Ibu bapa perlu mendaftar kelahiran anak dalam tempoh 60 hari selepas bersalin, dan sebaik sahaja selesai mendaftarnya, permohonan MyKid akan diproses dan pegawai akan berikan slip Notis Kutipan MyKid untuk dituntut kelak.
Apa Itu MyKid?
MyKid merupakan kad pengenalan atau pun pengenalan diri kanak-kanak bercip yang diberikan kepad kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Perkataan “My” merujuk kepada Malaysia manakala “Kid” pula adalah singkatan kepada “Kad Identiti Diri”. Nombor kad pengenalan yang tertera pada MyKid tersebut pula merupakan nombor rujukan rasmi diri yang akan digunakan semasa berurusan dari lahir hinggalah ke akhir hayat penegang kad.
Mempunyai ciri yang sama dengan MyKad tetapi MyKid tidak mempunyai gambar dan juga cap jari.
Terdapat tiga aplikasi utama di dalam cip pengenalan diri iaitu:
- Aplikasi JPN iaitu data kelahiran
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Kelebihan Yang Terdapat Dalam MyKid
- Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta.
- Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
- Mudah dibawa kerana bersaiz kecil.
- Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
- Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
- Bentuk cantik dan menarik.
Panduan Cara Permohonan MyKid
MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak yang bertaraf warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun dan tiada bayaran yang dikenakan. Berikut merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan ketika memohon MyKid iaitu:
- Sijil Kelahiran Malaysia/Borang W (Salinan dan original)
- Sijil kahwin (Salinan dan original)
- Salinan kad pengenalan ibu
- Salinan kad pengenalan ayah
- Buku pink iaitu pranatal checkup (Salinan dan original)
Untuk salinan, hanya beberapa bahagian sahaja yang dikehendaki iaitu muka depan, last checkup, page kelahiran dan status.
Pastikan Mommy dan Daddy cek semua borang ini dan pastikan juga segala maklumat diisi dengan lengkap dan ejaan nama anak juga betul.
*Ambil maklum bahawa hanya ibu dan bapa sahaja yang boleh buat MyKid untuk anak.
Cara Membuat Semakan Permohonan MyKid Secara Online Dan SMS
Untuk membuat semakan status permohonan MyKid anak adakah ia sudah siap diproses dan boleh diambil, Mommy dan Daddy boleh buat semakan dengan mudah secara online atau dengan melalui SMS. Cara-caranya adalah:
Semakan secara online
#1. Layari laman web Sistem Semakan Permohonan MyKid JPN melalui pautan ini http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
#2. Kemudian, masukkan nombor MyKid di ruangan yang diminta. Mommy boleh rujuk nombor yang tertera pada slip Notis Kutipan MyKid yang diperoleh semasa membuat permohonan.
#3. Masukkan pula CAPTCHA dan klik butang “semak”.
#4. Maklumat mengenai MyKid akan dipaparkan sama ada sudah siap diproses dan sedia untuk diambil.
Semakan melalui SMS
#1. Taipkan:
JPN<jarak>MYKID<jarak>[NoMyKid] pada telefon mudah alih. Contoh JPN MYKID 151220122332
#2. Hantarkan SMS ke 15888.
*Caj perkhidmatan RM0.15 akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan RM0.20 untuk penerimaan.
Selain itu, Mommy dan Daddy juga boleh menghubungi JPN untuk membuat semakan butiran mengenai permohonan MyKid sebelum mengambilnya.
Semoga bermanfaat!
Fahami panduan permohonan yang lain di SINI.