Sentuhan adalah salah satu kunci derianya, terutamanya pada awal minggu. Ia membantu anda mengeratkan hubungan dengan bayi anda. Ia juga membantu anda berkomunikasi dengannya tentang kehendak dan kemahuannya, interaksi dengan sesiapa sahaja, dan persekitarannya.
Bilakah waktu sentuhannya berkembang?
Ia mula berkembang seawal 7 hingga 8 minggu kehamilan.
Pada minggu ke 11, bayi anda mula membuat pergerakan dalam kandungan. Pergerakan ini menandakan seperti dia merasai persekitarannya dan badannya sendiri.
Melalui sentuhan juga adalah komunikasi pertama bersama bayi anda, memegang, menyusu, memeluk, memandikan, dan menenangkannya. Bayi anda akan menggunakan deria sentuhan ini untuk belajar merasai tekstur dan bentuk disekelilingnya.
Bagaimana bayi saya mengembangkan derianya?
Ia bermula dari dalam kandungan dan berterusan untuk berkembang semasa tahun pertama dan seterusnya.
Kelahiran
Bayi anda lahir dengan kulit yang sensitif. Sesetengah bahagian badannya akan sensitif apabila disentuh termasuklah mulutnya, pipi, muka, tangan, dan bahagian abdomen, dan tapak kakinya.
Untuk bayi yang baru, sentuhan adalah perkara penting untuk hubungan dan komunikasi. Bayi anda tenang apabila anda menyentuhnya. Dia juga boleh memberi respon pada sentuhan anda dengan refleks.
Jika anda menyentuh tapak tangannya, dia akan mengenggamnya. Jika anda meletakkan objek pada tapak tangannya, dia boleh mengenggamnya. Refleks ini akan hilang apabila meningkat dewasa.
Mulut bayi anda juga sensitif. Dia menggunakan mulutnya untuk pembelajaran.
Jika anda menyentuh pipinya, kepalanya akan memberi respond an dia menggunakan mulutnya untuk bertindak pada sentuhan tersebut. Reaksi ini dipanggil refleks asas. Apabila anda meletakkannya pada dada anda, dia akan menggunakan mulutnya untuk mencari putting anda untuk menyusu.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
1 bulan
Pada bulan ini, tangan bayi tidak bertindak sepenuhnya. Tetapi apabila dia bertindak, dia akan menikmati tangan anda dengan menggengamnya.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
2 hingga 3 bulan
Bayi anda menikmati sentuhan anda. Dia mula memberi respon apabila dipegang atau digeletek. Lidahnya, bibirnya dan mulutnya juga sangat sensitive. Apabila dia mengunyah mainan lembut, dia menggunakannya sebagai alat untuk merasai tekstur tersebut.
Bayi anda tidak boleh mengambil barang dengan dayanya sendiri tetapi akan menikmatinya apabila diletakkan pada tangan anda. Dia akan mengesan dengan membezakan permukaannya.
4 bulan
Apabila otot bayi anda membesar dan kuat, terutamanya pada lengan dan tangannya, dia mula mencapai dan menyentuh objek.
5 bulan
Bayi anda mengangkat dan memegang menggunakan tangannya, tetapi dia masih menggunakan mulutnya untuk merasai teksturnya.
Dia menikmati saat-saat mandiannya.
6 bulan
Deria sentuhan bayi anda meningkat. Dia mula mencapai dan mengambil barang menggunakan kedua tangannya. Dia menikmati permainannya dengan menyentuh dan berinterksi dengannya. Memberi galakan padanya dengan memberikannya permainan yang berbunyi apabila disentuh.
7 hingga 8 bulan
Kesedaran spatial akan meningkat. Bersama dengan deria sentuhannya membolehkannya membezakan objek yang biasa dan 3D. dia menikmati sentuhan objek yang boleh dipusing dan sebagainya.
Dia mungkin sudah mula merangkak, memberikannya akses untuk menyentuh dan mencari objek untuknya bermain.
9 hingga 10 bulan
Dia akan mencari benda baru untuk disentuh – pastikan ianya selamat dan tidak membahayakan. Dia masih menggunakan mulutnya untuk merasai objek.
Dia gembira untk mengambil barang dan letakkan pada bekas. Cari mainan yang berwarna atau boleh bergerak supaya dia boleh bermain dengan selamat.
11 hingga 12 bulan
Apabila dia mencapai 1 tahun, dia sukakan pelbagai tekstur objek – keras, lembut, basah, melekit dan sebagainya. Dia sudah tidak menggunakan mulutnya dan lebih menggunakan tangannya untuk menyentuh dan bermain.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Bagaimana saya boleh tenangkannya dengan sentuhan?
Sentuhan yang lembut boleh menenangkan bayi anda. Jika bayi anda menangis atau meragam, anda boleh tenangkannya dengan menggosok belakangnya.
Bayi suka dipegang kerana ia menyelesakan dan menenangkan. Bayi akan menikmati apabila dia dekat dengan anda dengan bau yang selesa, bunyian dan badan anda.
Sentuhan yang disukainya adalah “kangaroo care” – memegangnya di dada menghadap anda. Kajian mendapati sentuhan ini meningkatkan oksigen, mengurangkan tangisan dan meningkatkan tahap menyusu dan tidurnya.
Ia bukan sahaja mmenenangkan bayi anda malah ibubapa juga.
Sentuhan ini membantu pengaliran darah dan tahap hormone. Apabila anda memegang bayi anda, anda melepaskan oksitosin, yang dikenali sebagai hormone cinta. Kajian mendapati oksitosin bapa boleh meningkat selepas menyentuh bayinya.
Bayi anda juga sukakan urutan. Urutan membantu mengeratkan hubungan. Anda boleh bergilir-gilir lakukannya.
Bagaimana saya boleh ransangkan bayi melalui sentuhan?
Anda boleh menggunakan sentuhan untuk meransang bayi dalam pelbagai cara.
Bermain adalah proses penting untuk belajar dan berkembang. Bermain dengan pelbagai mainan boleh memberi faedah dan membantu meransangkan perkembangan bayi anda.
Lihat pada tekstur berlainan – lembut kasar, keras atau licin – maianan yang berbunyi. Buku juga memberi tekstur yang bagus dan anda boleh merasakan fabriknya, bulunya, kad board, atau bulu artifik. Apabila bayi anda sudah membesar, anda boleh memberinya pasir, tanah liat atau air untuk bermain.
Pada awalnya, anda boleh memberikannya tekstur yang berbeza dengan meletakkan pada tangannya. Dia akan mengambilnya sendiri apabila sudah membesar.
Apabila bayi anda mula makan makanan yang keras, biarkannya menyentuh dan bermain dengan makanannya. Walaupun ianya akan bersepah, ianya proses pembelajaran yang bagus! Ia menggalakannya untuk mencuba makanan baru dan memberinya peluang untuk menggunakan jari dan tangannya merasai tekstur. Apabila dia meletakkan makanan pada mulutnya, dia akan belajar melalui lidahnya.
Sentuhan pada awalnya akan meningkatkan hubungan jangka panjang dan emosinya. Bagus untuk bayi termasuklah pramatang dan bayi yang tidak cukup berat.
Beri tumpuan pada respon anak anda, anda akan mengetahui sentuhan manakah yang disukainya dan memberi respon pada pelbagai cara.
Artikel ini dipetik dari BabyCentre