Kita digempurkan dengan banjir yang teruk melanda Lembah Klang, baru-baru ini. Ramai mangsa terkorban, cedera dan juga sakit akibat air kotor banjir. Tidak lupa juga pada mangsa-mangsa ‘kecil’ iaitu kanak-kanak yang mungkin akan trauma sepanjang umur mereka.
Menerusi satu bebenang di Twitter, @lilyaleesya mengetengahkan isu tentang keadaan mental kanak-kanak yang turut menjadi mangsa banjir, yang menyebabkan mereka trauma.
Kanak-kanak dan remaja amatlah terkesan dengan bencana alam, terutamanya dari segi mental mereka. Siapa sangka, dengan hanya melihat alat mainan kesayangan mereka hanyut atau rosak akibat ditelan banjir boleh membuatkan mereka sedih dan memberi kesan kepada personaliti mereka?
Berikut adalah mengapa kita semua perlu berganding bahu untuk menolong kanak-kanak ini. Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita haruslah prihatin terhadap mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan kita.
Kestabilan Kesihatan Mental Mangsa Banjir: Kanak-Kanak
Highlighted
Ini pesanan kepada semua, tolong berikan pertolongan cemas psikologi (PFA) kepada mangsa banjir secepat mungkin. Kanak-kanak ini yang saya temui, menangis teresak-esak. Saya menawarkan tempat untuk dia duduk, memberinya minum tetapi dia masih menangis. Orang dewasa “dia ngantuk kut tu”
Saya cuba memahaminya dengan meletakkan tempat saya di tempatnya jadi saya bertanya “adik sedih sebab mainan hilang ke” dan dia mengangguk apabila dia melihat sukarelawan dan keluarga menyimpan angkut barang yang sudah rosak. Dia berhenti menangis selepas saya memberi jaminan bahawa tiada siapa yang akan menyentuh mainannya di sana.
Kanak-kanak ini memerlukan bantuan. Tolong jangan ambil ringan dengan kesakitan mereka kerana mereka juga, terjejas oleh banjir ini, secara psikologi.
i'm too tired to type this properly but here's the message to all, please provide psychology first aid (PFA) to flood victims ASAP. This kid i met, was sobbing non stop. I offered a place for him to sit, gave him drink but he was still crying. The adults "dia ngantuk kut tu" pic.twitter.com/GMCMtJ5laL
— lily. (@lilyaleesya) December 21, 2021
Kredit: @lilyaleesya
Kepentingan Kesedaran Kesihatan Mental
Selain itu, bagi mereka yang sudah mempunyai kemahiran dan sijil Pertolongan Cemas Psikologi ataupun merancang untuk mengambil sijil, boleh lihat post dibawah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Psychology First Aid (PFA) ini.
Mereka yang mahu menjadi sukarelawan juga boleh lihat pautan ini.
5 Komponen Pertolongan Cemas Psikologi (PFA)
#1 Mewujudkan Rasa Selamat
Anda boleh mewujudkan rasa selamat dengan mengalihkan mereka ke tempat yang lebih selamat dan memberi sokongan moral dengan menjelaskan bahawa musibah telah berlalu dan keadaan kini semakin tenang.
Bagi mereka yang beragama Islam, anda boleh menenangkan mangsa dengan iringan zikir dan doa selain daripada kata-kata semangat.
#2 Mencipta Ketenangan
Jika anda sedang bermasalah untuk menenangkan diri anda atau mangsa, gunakan kaedah yang mudah seperti menarik nafas panjang, mengira sampai empat, dan kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan. Seterusnya, latih mangsa untuk lakukan perkara yang sama.
#3 Mencipta Keberkesanan Diri dan Kumpulan Kolektif
Ingatkan pesakit anda tentang kekuatan sedia ada mereka, benarkan mereka menjaga diri mereka sendiri atau membantu rakan mereka, dan libatkan mereka dalam keputusan tentang penjagaan mereka. Ini membantu mereka mengatasi perasaan tidak berdaya yang kadangkala datang dengan peristiwa traumatik. Mereka bukan lagi mangsa, tetapi sebahagian daripada pasukan.
#4 Membina Jalinan Perhubungan
Membina hubungan dapat memanfaatkan sokongan sosial kepada pesakit. Anda boleh membina hubungan di tempat kejadian dengan pesakit anda. Ini juga termasuk menghubungkan pesakit dengan orang tersayang atau haiwan peliharaan mereka.
#5 Membina Harapan
Untuk membina harapan, anda boleh merujuk kepada fakta yang khusus, tepat, dan positif tentang peristiwa yang telah berlaku, lalu membincangkan langkah seterusnya yang realistik.
Cuba cadangkan perkara yang boleh dilakukan mengikut tahap yang paling penting ke
menunjuk kepada fakta khusus, tepat dan positif tentang peristiwa itu, dan membincangkan langkah seterusnya yang realistik dan boleh diramal. Kemudian, mengekalkan harapan adalah penting untuk pesakit individu sama seperti pasukan anda semasa anda menyediakan penjagaan.
Semua ini adalah amat penting untuk membantu kanak-kanak mangsa banjir dan memberi harapan kepada mereka untuk terus tabah dengan ujian yang didugakan.
Bantuan Kecemasan
Mengikuti post @AinieHaziqah pula, beliau sedia menghulurkan bantuan dan menyeru individu yang berkemampuan untuk menolong kanak-kanak mangsa banjir yang terkesan. Syabas rakyat Malaysia! NGO dan orang awam turut membantu sesama lain. Keep up the good work!
Pasukan saya di @HappyBankCrew di bawah program kami Minda Over Matter menjalankan Pertolongan Cemas Psikologi untuk membantu mangsa. Sila, jika anda mengenali sesiapa, hubungi @rehannarazif @QistinaNHdyh
My team at @HappyBankCrew under our program Minda Over Matter is running Psychological First Aid to help victims. Please, if you know anyone, get in touch with @rehannarazif @QistinaNHdyh https://t.co/GMEA0EI4DL pic.twitter.com/QY3q7zas45
— Ainie Haziqah (@AinieHaziqah) December 23, 2021
Kredit: @AinieHaziqah
Marilah kita sama-sama membantu kanak-kanak, bayi, dan mangsa banjir yang lain, yang memerlukan pertolongan ketika ini. Sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan diri sewaktu musim banjir ya, Mommy!
Moga-moga, dengan maklumat yang dikongsikan ini dapat membantu semua kanak-kanak yang memerlukan pertolongan dari segi psikologi. Anda juga boleh dermakan mainan ataupun soft toys pada kanak-kanak mangsa banjir ini! Stay safe!
Mommy akhiri dengan kata-kata:
“Orang ramai menghargai dan tidak pernah melupakan bantuan itu terutamanya ketika masa sukar.”
-Catherine Pulsifer