Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perut Selesa, Anak Lebih Ceria dengan Bubs® Easy-Digest Goat Milk Toddler Drink Stage 3

Bubs® Easy-Digest Goat Milk

Bila anak semakin membesar, Mommy pastinya mahu memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menyokong perkembangan harian. 

Namun, selain kandungan nutrisi, keselesaan perut si manja juga sangat penting, terutamanya bagi anak yang mempunyai sistem penghadaman yang lebih sensitif.

Ada kalanya, pemilihan susu yang kurang sesuai boleh menyebabkan anak rasa tidak selesa seperti perut kembung, sukar membuang air besar atau mudah meragam. 

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada si manja, malah boleh membuatkan Mommy turut rasa risau.

Disebabkan itu, kini Mommy memilih susu formula yang lebih mudah dihadam, supaya anak dapat membesar dengan lebih selesa, aktif dan ceria setiap hari.

Bubs® Diiktiraf Sebagai Susu Formula Kambing Terbaik Pilihan Mommy

Sebagai bukti kepercayaan dan pilihan ramai ibu bapa, Bubs® Easy-Digest Goat Milk Toddler Drink Stage 3 telah menerima pengiktirafan sebagai Susu Formula Kambing Terbaik di Motherhood Choice Awards 2026.

Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan kualiti formulanya, malah menunjukkan keyakinan Mommy terhadap susu yang direka khas untuk menyokong keperluan si manja, terutamanya dari segi keselesaan sistem penghadaman dan tumbesaran harian.

Dengan penggunaan susu kambing berkualiti tinggi serta formula yang diperkaya dengan nutrisi penting, anugerah ini mengukuhkan lagi kedudukan Bubs® sebagai salah satu pilihan yang dipercayai oleh keluarga masa kini.

Ia sekaligus memberi ketenangan kepada Mommy dalam memilih susu yang bukan sahaja selamat dan berkualiti, tetapi juga sesuai untuk membantu anak-anak membesar dengan lebih selesa dan ceria setiap hari.

Ramai Mommy Memilih Bubs® Easy-Digest Goat Milk Toddler Drink Stage 3

Highlighted


Mommy memilih Bubs® Easy-Digest Goat Milk Toddler Drink Stage 3 kerana formulanya yang direka untuk menyokong sistem penghadaman si manja, terutamanya bagi anak yang mempunyai perut sensitif.

Produk ini menggunakan susu kambing berkualiti yang diperoleh daripada penternak terpilih dengan kawalan kualiti yang ketat. Secara semula jadi, susu kambing ini kaya dengan protein A2, yang lebih mudah dihadam dan lebih lembut pada sistem penghadaman anak.

Formulanya turut diperkaya dengan DHA dan ARA untuk menyokong perkembangan minda dan tumbesaran menyeluruh. Kandungan prebiotik pula membantu mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus, sekali gus menyokong kesihatan sistem penghadaman harian.

Bagi memberikan keyakinan kepada Mommy, setiap produk diblend dan dibungkus di fasiliti milik Bubs® sendiri di Victoria, Australia, bagi memastikan kualiti yang konsisten. Formula ini juga bebas daripada pemanis tiruan, GMO dan pewarna tambahan.

Sebagai tambahan, produk ini turut diuji secara bebas untuk tahap ketulenan dan telah menerima Clean Label Project® Purity Award, yang menjadi bukti kepada kualiti dan keselamatan produk ini.

Ramai Mommy Memilih Bubs®

Mommy yang telah mencuba susu pada si manja turut berkongsi pengalaman positif mereka, terutamanya daripada segi keselesaan perut anak dan penerimaan rasa susu yang baik.

Antara yang sering dikongsikan adalah anak lebih selesa selepas minum, kurang meragam dan rutin harian menjadi lebih mudah apabila si manja berada dalam keadaan yang ceria.

Di Mana Mommy Boleh Dapatkan Bubs®

Mommy yang berminat untuk mendapatkan Bubs® Easy-Digest Goat Milk Toddler Drink Stage 3, produk ini tersedia secara online di Lazada dan Shopee

Ini memudahkan Mommy mendapatkan pilihan susu yang sesuai untuk anak dengan lebih cepat dan praktikal. 

Mommy juga boleh melayari laman rasmi https://bubsmalaysia.com/ untuk maklumat lanjut mengenai produk dan rangkaian penuh Bubs®. 


Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.

Dapatkan pelbagai informasi tentang keibubapaan dan kesihatan di SINI!