Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sex Education #3: Perlu ke anak-anak kita didedahkan dengan Seks?

bercakap tentang seks

Klik disini untuk baca edisi Inggeris. 

Untuk bercakap dengan anak-anak mengenai seks sebenarnya bukan satu perkara yang perlu dirisaukan. Seperti yang ditekankan dalam Siri pertama dan kedua Pendidikan Seks, Pendidikan Seks ni bukan nak mengajar mereka cara-cara untuk melakukan seks. Salah pemahaman anda itu. Pendidikan seks ni takde kena mengena pun dengan aktiviti seks.

klik di sini untuk barangan bayi yang murah dan berkualiti!

Pendidikan Seks dari awal sebagai penyediaan ke alam dewasa

Highlighted


Pendidikan Seks yang ingin diketengahkan dalam pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia merupakan satu inisiatif yang sangat baik. Pendidikan seks dari awal dapat mengelakkan anak-anak kita daripada menjadi mangsa seks atau pedofilia, dan juga sebagai penyediaan sebelum mereka melangkah ke alam dewasa.

Lebih 31% pelajar pernah lakukan hubungan seksual sebelum umur 14 tahun

Anda ada terbaca mengenai berita ini? Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Awam, lebih 31% pelajar di Malaysia pernah melakukan hubungan seksual sebelum berumur 14 tahun! Mengejutkan bukan! Kajian tersebut dijalankan di 212 buah sekolah yang terdiri daripada  27 497 pelajar.

Hasil kajian juga mendapati Pahang menunjukkan bilangan pelajar yang pernah melakukan hubungan seksual pada kadar yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain – iaitu sebanyak 9.5%. Manakala, Kuala Lumpur pula berada di paras terbawah, iaitu sebanyak 4.3%.

Melalui kajian itu juga, sebanyak 16.6% remaja pernah menjalani hubungan seksual dengan sekurang-kurangnya dua orang yang berbeza! 

Jadi sebab itu lah pentingnya pendidikan seks ni sejak mereka kecil lagi. Ia dapat memberi kesedaran mengenai apa yang bakal berlaku jika mereka melakukan hubungan seksual, terutamanya di usia yang sangat muda.

Tak takut ke dengar kes buang bayi, remaja mengandung anak luar nikah dan sebagainya? Lagi membimbangkan apabila penyakit “Sexually Transmitted Illness (STI)” juga makin meningkat dalam kalangan anak-anak muda zaman sekarang ni.

Tak bahaya ke untuk bercakap mengenai Seks dengan anak-anak?

Apa yang anda risaukan? Ianya sangatlah digalakkan. Ibu bapa yang sepatutnya memberi pendedahan kepada mereka mengenai pendidikan seks ni.

Pendidikan yang baik kan bermula dari rumah. Terutamanya hal-hal yang sensitif macam ni. Bukan apa, hal ini dapat mengelakkan anak-anak kita belajar daripada orang yang salah atau melalui cara yang salah. Jadi, adalah lebih baik untuk kita sebagai ibu bapa sendiri yang mengajar mereka.

Lengkapkan diri anda dulu, baru anak-anak

Namun, bagaimana anda sendiri yang mengajar anak-anak anda itu yang menjadi persoalan. Bagaimana nak ajar anak-anak kalau kita sendiri tidak mempunyai informasi yang cukup mengenai pendidikan seks ni bukan? Sebab itu lah adanya Siri Pendidikan Seks ni.

Kalau rasa tak yakin lagi untuk bercakap mengenai hubungan seksual dengan anak-anak, anda HARUS ikuti siri Pendidikan Seks ini. Disamping dapat menambah pengetahuan anda sendiri, anda juga akan lebih memahami kenapa pentingnya pendidikan seks di Malaysia.

klik di sini untuk barangan bayi yang murah dan berkualiti!