Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Petua Hilangkan Batuk Bayi Dengan Hanya Menggunakan Bahan Semula Jadi di Malaysia

batuk bayi

Mak mana yang tak risau apabila anak yang disayangi batuk tak baik-baik. Bila anak tak sihat, mulalah si mak nak fikir macam-macam. Tak tenang rasa hati dibuatnya. Batuk merupakan penyakit yang agak sukar untuk sembuh. Kita yang dewasa pun boleh ambil masa berhari untuk sembuh, inikan anak kecil. Selain ubat yang diberikan oleh doktor, Mommy boleh cuba petua hilangkan batuk bayi yang bahan-bahannya ada di dapur kita je.

Petua Hilangkan Batuk Bayi Yang Boleh dibuat di Rumah

#1 Campuran lemon, halia, dan madu. 

Highlighted


Perah lemon, hiris halia sehalus yang mungkin dan tambahkan sedikir madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam dalam peti sejuk kemudian berikan anak anda minum keesokkan harinya.

Tips: Minuman ini sesuai untuk anak-anak yang berumur 2 tahun dan ke atas.

#2 ‘Stoking’ Bawang Putih 

Bakar beberapa ulas bawang putih dan biarkan ia sejuk sebentar. Tumbuk bawang putih yang dibakar dan kemudian letak dalam stoking anak.

#3 Mandian buah Lemon 

Mandian ini merupakan tips yang sangat popular. Selain untuk anak-anak yang selesema, mandian lemon ini juga sesuai untuk menghilangkan batuk bayi.

Mommy hanya perlu meletakkan beberapa hirisan lemon dalam mandian anak. Bau lemon yang menyegarkan dapat membantu mengeringkan hingus disamping menghilangkan batuk bayi.

#4 Kunyit

Kunyit juga sangat sesuai untuk hilangkan batuk dan juga selesema bayi. Mommy hanya perlu tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di atas hidung dan dahi anak. Jangan biarkan terlalu lama kerana takut meninggalkan kesan kuning.

#5 Kentang

Petua ini juga sering digunakan emak-emak yang lain. Carannya lebih kurang ‘Stoking’ Bawang Putih.

  • Hiris sebiji kentang dalam ukuran lebih kurang 1/8 inci. Kemudian letakkan hirisan tersebut dalam stoking yang dipakai anak anda dan biarkan semalaman.

Selain batuk dan selesema, petua ini juga dapat menurunkan suhu badan bayi yang demam. Jus kentang pula dapat membantu masalah perut kembung dan perut yang tidak selesa.

#6 Bawang Kuning 

Bawang kuning atau bawang holland juga dapat mengurangkan batuk si kecil. Bahan ‘expectorant’ dalam bawang membantu mengurangkan kahak dan melegakan sesak nafas. Bawang juga merangsang sistem imunisasi badan yang semula jadi kerana ia mengandungi Vitamin C dan ‘phytochemical’ yang dapat meningkatkan fungsi Vitamin C di dalam badan.

Tapi ingat, petua ini khas untuk anak berumur 6 bulan dan ke atas ye! Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1 mangkuk besar bawang dikupas

3 sudu besar penuh gula putih

Piring kecil

Cara-cara:

  1. Potong bawang besar-besar dan taburkan gula ke atas bawang.
  2. Biarkan di atas piring kecil untuk beberapa jam sehingga keluar jus bawang di atas piring tersebut.
  3. Berikan sesudu penuh pada anak setiap satu jam.

#7 Bunga Belimbing & Beras

Khusus untuk si manja Mommy yang sudah mula makan ‘solid foods’. Caranya ialah, ambil bunga belimbing dan campurkan dalam air didihan beras. Tapis, dan beri anak minum.

#8 Daun selasih, oregano, & daun sirih.

Perah ketiga-tiga daun ini untuk ambik patinya. Kemudian berikan bayi anda minum sesudu pati daun-daun ini. Ingat, petua ini juga untuk bayi yang sudah mula makan ‘solid foods’. Jangan pandai-pandai bagi dekat anak Mommy yang tak pernah rasa ‘solid foods’ lagi tau!

#9 Minyak Masak

Haa ni kalau takde kat rumah memang tipulah. Sapukan sedikit minyak masak yang belum digunakan pada batang hidung dan dada bayi anda untuk melegakan batuk dan hidung tersumbat.

#10 Minyak bawang putih

Bakar bawang putih, dan kemudian tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan.

Kemudian, sapu di dada anak anda untuk melegakan saluran pernafasannya.

#11 Daun sirih

  1. Layurkan 2 helai daun sirih di atas lilin atau api.
  2. Sapukan balm/vicks pada kedua-dua daun sirih.
  3. Letakkan 1 daun sirih di atas dada bayi dan lagi satu pada belakang badan bayi.
Sumber: Facebook @NurFarahin

#12 Epal + Bawang Merah + Bawang Putih 

Bahan-bahan

1 biji Epal merah

1 bawang merah bersaiz besar

4-5 ulas bawang putih

Cara-cara

  1. Bersihkan dan kukuskan ketiga-tiga bahan sekali selama 20 minit.
  2. Keluarkan ketiga-tiga bahan dan letakkan di dalam mangkuk.
  3. Biar seketika sehingga nampak air keluar epal dan bawang-bawang yang telah dikukus. Jangan lenyekkan bahan-bahan tersebut ya!
  4. Berikan anak minum air tersebut sehari sekali.

#13 Daun kaduk & kapur makan

Ramas daun kaduk dengan kapur dan juga sedikit air. Kemudian, sapu di bahagian dada dan belakang bayi.

#14 Bawang Putih + Minyak Zaitun 

  1. Bakar dan tumbuk bawang putih.
  2. Masukkan air panas ke dalam sebuah mangkuk, dan riba anak di pangkuan Mommy  dengan menghadapkan mukanya ke arah mangkuk tersebut.
  3. Tambah sedikit minyak zaitun.
  4. Tutup kepala anak dengan napkin atau tuala nipis supaya wap tadi akan naik dan masuk ke rongga anak.
  5. Lakukan tepuk ‘percussion’ seperti tips seterusnya.

#15 Tepuk Percussion

Tepuk bahagian badan bayi Mommy – bahagian depan dan juga belakang dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung. Tepuk ‘percussion’ membantu dalam memudahkan pengeluaran kahak.

#16 Urutan Bayi 

Jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap hari, selepas mandi. Urutan bayi yang dilakukan setiap hari dapat memberikan keselesaan pada bayi, serta bayi akan lebih mudah untuk dijaga kerana jarang meragam. Inshaallah.

#17 Pemakanan jika Mommy menyusu

Mommy yang menyusu sepenuhnya harus menjaga gaya pemakanan anda. Banyakkan mengambil makanan berkhasiat untuk anda dan juga bayi yang masih menyusu. Mommy juga disarankan untuk meneruskan penyusuan dengan lebih kerap walaupun bayi batuk dan selesema.

#18 Peredaran Udara yang Baik 

Jangan lupa untuk membuka tingkap dan pintu rumah selama beberapa ketika setiap pagi. Hal ini supaya pengedaran udara dapat mengalir dengan lebih baik. Barulah Mommy dan anak-anak dapat hirup udara segar.

#19 Bersihkan rumah, alatan, perabot & pakaian.

Walaupun rumah pada zahirnya nampak bersih, tapi masih ada kotoran, habuk dan bakteria di celah-celah perabot dan peralatan rumah. Habuk kipas, aircond, dari penyapu dan sebagainya mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang si manja kita.

Jangan lupa untuk mop lantai dengan air panas bercampur Dettol, dan basuh cadar, sarung bantal dan bersihkan tempat tidur anak setiap minggu.

#20 Rehat secukupnya

Elakkan daripada membawa anak kecil ke tempat sesak dan orang ramai. Kawasan yang sesak dengan orang ramai akan membuatkan anak berasa terlalu letih dan ini akan melambatkan proses penyembuhan.

Sebaliknya, biarkan anak rehat di rumah atau kawasan hijau yang lapang. Selain untuk mengelakkan jangkitan pada kanak-kanak lain, anak kita juga akan berasa lebih tenang.

Mommy boleh cuba petua hilangkan batuk bayi Mommy yang disenaraikan di atas. Tetapi, sekiranya batuk anak Mommy berterusan walaupun dah cuba pelbagai cara, segera bawa dia ke hospital dan dapatkan rawatan yang intensif. Takut anak kita tu menghidapi penyakit yang lain. Apa-apa pun, semuanya datang dari pemakanan kita sebagai ibu yang menyusu, mahupun apa yang kita beri anak kita makan. Keadaan persekitaran juga antara faktor yang boleh menyebabkan anak-anak kita dijangkiti penyakit. Jadi, Mommy harus sentiasa berhati-hati dan sentiasa berikan yang terbaik untuk anak-anak ya!