Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perkembangan deria bayi: Bau

bayi bermain bersama ibunya

.growingyourbaby.com image

 

Deria bau bayi anda memainkan peranan penting dalam perkembangannya. Ia menghubungkan deria rasanya, jadi ia mempengaruhi kesukaannya. Tetapi deria ini juga berhubung kuat dengan emosi bayi dan memainkan peranan penting dalam hubungan.

Bilakah deria bau bayi akan berkembang?

Hidung bayi anda mula terhasil pada awal trimester pertama kehamilan. Dua lubang kecil terbentuk beberapa minggu selepasnya. Pda minggu ke 10, reseptor bayi anda digunakan untuk mengesan bau sudah terhasil.

Bayi mula menggunakan deria bau semasa dalam kandungan. Dia bernafas dan melepaskan cecair amniotik, dan dia terbiasa dengan baunya.

Ianya berguna kerana bau tersebut sama dengan susu ibu, yang mereka perlukan selepas lahir. Cecair amniotik membawa bau dan rasa pada makanan yang anda makan, jadi bayi terbiasa dengan aroma ikan yang dimakan sejak dari dalam kandungan lagi!

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bayi amat sensitif dengan bau. Walaupun dia tidak dapat mengenali anda melalui penglihatan, dia tahu kehadiran anda melalui baunya, dan bau tersebut yang hendak dibaunya. Dia juga boleh menghidu susu anda. Bau ini berhubung dengan keperluannya untuk makanan dan ketenangannya.

Bau ini diproses dari bahagian otak yang juga mengawal ingatan. Ia membina bau dan memberinya pengalaman. Bauan tersebut mengingatkan saat berada dikandungan dan perasaan berada didalamnya.

Bagaimanakah deria bau berkembang?

Bayi

Bayi anda akan terbiasa dengan baunya yang unik. Dia boleh menghidu perbezaan susu badan ibunya dan ibu yang lain.

Dengan menghidu bau anda, dia berasa selesa dan selamat bersama anda. Anda boleh membantunya dengan tidak memakai wangian pada beberapa hari pertama.

Apabila anda memeluk bayinya dan menghidu baunya, anda akan mengalami hormon oksitosin yang tinggi. Ia dipanggil hormon cinta untuk membantu mengeratkan hubungan dengan bayi anda.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Sebulan

Bayi anda akan terbiasa dengan bau yang berbeza tetapi masih tidak boleh menghidu bauan yang kuat. Bauan ini menggangu rasa dan derianya. Anda akan mengesan bahawa dia tidak menyusu seperti biasa jika anda memakai wangian yang kuat.

3 bulan

Bayi anda akan berjaga-jaga dengan orang yang disekitarnya. Dia akan menggunakan deria baunya untuk mengetahui perbezaan antara orang yang tidak dikenalinya atau sebaliknya. Jika dia berasa takut atau terancam dengan bauan seseorang, dia akan menangis atau menendang.

6 bulan

Apabila bayi anda membesar, dia akan menggunakan bau dan rasa untuk memutuskan bahawa makanan tersebut disukainya atau tidak. Jika dia menikmati aroma makanan tersebut, dia akan tersenyum, menunjuk atau membuat bising.

Bau yang disukainya mungkin seperti anda, kerana dia terbiasa dengan bauan tersebut sejak dari kandungan.

12 bulan

Pada umurnya 10 bulan atau lebih, bayi anda akan teruja untuk mencuba sesuatu yang baru. Deria baunya membantunya memilih apa yang disukainya atau tidak. Jika dia tidak menyukainya, dia akan memberitahu anda.

Deria baunya akan terus berkembang sehingga umurnya sekitar 8 tahun.

Adakah sesetengah bau boleh menenangkan bayi saya?

Ya. Bau yang dia kenal, terutamanya bau ibu atau ayahnya, boleh menenangkan bayi anda.

Sama seperti mengetahui jika anda berada didekatnya, dia boleh emnghidunya jika didalam stroller, kereta, atau bilik dengan menggunakan deria bau. Jika bayi anda perlukan ketenangan, berada ditempat kegemarannya dengan bau yang dikenalinya boleh membantunya.

Bauan dari barang kesayangannya juga boleh menenangkannya. Kerana itulah dia akan bersedih jika anda membasuhnya, walaupun anda perlu membersihkannya!

Bauan semula jadi seperti minyak essential juga menenangkannya. Kajian mendapati bayi akan memberi respon baik terhadap urutan bersama minyak lavender dan ia menenangkannya. Walaupun kajian ini tidak dapat mengesahkan kesahihannya.

Kajian lain mendapati aromaterapi lavender dan minyak kalmon dapat mengurangkan stress pada bayi pramatang.

Ia amat penting untuk berhati-hati apabila menggunakan minyak pada kulit bayi. Sesetengahnya boleh mendatangkan bahaya pada bayi yang sensitif.

Secara alternatif, letakkan beberapa titik dan letakkan pada tempat yang tinggi supaya bayi tidak mencapainya. Gunakan pelbagai minyak untuk melihat tindakbalasnya jika minyak tersebut menenangkannya.

Artikel dipetik dari BabyCentre