Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bagaimana Untuk Mendaftar Perubahan Aktiviti Dari Anak Pertama Hingga Kedua?

bagaimana untuk mendaftar

fdb447fd9556327e_2106069013_12e0a998e2_o

Bagaimana Untuk Mendaftar Perubahan Aktiviti Dari Anak Pertama Hingga Kedua

Saya tidak pernah menjadi ibu bapa yang berfikir untuk memenuhkan setiap jam anak-anak dengan aktiviti berjadual. Kita semua sukakan masa sendiri – paling kurang pun saya suka ketika saya tidak perlu berkongsi dengan dua kanak-kanak yang kecil, terlebih bergantung – dan saya fikir ia adalah sebahagian penting perkembangan kanak-kanak.  “Kamu bosan? Gunakan imaginasi kamu, dan fikir sesuatu yang menarik untuk dibuat!” Saya suka katakan begini kepada mereka, walaupun hakikatnya, sekarang ini, imaginasi mereka seperti terhad kepada memusnahkan dan meminta iPad mereka.

klik disini untuk mendapatkan barangan bayi murah.

Walaubagaimanapun, dengan sikap anti-berjadual, anak perempuan saya yang berumur 6 tahun telah terlibat dalam Girl Scouts, ballet, hip-hop, berenang, teater musikal, karate, seni, lakonan, sains, dan kelas Spanish pada umur yang singkat, dan saya dengan gembira membuat pemeriksaan demi pemeriksaan untuk setiap aktiviti yang baharu. Jadual aktiviti adik lelakinya yang berumur 3 tahun? Begini, saya telah mendaftarkan dia untuk kelas berenang setahun yang lepas, kemudian berhenti kerana dia menjengkelkan dan saya tidak suka berbau seperti klorin. Selain itu, aktivitinya hanyalah mengikuti saya menghantar kakaknya ke kelas, dan kemudian mencari mesin layan diri terdekat yang penuh dengan coklat atau tempat buang air (berbaloi!)

Jika anda seperti saya, hidup kurikulum anak pertama anda sangat berbeza berbanding adik-beradiknya. Begini.

Kelas Pertama

Anak Pertama: Mungkin mereka bukan bayi yang baru lahir, tetapi mereka belum berjalan. Samada kelas musik, kelas pergerakan bayi, atau kelas belajar berenang, anda akan menderita dengan gembiranya pada setiap sesi. Sudah tentu, anda tahu anak anda tidak mungkin akan mengingatinya, tetapi anda sangat yakin bahawa kelas itu penting untuk perkembangannya.

Anak Kedua: Sekitar 2 tahun, anda akan rasa bersalah kerana masih belum mendaftarkan mereka untuk sebarang, kemudian anda akan lupa selepas 30 saat berlalu.

Percubaan Aktiviti

Anak Pertama: Setiap musim, anda dudukkan anak anda dan bercakap tentang aktiviti yang mereka ingin sertai, menggalakkan mereka untuk bertahan dengan yang telah mereka ceburi dengan bagus dan cuba perkara baharu yang anda yakin mereka akan cemerlang. Kenapa tidak anak anda menjadi juara pemain besbol dan seorang sarjana musikal?

Anak Kedua: Anda menganggap mereka mendapat gambaran yang baik tentang dunia luar dengan melihat si sulung, dan jika mereka sukakan sesuatu, mereka akan meminta kebenaran anda untuk melakukannya. Sehingga itu, siapa yang mempunyai masa untuk menghantar dua anak sekali?

klik disini untuk mendapatkan barangan bayi murah.

Penglibatan Ibu Bapa

Anak Pertama: Anda gembira untuk pergi ke kolam bersama si kecil anda, walaupun bilik persalinannya kotor dan sejuk dan anda tahu jumlah air kencing bayi di dalam kolam tersebut. Anda juga ibu bapa yang memilih untuk memerhati kelas tarian, melihat latihan bola sepak, dan menjadi orang di barisan pertama untuk mengambil anak di kelas yang tidak membenarkan ibu bapa, berharap anda akan dapat mengintai untuk beberapa minit.

Anak Kedua: Jika aktivitinya memerlukan anda lebih daripada menghantar dan mengambil anak anda, ia tidak akan dilakukan. Walaupun ia meregangkannya.

Tanggungan Kos

Anak Pertama: Kelas tarian dengan 10 perjumpaan dan memerlukan kasut yang istimewa, seluar ketat, dan leotards yang berjumlah $100 (tidak termasuk yuran pendaftaran)? Anda boleh menerimanya. Beribu dolar untuk program gimnastik elit? Dia boleh menjadi Olympian! Lima puluh bucks untuk belajar menunggang kuda selama sejam? Kenapa tidak?! Anda tidak akan berkira untuk membuat anak anda gembira dan bantu dia menyerlahkan bakat sebernarnya.

Anak Kedua: Kecuali anda mempunyai segala peralatan untuk adik beradiknya yang lebih tua, kelas yang akan dimasukinya perlulah efisyen kos (dikenali sebagai murah). Lagipun, anda telah kekeringan akaun bank dan terima kasih kepada pelajaran menunggang kuda itu.

klik disini untuk mendapatkan barangan bayi murah.

Berkongsi Kenderaan

Anak Pertama: Anda berasa tidak selamat membiarkan bidadari kecil anda menaiki kenderaan bersama orang lain selain anda, jadi anda lebih gembira untuk mengambil dan menghantarnya (dan mungkin berkeliaran semasa sesi kelas). Anda tidak mahu dia berfikir bahawa anda tidak menyokongnya!

Anak Kedua: Melainkan jiran yang tidak lokek berkongsi kenderaan membuat aktiviti yang sama, perlu berfikir dengan serius tentang mendaftarnya.

Memberi Semangat

Anak Pertama: Anda tidak mahu dia mengalah, tambahan pula, dia sememangnya seorang pemain flute/penari tap/penjaga gol yang hebat, jadi anda menggalakkan dia untuk bertahan dengannya, walaupun dia jelas kurang bersemangat dengannya. Anda membesarkan sorang pemenang!

Anak Kedua: Tidak sukakan bola sepak, gimnastik, atau belajar piano? Tiada masalah, nak. Saya boleh menggunakan duit dan masa yang lebih.

Artikel ini dipetik daripada popsugar.com

sumber gambar: Flickr user Heather Williams