Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Sebab kenapa Permainan Video ini direka bagi Perkembangan Anak Anda

permainan kanak-kanak

Permainan video yang diberi kebenaran oleh ibubapa yang dimain dengan kadar yang sederhana dapat membantu anak anda membangun dari segi pembelajaran, hubungan dengan orang lain dan cara fizikal.

Highlighted


Bagaimana permainan video boleh memberi manfaat kepada anak anda?

Sebagai ibu bapa, kami melihat bahawa permainan video elektronik  berpotensi sebagai suatu alat yang berbahaya berbanding berpotensi dalam memberikan manfaat. Pada masa kini, alat permainan tersebut merupakan satu alat yang biasa. Permainan video dijadikan alat yang boleh membantu kanak-kanak untuk membangun dalam kemahiran hidup yang tertentu. Mereka boleh membantu ibu bapa mereka untuk memilih permainan mana yang boleh mengisi masa lapang mereka, dapat membantu tenaga pengajar mencari cara jalan untuk menambahkan pengajar di kelas dan membantu pencipta permainan untuk membuat permainan yang boleh memberikan pengajaran kepada orang ramai.

Baru-baru ini, saya telah membuat kajian mengenai “Permainan video yang memberikan  motivasi kepada kanak-kanak  dalam konteks pembangunan yang sederhana” yang diterbitkan di dalam buku Review of General Psychology. Kajian ini dimasukkan juga bersama keputusan hasil daripada pengkajian yang saya telah kendalikan di Harvard Medical School dan data kajian yang disusun adalah hasil daripada menemuramah sebanyak 1,000 pelajar sekolah. Berdasarkan kajian saya, di sini terdapat lapan sebab bagaimana permainan video boleh memberikan manfaat kepada pembesaran dan pembelajaran anak anda.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

1. Menyelesaikan masalah dan mencungkil bakat dan kreativiti anak anda

Permainan video membantu tumbesaran otak anak anda. Apabila anak lelaki saya sudah mencapai umur remaja, saya melihatnya bermain permainan Legend of Zelda. Beliau mencari, berunding, merancang dan mencuba pelbagai  cara pendekatan untuk melangkah maju. Kebanyakkan permainan yang terbaru sekarang contohnya seperti Bakugan: Defenders of the Core, melibatkan perancangan yang teliti dan cara penyelesaian masalah. Proses “Modding,” di mana setiap pemain akan memilih penampilan watak itu dan meningkatkan tahap permainan dan juga membolehkan seseorang mengekspreskan diri secara kreatif, pemahaman yang mendalam tentang peraturan permainan dan struktur, dan cara-cara yang baru dalam menonjolkan personaliti dan minat. Permainan video tidak perlu dilabelkan sebagai pendidikan, akan tetapi ia mengajar kanak-kanak supaya dapat membuat keputusan, menggunakan strategi, menjangka akibat dan memperlihatkan personaliti mereka.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

 

2. Memberikan inspirasi tentang sejarah dan budaya

Sesetengah permainan video mengandungi unsur yang memberi dorongan kepada kanak-kanak untuk membaca dan membuat kajian. Permainan video seperti Age of MythologyCivilization, and Age of Empires berkemungkinan meningkatkan tahap ingin tahu tentang dunia sejarah, gerografi, budaya orang kuno dan hubungan antarabangsa, terutamanya apabila ibu bapa peka kepada peluang yang ada. . Daripada David Shaffer dan James Gee “apabila kanak-kanak mempunyai ibubapa yang menukarkan Age of Mythology kepada pembelajaran yang berkaitan dengan sumber-sumber tentang mitos, budaya dan geografi, mereka akan menemui bahasa, isi kandungan dan hubungan pada masa hadapan. Tambahan pula, permainan video ini memberikan kanak-kanak peluang untuk menghafal peta dan sebagainya, hal ini dapat mencungkil bakat mereka dari segi kemahiran dan kreativiti mereka sambil berseronok.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

3. Menambah kenalan baru

Anak muda sekarang melihat bahawa permainan video ini merupakan satu aktiviti untuk bersosial dengan orang bukannya mengasingkan diri dimana ianya berbeza dengan pandangan ibu bapa mereka. Permainan video membina sebuah tempat di mana anak muda kini berkenalan dengan teman baru, membenarkan kanak-kanak tersebut bergaul bersama dan menyediakan masa yang khas untuk mereka bersama kawan-kawan mereka. Dalam kajian yang dikendalikan oleh kami, kanak-kanak lelaki lebih cenderung untuk bermain permainan video dengan sekumpulan rakan-rakan, sama ada di dalam bilik yang sama atau dalam talian iaitu melalui internet. Tambahan lagi, kanak-kanak lelaki mendedahkan bahawa fokus yang utama dalam permainan video ini adalah berhubung dengan rakan. Kanak-kanak yang lain pula mendedahkan bahawa rakan-rakan mereka yang di sekolah kerap berbual tentang perempuan dan permainan. “Kajian yang telah kami kendalikan menemui bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ringan berkemungkinan untuk mencipta alasan untuk bermain permainan video contohnya seperti memberi alasan untuk menambahkan kenalan.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

4. Mendorong supaya kanak-kanak bersenam

Dalam kajian saya, pemain terutamanya kanak-kanak lelaki selalunya akan bercakap mengenai mempelajari pergerakan yang baru daripada permainan video sukan dan kemudiannya mereka berlatih di gelanggang bola keranjang atau papan luncur. Sebahagian daripada mereka telah menyertai sukan baru apabila diperkenalkan kepada mereka dalam permainan video. Kajian menunjukkan bahawa bermain permainan video sukan realistik (tidak termasuk pertempuran) membawa kepada masa yang meningkat dihabiskan bermain sukan dan bersenam dalam kehidupan sebenar.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

5. Persaingan membawa kepada kegembiraan anak-anak

Ianya menjadi kebiasaan dan menyehatkan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki apabila bertanding bersama rakan mereka yang bermuslihat untuk mengejar status dan pengiktirafan. Dalam kajian saya pada sasaran remaja, “Saya suka bersaing dengan orang dan menang” merupakan salah satu sebab kenapa kanak-kanak lelaki bermain permainan video. Permainan video merupakan satu tempat yang selamat untuk mengungkapkan perasaan ingin bersaing dan memberikan peluang kepada kanak-kanak yang tidak minat untuk bersukan.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

6. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memimpin

Apabila kanak-kanak bermain permainan video bersama kumpulan, mereka sering mengambil giliran untuk menjadi pemimpin dan pengikut, bergantung kepada kemahiran yang diperlukan dalam permainan tersebut. Dalam kajian Nick Yee dari Palo Alto Research Center, remaja yang bermain bersama kumpulan secara online berasa bahawamereka perlu dalam memperoleh kemahiran untuk memimpin. Contohnya, meyakinkan dan memberi nasihat kepada orang lain dan pengantara pertikaian. Permainan yang mempunyai ramai pemain menawarkan remaja peluang yang jarang diambil bahagian dan kadangkala membawa kepada kepelbagaian dan pelbagai peringkat umur. Tiada siapa pun ambil tahu umur anda jika anda dapat mengendalikan kumpulan kepada kejayaan.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

7. Menyediakan peluang untuk mengajar

Secara amnya, kami mendapati bahawa kajian menyatakan satu per tiga kanak-kanak bermain permainan video kerana mereka berminat untuk mengajar orang lain cara bermain permainan itu. ayah kepada seorang kanak-kanak itu telah mengulaskan bahawa “kebanyakkan perbualan antara anak saya dengan rakannya ialah mengenai mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu situasi di dalam permainan. Ianya mengenai bagaimana anda bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain atau peroleh sesetengah benda yang diperlukan dan menggabungkan benda tersebut dengan cara yang boleh membantu untuk anda memperoleh kejayaan”  semasa penyelidikan dijalankan. Sesetengah kanak-kanak peroleh status “go-to” yang tahu untuk menandingi bahagian yang paling susah di dalam permainan. Mengajar orang lain membina kemahiran berkomunikasi dan sosial dan termasuk mengajar untuk bersabar.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

8. Merapatkan hubungan antara ibubapa dan kanak-kanak

Baru-baru ini, saya melihat anak kepada kawan saya yang berumur 10 tahun mengajar ibunya bermain permainan Guitar Hero. Permainan ini dimainkan bersama lagu-lagu kegemaran ketika kawan saya remaja dan di kolej telah mengingatkan kembali masa silam. Bahagian yang paling seronok sekali apabila melihat seorang anak perempuan berkongsi skill bermain permainan bersama ibunya walaupun pertukaran watak. Sesetengah sistem permainan video bersifat mesra alam kepada pemain baru, ia berkemungkinan mampu meningkatkan kualiti masa bersama. Tambahan lagi, bermain permainan video bukan secara dalam talian memudahkan untuk berbual, dalam kata yang lain ia mendorong anak anda untuk berkongsi masalah dan kejayaan bersama.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

Artikel diadaptasi daripada parents.com, ditulis oleh Cheryl Olson, Sc.D.