan ke belakang.
  • Berceloteh, membuat bunyi seperti berbahasa.
  • Ketawa.
  • Menjangkau dan mencekup objek (jaga rambut anda), dan mengendali permainan dan objek ditangannya.
  • Duduk dengan bantuan dan kawalan kepala yang baik.

Perkembangan Bayi: Tujuh ke Sembilan Bulan

Semasa setengah tahun ini, si kecil anda menjadi bayi berjalan. Setelah mengetahui bahawa dia boleh ke mana sahaja dengan bergolek, dia akan menghabiskan masa beberapa bulan akan datang dengan mempelajari cara bergerak ke hadapan atau ke belakang. Jika anda belum kalis bayi, bersedialah!

Dalam masa ini, bayi mungkin:

  • Mula merangkak. Termasuklah mengesot (mengheret punggungnya) atau “army crawling” (mengheret perutnya menggunakan tangan dan kaki), dan juga merangkak biasa menggunakan tangan dan lututnya. Segelintir bayi tidak merangkak, terus bergerak dari mengesot ke berjalan.
  • Duduk tanpa sokongan.
  • Membalas kepada bunyian yang biasa didengar seperti namanya. Dia mungkin membalas kepada “Tidak” dengan berhenti sekejap dan melihat anda, mungkin juga mula berceloteh “Mama” dan “Dada”.
  • Bertepuk dan bermain permainan seperti patty-cake dan peekaboo.
  • Belajar untuk berdiri dengan menarik.

Perkembangan Bayi: 10 ke 12 Bulan

Peringkat terakhir perkembangan pada tahun pertamanya adalah sedikit berbeza. Dia bukan lagi janin, dan mungkin lebih berkelakuan seperti kanak-kanak. Tetapi masih kelihatan seperti bayi. Dia belajar untuk:

  • Mula untuk makan sendiri. Bayi pada peringkat perkembangan ini mahir dalam “pincer grasp” – mampu memegang benda kecil seperti bijirin berbentuk O menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
  • Berjalan keliling bilik sementara berpegang pada perabot.
  • Bercakap satu atau dua patah perkataan, “Mama” dan “Dada” menjadi nama khas untuk ibu bapa. Jangkaannya ialah dalam tiga perkataan pada ulangtahun kelahiran pertamanya, tetapi susunannya hebat.
  • Menunjuk objek yang diingini untuk mendapatkan perhatian anda.
  • Mula “pretend play” dengan meniru anda atau menggunakan objek dengan betul, seperti berpura-pura bercakap di dalam telefon.
  • Memulakan langkah pertamanya. Selalunya terjadi sekitar setahun, tetapi boleh berubah.

Apabila Berjumpa Pediatrik

Apa perlu anda lakukan jika anda fikir bayi tidak mengikut jarak perkembangan atau pertumbuhan,seperti sepatutnya? Pertama, kata Shu, percaya naluri anda. “Jika anda benar-benar rasa sesuatu yang pelik, berbincanglah dengan doktor anda tentangnya kerana jika terdapat masalah, kami ingin tahu secepat mungkin,” katanya. “Campur tangan awal adalah sangat baik, dan anda lebih mengenali anak anda berbanding orang lain.”

Ingat, walaubagaimanapun, tidak semestinya bila bayi anda duduk sendiri atau mengeluarkan kata pertamanya adalah penting; itu hanyalah perkembangannya semakin maju. “Jangan hanya melihat pada kemajuannya dan perubahan serta pembesarannya,” kata Shu. “Ia bukan perlumbaan. Tiada yang akan bertanya permohonan kolejnya ketika dia mula berjalan atau bercakap ‘da-da.’”

Bulan Demi Bulan

Jadual ini menunjukkan jarak perkembangan yang lazimnya dicapai bayi pada setiap bulan tahun pertamanya,dalam empat kategori utama. Perlu ingat bahawa setiap bayi adalah berbeza dan membesar dalam kadarnya sendiri. Tiada waktu yang tepat untuk kemahiran ini mula muncul. Jika anak anda masih belum mencapainya seperti yang dijadualkan pada carta, ia adalah perubahan perkembangan yang normal pada kanak-kanak. Lihat pada kemajuan, bukan batas waktu.

Motor Kasar Motor Halus Bahasa/ Kognitif Sosial
1 Bulan Menggerakkan kepala ke sisi ketika meniarap Genggaman yang kuat Tenung tangan dan jari Mengesan pergerakan dengan mata
2 Bulan Mengangkat kepala dan tengkuk ketika meniarap Genggam dan buka tangan Mula bermain dengan jari Membalas senyuman
3 Bulan Menjangkau dan memegang objek Menggenggam objek dalam tangan Berkukur Meniru ketika anda menjelir lidah
4 Bulan Menolak tangan ketika meniarap Mencekup – dan mendapatkan objek! Ketawa riang Suka bermain dan mungkin menangis jika berhenti
5 Bulan Mula bergolek ke arah yang lain Belajar mengalihkan objek dari tangan ke tangan lain Membuat buih mulut Mencapai ibu atau bapa dan menangis jika mereka tidak kelihatan
6 Bulan Bergolek ke dua-dua arah Menggunakan tangan untuk mengambil objek kecil Berceloteh Mengenali muka rapat – penjaga, kawan dan keluarga
7 Bulan Bergerak –mula merangkak, mengesot atau “army crawl” Belajar menggunakan ibu jari dan jari Berceloteh dengan lebih kompleks Membalas ekspresi perasaan orang lain
8 Bulan Duduk dengan elok tanpa bantuan Mula bertepuk tangan Membalas kepada perkataan rapat, melihat ketika namanya dipanggil Bermain permainan interaksi seperti peekaboo
9 Bulan Mungkin cuba memanjat tangga Menggunakan genggaman kecil Memahami keabadian objek – masih ada walaupun tidak kelihatan Takut dengan orang asing
10 Bulan Berdiri dengan tarikan Melonggok permainan Melambai atau mengangkat tangan untuk berkomunikasi Memahami sebab dan akibat (“saya menangis Ibu datang”)
11 Bulan Berjalan sambil memegang perabot Menyelak buku ketika anda membaca Panggilan “mama” atau “dada” Bermain semasa makan (menjatuhkan sudu, menolak makanan) untuk melihat reaksi anda; kecepatan memilih makanan
12 Bulan Berdiri dan mungkin memulakan langkah pertama Membantu menyiapkan diri (menolak tangan ke lengan baju) Berkata dalam 2-3 patah perkataan (selalunya “mama” dan “dada”) Bermain permainan meniru seperti berpura-pura menggunakan telefon

Dapatkan pelbagai keperluan bayi hanya di Motherhood.com.my!