Keguguran adalah satu perkara yang sangat ditakuti oleh ramai bakal-bakal ibu di luar sana. Keguguran biasanya terjadi pada awal kehamilan.
Ianya adalah satu perkara yang akan menguji mental dan fizikal si ibu terutamanya bagi ibu-ibu yang sangat berharap untuk menimang cahaya mata.
Namun, Mommy tidak perlu risau kerana peluang untuk hamil semula selepas keguguran masih ada kerana terdapat beberapa petua hamil selepas gugur yang Mommy boleh cuba.
Untuk ketahui apakah petua hamil selepas gugur tersebut, ikuti perkongsian di bawah!
Petua Hamil Selepas Gugur
Berikut merupakan beberapa petua hamil selepas keguguran yang Mommy boleh cuba amalkan iaitu:
#1. Hubungan seks pada waktu subur
Untuk hamil selepas keguguran, Mommy perlu melakukan hubungan seks pada waktu subur. Kekerapan yang dicadangkan adalah sebanyak 2 hingga 3 kali sewaktu hampir dengan waktu subur Mommy.
Keadaan ini akan membantu meningkatkan peluang Mommy hamil.
#2. Gaya hidup yang sihat
Gaya hidup yang sihat adalah asas kepada kehidupan manusia. Bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu Mommy untuk hamil semula selepas mengalami keguguran.
Berat badan ideal akan membantu Mommy untuk hamil selepas gugur dengan mudah.
#3. Jangan lakukan seks setiap hari menghampiri waktu subur
Selain itu, dinasihatkan juga supaya Mommy elak melakukan hubungan seks setiap hari apabila menghampiri waktu subur.
Hal ini kerana, hubungan seks setiap hari akan memberi kesan kepada kepekatan air mani atau sperma Daddy.
Keadaan ini akan menurunkan peluang untuk hamil. Kekerapan yang sesuai ialah selang sehari atau dua hari sebelum waktu ovulasi berlaku.
#4. Petua Hamil Selepas Gugur dengan Berjumpa doktor
Petua seterusnya ialah berjumpa dengan doktor. Dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan Mommy tidak menghadapai sebarang penyakit yang menghalang Mommy dari hamil.
Contohnya csyt, endometriosis dan fibroid yang kerap terjadi dalam kalangan wanita. Sekiranya Mommy mempunyai sebarang masalah, rawatan awal akan dapat diberikan dan Mommy dapat hamil semula.
#5. Kesuburan suami
Seringkali kesuburan wanita itu menjadi persoalan sekiranya mereka belum hamil. Sebenarnya, kesuburan suami juga sama pentingnya seperti kesuburan wanita.
Untuk memastikan kesuburan suami berada pada tahap yang terbaik Daddy perlulah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan berkhasiat, bersenam, jauhi rokok juga minuman keras yang boleh memberi kesan kepada tahap kesuburan seorang lelaki.
#6. Makan multivitamin khas
Di samping itu, Mommy juga mengamalkan pengambilan multivitamin khas ibu mengandung. Contohnya, pengambilan asid folik yang membantu mengurangkan kecacatan janin.
Bukan Mommy sahaja, tetapi Daddy pun boleh amalkan vitamin zinc untuk meningkatkan penghasilan sperma.
#7. Petua Hamil Selepas Gugur dengan Makan makanan seimbang
Pemakanan yang seimbang sangat penting kepada tubuh. Ini juga termasuk sebagai salah satu petua untuk hamil selepas gugur.
Terutamanya bagi mereka yang mempunyai PCOS di mana mereka mempunyai masalah kitaran haid dan sukar menentukan waktu ovulasi mereka.
Amalkan pemakanan yang seimbang insyaAllah, dapat membantu Mommy untuk hamil.
#8. Elakkan makanan proses dan segera
Makanan segera dan proses terbukti tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kerana mengandungi lemak trans yang menyebabkan banyak masalah kesihatan.
Oleh itu, sebaiknya Mommy elakkan pengambilan makanan proses dan segera ini.
#9. Petua Hamil Selepas Gugur dengan Melakukan Urutan
Bukan itu sahaja, Mommy juga boleh berikhtiar dengan cara mengurut dengan mereka yang berpengalaman. Melalui urutan ini sebarang masalah seperti rahim jatuh, rahim terbalik dan sebagainya dapat dikesan.
Bidan atau orang yang berpengalaman dalam bidang urutan ini dapat membantu sekiranya Mommy mempunyai masalah seperti ini.
#10. Tangani stress dan tekanan dengan baik
Tahukah Mommy, stress dan tekanan juga memberi kesan kepada masalah kesuburan? Oleh itu, tanganilah stress dan tekanan Mommy sebaiknya.
Lakukan aktiviti yang boleh membantu Mommy untuk tenang seperti membaca al-quran, manjakan diri di spa dan banyak lagi.
#11. Sentiasa peka dengan waktu subur
Petua terakhir yang perlu Mommy lakukan untuk hamil selepas keguguran ialah sentiasa peka dengan waktu subur. Waktu subur adalah waktu paling tepat untuk melakukan hubungan seks.
Antara kaedah untuk mengetahui waktu subur ialah gunakan kaedah kalendar, lendir yang keluar dari vagina dan juga boleh menggunakan alat ujian ovulasi (OPK).
Kesimpulannya, untuk hamil semula selepas gugur memerlukan usaha dari suami juga isteri. Pastikan Mommy dan Daddy bersedia dari segala segi untuk menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya disahkan hamil semula selepas ini. Teruskan berdoa dan berusaha.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Mommy boleh juga dapatkan pelbagai lagi tips dan petua kehamilan yang lain di SINI!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.