Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pesanan Doktor Pakar | 9 Keadaan Ibu Mengandung Yang Tidak Dinasihatkan Berpuasa

“Nak puasalah, tapi boleh ke?”

“Okay ke kandungan ni nanti?”

Untuk ibu-ibu yang sedang mengandung di luar sana, pasti anda tertanya-tanya samada sesuai atau tidak, boleh atau tidak untuk anda berpuasa di bulan Ramadhan ini. Anda harus tahu bahawa sebenarnya, ibu yang hamil dan mereka yang menyusu diberikan keringanan untuk TIDAK berpuasa dibulan Ramadhan. Bukan tidak boleh berpuasa, cuma takut akan menjejaskan kandungan dan diri anda.

Highlighted


Sekiranya anda berpuasa, anda dinasihatkan untuk berbuka puasa apabila keadaan tidak mengizinkan dan boleh mengganti puasa tersebut selepas habis bulan Ramadhan.

Hamil, Menyusu, & Berpuasa

Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat telah kongsikan beberapa keadaan di mana ibu mengandung tidak dinasihatkan untuk berpuasa. Melalui perkongsian di laman Twitter beliau:

  1. Jika masih berada pada trimester pertama kehamilan (3 bulan pertama).
  2. Sekiranya ibu berisiko untuk mendapat darah beku di kaki (venous thrombosis), untuk kedua-dua kumpulan; ‘moderate’ atau ‘high risk’.
  3. Ibu yang tak sihat – demam, muntah-muntah, cirit birit.
  4. Ibu yang mempunyai ‘high risk pregnancy’ seperti pre-eclampsia, penyakit ‘autoimmune’, atau penyakit jantung.
  5. Ibu ada kencing manis ketika hamil – kencing manis jenis 1 dan 2, atau GDM yang memerlukan metformin/insulin. GDM dengan kawalan permakanan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  6. Kehamilan di mana bayi tidak membesar (IUGR).
  7. Ibu yang menyusukan badan dan bimbang pasal kesihatan dirinya.
  8. Ibu yang berada di negara yang waktu siangnya lebih panjang atau lebih lama.
  9. Ibu yang tidak menyusukan anak tapi masih berada dalam tempoh berpantang.

Ujar Dr Muhammad Izzat,

Walaupun kadang-kadang darah nifas sudah kering 2 minggu selepas bersalin, tetapi tahap kepekatan darah masih lagi tinggi sehingga 6 minggu berpantang. Jadi risiko untuk mendapat ‘thrombosis’ itu masih lagi tinggi.

Nasihat Doktor Muhammad Izzat lagi, ibu mengandung dan menyusu yang ingin berpuasa harus mendapatkan nasihat pakar sebelum anda berpuasa. Jangan pandai-pandai ye Mommy!

Qadha Puasa & Fidyah bagi Ibu Mengandung & Menyusu

Menurut penerangan Mufti Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), wajib untuk ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya yang tidak berpuasa untuk menggantikan puasa tersebut selepas Ramadhan.

Namun sekiranya anda lewat untuk qadha puasa kerana uzur Syarie sehingga Ramadhan seterusnya, tidak wajib dikenakan fidyah. Wajib qadha sahaja.

Walaupun anda mungkin tidak dapat berpuasa seperti umat Islam yang lain, anda masih boleh mencari keberkatan Ramadhan dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah seperti beribadah bersama ahli keluarga, memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bersedekah, membaca, dan sebagainya.

Untuk ibu hamil yang masih keliru dan ragu-ragu samada anda masih harus lakukan check up sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda boleh baca disini. Walaupun hanya berada dirumah, anda boleh mendapatkan barangan ibu mengandung dan keperluan bayi di Motherhood.com.my.