Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perkembangan deria bayi: Rasa

sayur-sayuran

the green kitchen image

Perkembangan deria bayi: Rasa

Deria rasa bayi bercampur dengan sifat ingin tahu yang membantunya mempelajari dunia sebenar. Sebelum dia mula makan makanan yang keras, lidahnya membantunya membezakan tekstur dan perasa.

Bilakah deria ini berkembang?

Deria ini mula berkembang semasa dalam kandungan. Seawal 9 minggu kehamilan, mulut dan lidahnya sudah terhasil bersama deria rasa yang kecil.

Cecair amniotic mengelilinginya dalam utero. Dia bernafas dan mengeluarkan cecair ini, yang membantu untuk perkembangan jantungnya dan system pencernaan. Perisa makanan yang dimakan oleh anda melalui darah dan terus ke cecair amniotic.

Apabila bayi merasa cecair amnitik tersebut, dia berpengalaman dalam merasai pelbagai rasa. Dia juga boleh menghidunya. Samaada anda makan makanan yang manis, pedas, masam, bayi anda akan merasanya.

Selepas lahir, deria rasanya sangat sensitif. Dia boleh mengenal rasa manis dan masam tetapi lebih memilih pada benda yang manis. Ini adalah sebabnya dia sukakan rasa susu dada anda.

Deria rasa dan baunya berkait, dan bayi anda mengembangkan deria bau selepas lahir. Dia boleh menghidu arah mana untuk menyusum, dan menghidu perbezaan susu anda dan ibu yang lain.

Bagaimana deria ini berkembang?

Deria ini bagus selepas lahir, tetapi bilangan deria pada mulutnya dan reaksinya pada rasa akan berbeza apabila dia membesar.

Bayi sehingga 3 bulan

Pada peringkat ini, deria bayi anda sangat sensitive. Dia mempunyai banyak deria rasa berbanding anda sebagai orang yang lebih dewasa. Deria rasa pada bayi yang baru lahir boleh didapati pada tonsil dan dibelakang tekaknya dan juga lidahnya.

Semasa bulan ketiganya, bayi anda boleh membezakan makanan manis dan pahit. Dia lebih gemarkan manis kerana ia seperti  susu dada.

3 hingga 6 bulan

Pada bulan ketiga, lidah bayi sudah membesar. Anda boleh mengesan bahawa dia memasukkan barangan pada mulutnya seperti mainan atau selimut. Ia menunjukkan bahawa dia menggunakan lidahnya untuk mencuba dan mrasai tekstur dan rasa yang berlainan.

Sekitar 5 bulan, deria ini akan berubah dan dia boleh bereaksi untuk rasa yang masin. Ia bukanlah idea yang baik untuk memberikan bayi anda makanan yang masin.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

6 hingga 12 bulan

Selepas 6 bulan hanya menyusu, rasa yang baru akan mengejutkannya apabila anda memberikannya makanan yang lebih solid. Ia semulajadi untuk bayi anda berasa tidak selesa dengan rasa tersebut, selepas mengambil minuman yang manis.

Apabila anda memberikannya makanan keras, anda akan melihat anak anda akan sukakan rasa makanan yang baru. Dia akan menolak beberapa makanan juga, dan anda akan menawarkannya beberapa kali. Pakar mencadangkan bahawa menawarkan makanan baru sekurang-kurangnya 8 kali sebelum memutuskan bahawa bayi anda tidak sukakannya.

Sekitar 7 atau 8 bulan bayi anda mempunyai skill untuk mencuba makanan menggunakan jarinya. Ia merupakan peluang untuknya merasai makanan baru dengan tekstur berbeza seperti buah dan sayur.

Bolehkah bayi mewarisi rasa yang kita suka?

Tidak semestinya. Deria rasa bayi anda dipengaruhi dengan beberapa faktor, hanya sesetengah yang mempengaruhi genetik.

Bayi anda lebih memilih makanan yang sudah didedahkannya sejak dari dalam kandungan, tetapi dia juga akan menyukai makanan yang sudah lama dimakan. Jika anda menawarkan pelbagai makanan padanya, dia akan meneruskannya sehingga dewasa.

Bayi anda juga meniru anda dan reaksi anda terhadap makanan. Jadi ia adalah idea terbaik untuk berpura-pura untuk tidak menyukai sesuatu makanan – terutamanya makanan yang sihat yang anda cuba galakkan untuk menyukainya!

Makanan yang bayi anda nikmati apabila dia sudah besar juga bergantung pada jangka masa penyusuannya. Kajian mendapati rasa yang berbeza pada susu badan boleh memberi kesan baik pada deria rasanya dan membuatkan dia suka makanan yang berlainan apabila besar.

Bagaimana untuk membantu mereka menikmati makanan yang berlaiann?

Berikan bayi anda makanan yang berbeza untuk dicuba, dengan rasa dan tekstur berlainan, boleh membantunya menikmati pelbagai makanan apabila dia sudah dewasa. Ini kerana bayi anda akan menyukai makanan yang biasa dengannya.

Apabila anda pertama kali memberikannya makanan pejal, pilih buah dan sayur tanpa rasa. Kemudian kenalkannya pada perisa baru. Untuk maklumat lebih lanjut, lihat panduan makanan dari pelbagai peringkat umur.

Jangan takut. Ia hanyalah mitos mengatakan bayi perlu makan makanan yang dikisar. Jika anda ingin pelbagaikannya, cuba makanan pertama bayi, dan lihat video yang memaparkan betapa mudah untuk membuat makanan bayi sendiri.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Biarkan bayi anda merasai makanan dalam kadarnya sendiri. Beberapa rasa pertama mungkin sebegitu – rasa dengan lidahnya, sebelum air liurnya meleleh. Dengan galakan sokongan, anda boleh membantunya menggunakan perasa yang berlainan dan lebih yakin untuk mencuba makanan baru.

Berhati-hati dengan garam dan gula – elakkan makanan yang diproses,dan jangan tambahkan gula atau garam pada makanan bayi anda. Buah pinggang bayi anda tidak boleh menangani terlalubanyak garam dan gula kerana ia menyebabkan masalah pada gigi. Ia merupakan idea yang baik untuk tidak memberikannya makanan bergula atau masin, kerana dia mungkin lebih memilih pilihan yang sihat.

Mengapa bayi saya memasukkan segala objek dalam mulutnya?

Bayi anda menggunakan mulutnya untuk belajar dengan dunia disekelilingnya.

Pada bayi, mulutnya sangat sensitif berbanding tangan dan jarinya. Jadi mulutnya memberikan cara untuk membezakan tekstur dan rasa – makanan atau sebaliknya. Ia dipanggil “mouthing.” Inilah kerana anda melihat bayi mengambil mainannya, bukucserta objek lain dan dimasukkan dalam mulutnya.

Jangkaan tentang bayi anda akan meletakkan apa sahaja dalam mulutnya amatlah merisaukan. Anda perlu menjaganya supaya dia tidak memasukkan benda yang tajam, kotor atau membahayakan.

Tetapi anda boleh membantu bayi anda dengan menawarkan permainan yang sesuai dan menarik untuknya. Mainan yang mempunyai pelbagai tekstur,atau warna yang menarik, lampu, berbunyi, adalah bagus.

Bayi anda akan berhenti menggunakan mulutnya dan deria rasanya. Apabila umurnya mencecah 12 hingga 18 bulan, dia jarang menggunakan mulutnya untuk belajar.

Artikel ini dipetik dari BabyCentre