Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Petting Zoo di Selangor: 12 Pilihan TERBAIK untuk Aktiviti Keluarga Mommy

petting zoo selangor

Kredit gambar: Instagram @2a_diaries

Cuti sekolah bakal tiba tak lama lagi! Mommy dan Daddy dah ada tempat nak bawa anak-anak menghabiskan masa mereka? Jika belum, kami mencadangkan kepada Mommy dan Daddy untuk ke petting zoo yang ada di Selangor dan juga Kuala Lumpur.

Siapa sangka disebalik bangunan pencakar langit dan kesibukan kota raya besar ini terdapat petting zoo yang membolehkan pengunjung berinteraksi dan bermain dengan haiwan yang sebelum ini hanya boleh ditonton di televisyen.

Nak tahu petting zoo apa yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? Jangan lupa scroll sampai habis untuk maklumat lanjut.

Senarai Pilihan Petting Zoo di Selangor

#1. Farm In The City – Petting Zoo Selangor

Highlighted

Kredit gambar: farminthecitymalaysia

Petting zoo yang pertama yang boleh Mommy dan Daddy kunjungi ialah Farm In The City. Terletak hanya 30 minit dari ibu kota, Kuala Lumpur, Farm In The City ini menawarkan pengalaman berinteraksi bersama binatang-binatang yang terdapat di sini.

Kredit gambar: farminthecitymalaysia

Selain dapat melihat secara dekat haiwan-haiwan di sini, anak Mommy juga berpeluang untuk memberi makan dan meyentuh haiwan di sini.

Kredit gambar: farminthecitymalaysia

Apa yang menariknya di sini, haiwan-haiwan di sini didatangkan dari seluruh dunia. Antaranya ialah dari Amerika Selatan, Amerika Utara, Benua Asia dan juga Benua Africa.

Alamat: Lot 40187 – 40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin: 10 pagi – 6 petang (hari biasa), 9.30 pagi – 6 petang (hujung minggu)

Tiket Masuk: Bermula dari RM32. Rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

#2. IOI City Farm

Kredit gambar: Instagram @ioicityfarm

IOI City Farm yang bercita-cita untuk memperkenalkan petting zoo secara indoor. Walaupun konsep ini adalah idea yang baru tetapi ternyata ianya diterima oleh kebanyakan masyarakat.

Kredit gambar: Instagram @ioicityfarm

IOI City Farm ini terletak di tingkat 2 pusat membeli belah ini mempunyai keluasan 18,000 kaki persegi dan terbahagi kepada 3 zon.

Kredit gambar: Instagram @ioicityfarm

Dengan lebih 70 spesis tumbuhan, haiwan dan juga ikan pastinya memberikan pengalaman luar biasa kepada Mommy sekeluarga.

Diperhebatkan lagi oleh pasukan zoologist, aquaris dan ahli botani yang bakal menjadikan kunjungan Mommy dan keluarga ke sini sebagai kunjungan yang sangat berinformatif.

Banyak perkara yang akan dapat Mommy sekeluarga pelajari di sini.

Alamat: AT-6, Level 2, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Sepang, Putrajaya

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 9 malam

Tiket Masuk:

  • Hari bekerja: RM48
  • Hujung minggu, Cuti umum & cuti sekolah: RM58
  • Warga emas & OKU: RM32
  • Kanak-kanak bawah 2 tahun: Percuma

#3. Sunway Lagoon Wildlife Park

Kredit gambar: Instagram @sunwaylagoonmalaysia

Sunway Lagoon Wildlife Park ini adalaha sebahagian dari Taman Tema Air Sunway Lagoon. Dengan tarikan lebih 150 spesis haiwan dari seluruh dunia pastinya bakal menjanjikan pengalaman yang mengujakan kepada Mommy sekeluarga.

Kredit gambar: Instagram @sunwaylagoonmalaysia

Kunjungan Mommy ke sini bakal disajikan dengan singa putih yang jarang ditemui, beruang matahari yang kian pupus, harimau putih bermata biru yang tiada di tempat lain dan banyak lagi haiwan menarik lain di sini.

Kredit gambar: Instagram @sunwaylagoonmalaysia

Selain itu, terdapat juga persembahan haiwan yang sangat menarik dan sesi beramah mesra dengan haiwan kecil iaitu memberi makan binatang kecil yang terdapat di sini.

Jika Mommy ke Sunway Lagoon pastikan untuk datang ke sini ok!

Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 6 petang

Tiket Masuk:

  • Dewasa (13 tahun ke atas): RM213
  • Kanak-kanak (12 tahun ke bawah): RM178
  • Warga emas (60 tahun ke atas): RM178

#4. G2G Animal Garden

Kredit gambar: Instagram @g2ganimalgarden

Selain itu, petting zoo lain yang terdapat di Selangor termasuklah G2G Animal Garden. Kunjungan Mommy sekeluarga ke sini akan dapat menyaksikan lebih dari 70 spesis haiwan tempatan juga eksotik yang semestinya akan membuatkan anak Mommy gembira dengan percutiannya kali ini.

Kredit gambar: Instagram @g2ganimalgarden

Tempat terbaik buat pencinta haiwan yang menjadikan interaksi bersama haiwan adalah terapi terbaik buat mereka.

Kredit gambar: Instagram @g2ganimalgarden

Jika berkesempatan ke sini, jangan lepaskan peluang untuk memberi makan haiwan-haiwan di sini ya!

Alamat: Jalan MAEPS 4/1, Fasa 3 Presint 9, 43400 Serdang, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 10 pagi – 6 petang (hari bekerja), 9.30 pagi – 6 petang (hujung minggu & cuti sekolah)

Tiket Masuk: Bermula dari RM20. Rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

#5. Hussin Fauzi Farm

Kredit gambar: Instagram @hussinfauzifarm

Ingin mencari tempat yang menawarkan pengalaman seperti petting zoo tetapi dengan harga rahmah? Hussin Fauzi Farm adalah jawapannya.

Walaupun kedudukannya yang terletak jauh ke dalam kampung, namun, pemanduan Mommy itu berbaloi dengan pengalaman yang bakakl Mommy perolehi di Hussin Fauzi Farm ini.

Kredit gambar: Instagram @hussinfauzifarm

Suasana di sini berbeza dengan petting zoo lain yang kebanyakan dikelilingi oleh kawasan bandar yang sibuk.

Petting zoo ini dikelilingi oleh pokok yang menghijau memberi suasana yang sejuk, berangin dan tenang. Antara haiwan yang terdapat di sini ialah unta, burung unta, burung merak dan banyak lagi.

Alamat: Batu 45, Kampung Teluk Penyamun, 45600 Bestari Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 10 pagi – 6 petang

Tiket Masuk:

  • Dewasa: RM12
  • Kanak-kanak: RM7 (bawah 2 tahun: Percuma)

#6. 99 Wonderland Park – Petting Zoo Selangor

Kredit gambar: Instagram @ammar.salehan

Selain itu, Mommy juga boleh memilih untuk ke 99 Wonderland Park yang mana ianya adalah sebuah tempat yang menawarkan 2 keseronokan dalam 1 tempat.

Kredit gambar: Instagram @ammar.salehan

Apakah 2 keseronokan itu? Jika Mommy ke sini, Mommy akan dapat menghabiskan masa di kawasan rekreasinya dan juga di petting zoonya.

Kredit gambar: Instagram @ammar.salehan

Petting zoo disini adalah berkonsepkan zoo terbuka yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mendekati haiwan di sini seperti, rusa, swan, itik, ular burung dan iguana secara dekat.

Selain itu, Mommy juga berpeluang melihat haiwan eksotik lain seperti tapir, buaya, beruang matahari dan banyak lagi.

Alamat: Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara, 68100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

  • Isnin – Khamis: 5 petang– 11 malam
  • Jumaat: 5 petang – 12 tengahmalam
  • Sabtu & cuti umum: 9 pagi – 4 petang, 5 petang – 12 tengahmalam;
  • Ahad: 9 pagi – 4 petang, 5 petang – 11 malam

Tiket Masuk: Bermula dari RM20. Rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

#7. KL Tower Mini Zoo, Kuala Lumpur

Kredit gambar: Instagram @kvincess

Siapa sangka adanya sebuah petting zoo di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Walaupun keluasannya agak terhad namun, pengalaman berkunjung ke petting zoo ini sangat menarik.

Kredit gambar: Instagram @ameliantsyaa

Terdapat 50 spesis haiwan tempatan juga eksotik yang menunggu Mommy sekeluarga di sini. Antara tarikan utama di sini pastinya kura-kura terbesar di dunia dan penyu tertua di Malaysia.

Jika anda berkunjung ke menara ikonik negara iaitu Menara Kuala Lumpur, pastikan anda singgah ke petting zoo ini ok!

Alamat: Ground floor, Menara Kuala Lumpur, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 10 pagi – 7 malam & Sabtu – Ahad, 10 pagi – 9 malam

Tiket Masuk: Bermula dari RM29. Rujuk Facebook untuk maklumat lanjut

#8. Paya Indah Wetlands Safari

Kredit gambar: Instagram @kristychai

Pencinta alam semulajadi pasti suka dengan apa yang ada di Paya Indah Wetlands Safari. Sebuah taman yang dikawalselia oleh Pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ini penuh dengan kegembiraan yang menanti pengunjungnya.

Dengan keluasan 1,111 ekar, Mommy sekeluarga akan dapat melihat dengan dekat kawasan yang dahulunya pernah menjadi tempat perlindungan hidupan liar kini menjadi rumah kepada lebih 235 spesis burung, 63 spesis mamalia, 20 spesis reptilia, 10 spesis amfibia dan 14 spesis ikan.

Banyak bukan? Antara haiwan-haiwan tersebut ialah kura-kura, badak air, buaya tembaga, landak raya, merak india dan pelbagai jenis burung yang mengkagumkan.

Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan di sini untuk pengunjungnya.

Alamat: Persiaran Cove Central, Bandar Gamuda Cove, Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 9 pagi – 5 petang

Tiket Masuk: RM30 – RM50 (Anggaran harga). Rujuk laman web untuk maklumat lanjut.

#9. The Acre By Farm Fresh

Kredit gambar: Instagram @farmfreshatupm

The Acre By Farm Fresh ialah petting zoo yang dikendalikan oleh sebuah syarikat jenama susu tempatan yang tidak perlu lagi diperkenalkan.

Kredit gambar: Instagram @farmfreshatupm

Dibina di dalam sebuah university tempatan iaitu Universiti Putra Malaysia, petting zoo ini memberi peluang kepada Mommy sekeluarga melihat ladang lembu susu yang mana menghasilkan susu untuk jenama mereka.

Kredit gambar: Instagram @farmfreshatupm

The Acre By Farm Fresh ini sangat instagrammable kerana kebanyakan tempat di sini sangat sesuai untuk bergambar. Sangat cantik!

Kredit gambar: Instagram @farmfreshatupm

Di sini juga terdapat mini zoo yang membolehkan anda memberi makan dan berinteraksi dengan binatang di sini.

Bukan itu sahaja, bahkan terdapat juga sebuah restoran dan juga kawasan yang luas untuk berkelah serta relaks.

Alamat: Jalan Maklumat, UPM, Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 10 pagi – 6 petang

Tiket Masuk:

  • Warganegara: Kanak-kanak – RM15, Dewasa – RM10
  • Bukan warganegara: Kanak-kanak – RM35, Dewasa – RM25

#10. Saville Wonderland Semenyih – Petting Zoo Selangor

Kredit gambar: Instagram @savillewonderland

Terletak di Semenyih, Selangor, petting zoo ini adalah rumah bagi pelbagai jenis lembu, kambing, rusa dan juga burung unta.

Kredit gambar: Instagram @savillewonderland

Mommy berpeluang meluangkan masa bersama haiwan di sini dengan memberi makan haiwan-haiwan ini secara dekat.

Kredit gambar: Instagram @savillewonderland

Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang boleh dicuba di sini. Antaranya ialah memanah, menaiki ATV, menunggang kuda, memancing dan banyak lagi.

Kredit gambar: Instagram @savillewonderland

Satu tempat pelbagai aktiviti!

Alamat: Saville Free Range Agro, Taman Agroteknologi, 1A, Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir, Semenyih, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9 pagi – 6 petang

Tiket Masuk:

Kanak-kanak: RM7
Dewasa: RM8

#11. Zoo Negara (Zoo Negara Malaysia)

Kredit gambar: Instagram @zoonegara_malaysia

Zoo Negara adalah tempat yang tidak perlu lagi diperkenalkan. Menjadi habitat atau rumah kepada lebih 450 spesis haiwan.

Kredit gambar: Instagram @zoonegara_malaysia

Di sini Mommy sekeluarga pasti akan teruja melihat haiwan-haiwan di sini menjalani hidup mereka seperti di habitat sebenar mereka.

Kredit gambar: Instagram @zoonegara_malaysia

Selain itu, terdapat juga persembahan dari haiwan comel singa laut dan haiwan lincah si monyet dan si banyak mulut burung kakak tua. Anak-anak pastinya akan teruja dengan apa yang mereka lihat.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari – 9 malam – 5 petang

Tiket Masuk:

  • Warganegara: Kanak-kanak – RM16.20, Dewasa – RM39
  • Bukan warganegara: Kanak-kanak – RM39, Dewasa – RM71

#12. Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) – Petting Zoo Selangor

Kredit gambar: Instagram @yasrien

Petting zoo terakhir yang berlokasi di Selangor ialah Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC). KSCC ini adalah sebuah perkampungan yang ceria dengan warna pelangi.

Kredit gambar: Instagram @tzekaineoh

Selain mempunyai penginapan kabin yang selesa, terdapat juga sebuah mini zoo yang mana akan memberi peluang kepada pengunjung mendekati haiwan di sini.

Kredit gambar: Instagram @gracie_littlegift

Mommy dan anak-anak Mommy berpeluang melihat dengan dekat haiwan-haiwan ini sambil memberi makan kepada mereka.

Jangan risau, haiwan-haiwan di sini sangat jinak dan comel.

Alamat: Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 5 petang

Tiket Masuk:

Hari bekerja

  • Kanak-kanak: RM14
  • Dewasa: RM16

Hari minggu

  • Kanak-kanak: RM12
  • Dewasa: RM18

Kesimpulannya, percutian anda ke salah satu petting zoo ini pastinya akan memberi memori yang sukar dilupakan terutamanya kepada anak-anak anda.

Satu pengalaman yang berbeza apabila dapat menghabiskan masa bermain dan berinteraksi bersama haiwan-haiwan yang ada di sekeliling kita ini.


Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan tempat-tempat percutian menarik yang lain di SINI!