Risau batuk anak tak mahu hilang? Mommy boleh ikuti perkongsian kali ini yang mengenai cara atau petua hilangkan batuk budak! Sebelum kami kongsikan dengan lebih lanjut, ketahui dahulu apakah punca yang menyebabkan batuk.
Gejala selesema dan batuk berpunca dari serangan virus yang menjangkiti saluran pernafasan. Jangkitan ini disebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, bulu haiwan, wangian dan debunga.
Selain itu, faktor cuaca yang terlalu panas dan sejuk serta tahap sistem imun yang rendah akan melemahkan pertahanan badan anak anda lalu menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus yang boleh menyebabkan batuk.
Untuk merawat masalah batuk atau petua hilangkan batuk budak ini, Mommy boleh lihat di bawah!
Petua Hilangkan Batuk Budak
Berikut merupakan beberapa petua atau cara melegakan batuk anak yang Mommy semua boleh cuba amalkan iaitu:
#1. Petua Hilangkan Batuk Budak Menggunakan Madu
Cara hilangkan batuk kanak kanak yang paling popular adalah madu. Madu lebah sangat kaya dengan nutrien dan juga antimikrobial. Sifat madu yang panas dapat menipiskan lendir dan memudahkan ia keluar.
Bahan semula jadi ini dipercayai sebagai ubat terbaik dan mujarab untuk melegakan batuk dan dijamin selamat untuk kanak kanak yang berumur 2 tahun ke atas dengan jumlah yang disyorkan.
#2. Campuran Bawang putih dan Madu
Ambil 3 atau 4 ulas bawang putih. Kemudian kupas dan cincang halus dan campurkan dengan secawan madu.
Simpan dan biarkan selama 3 jam sebelum dimakan. Ia dapat melegakan saluran pernafasan dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
#3. Petua Hilangkan Batuk Budak 2 Tahun ke Atas Dengan Campuran Lemon, Halia dan Madu
Masukkan perahan lemon, hiris atau tumbuk kasar halia. Biarkan semalaman di dalam peti ais baharulah boleh diminum.
Tetapi ingat ye Mommy! Tips ini hanya boleh diberikan kepada kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.
#4. Garlic Socks
Cara melegakan batuk anak menggunakan bawang putih dan stokin adalah dengan membakar bawang lalu ditumbuk dan letakkannya di dalam stokin untuk dipakaikan kepada anak.
#5. Cara Nak Hilangkan Batuk Kanak Kanak Dengan Minum Susu Suam
Cara melegakan batuk anak yang seterusnya adalah dengan mencampurkan secubit serbuk kunyit dengan susu suam lalu diminum. Tujuannya adalah untuk memberikan kelegaan kepada sakit tekak anak.
#6. Pengambilan Cecair
Rawat batuk anak dengan banyakkan pengambilan air terutama air suam. Pakar mempercayai bahawa pengambilan air yang lebih banyak akan merendahkan suhu badan kanak-kanak.
Air suam boleh dijadikan ubat batuk yang baik kerana ia membantu menipiskan kahak dan menjadikan anak lebih mudah batuk.
Hal ini kerana air dapat melembutkan mukus atau hingus yang tersekat di dalam tekak mereka yang sebenarnya merupakan punca utama batuk itu berlaku.
Justeru, dengan pengambilan cecair yang banyak ia sekaligus dapat membantu mereka kekal terhidrat.
#7. Melegakan Batuk Anak dengan Kaedah Urutan dan Tepuk Percussion
Jadikan urutan sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Anda juga boleh gunakan kaedah atau cara menepuk bahagian badan depan dan belakang dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.
Tepukan ini bertujuan untuk memudah dan mempercepatkan pengeluaran kahak.
#8. Penyedutan Wap
Rawatan wap air boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah dengan pemanasan air yang telah dicampur dengan balsam atau perahan lemon.
Caranya, biarkan anak anda menyedut dan menghidu wap air berkenaan dengan mendekatkan muka anak dengan wap air tadi.
Jika anda mahukan cara yang lebih mudah, gunakan Steam inhalation di mana ia dapat membantu mencairkan lendir. Anda perlu gunakan alat ini pada anak sekerap yang mungkin.
#9. Wap Bawang Putih dan Minyak Zaitun
Masukkan bawang putih yang telah dibakar dan ditumbuk ke dalam mangkuk air panas dan sedikit minyak zaitun.
Halakan muka anak ke arah mangkuk tadi dengan menutup kepala anak dengan napkin nipis supaya wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga hidung anak.
Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion. Ia akan melancarkan pernafasan.
#10. Petua Hilangkan Batuk Budak 1 Tahun Guna Minyak Bawang Putih
Caranya, bakar beberapa ulas bawang putih kemudian tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut.
Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang masih belum digunakan. Sapulah di bahagian dada anak untuk melegakan pernafasan.
#11. Kumur Air Garam
Campurkan 1 atau 2 sudu teh garam kedalam air suam, kemudian minta anak berkumur menggunakannya.
Ianya dipercayai dapat meredakan kerengsaan pada tekak yang sering disertai batuk. Petua ini hanya sesuai untuk anak yang lebih tua dan sudah mahir berkumur.
#12. Petua Hilang Batuk Kanak-kanak dengan Mandian Air Suam
Mandian air suam juga boleh mencegah kekeringan pada saluran pernafasan dan dapat melegakan batuk.
Mommy boleh duduk bersama anak di dalam bilik air selama lebih kurang 20 minit dan biarkan anak bermain air.
#13. Tinggikan Kepala Semasa Tidur
Ia petua yang baik bagi mengelakkan lendir daripada terkumpul. Sekiranya anak anda berusia lebih daripada 1 tahun, letakkan dan tinggikan bantal di belakangnya, bahu dan kepala agar dia dapat tidur dalam posisi atau kedudukan yang sedikit tegak dan membolehkan bernafas dengan lebih mudah.
#14. Sapuan Ubat Pada Dada
Anda boleh mengurangkan ketidakselesaan anak dengan menyapu krim sapuan ke dada. Sapukan balsem pada dada dan leher mereka ianya dapat membantu si manja mendapat tidur yang lebih nyenyak.
Elakkan menyapunya pada bahagian muka atau bawah hidung anak.
Jangan sesekali menggunakan sapuan dada ini pada bayi yang berusia dibawah 2 tahun.
#15. Petua Hilangkan Batuk Budak Melalui Kunyit Hidup
Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di atas batang hidung dan dahi anak. Kunyit yang bersifat panas dapat mengeringkan hingus.
#16. Daun Kaduk
Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang anak.
#17. Petua Hilangkan Batuk Budak Menggunakan Spray Hidung
Kanak- kanak yang tidak pandai mengeluarkan hingus dengan sendiri. Mommy boleh cuba gunakan spray hidung ini yang boleh didapati di farmasi dan juga klinik.
Spray ini dapat membantu dan memudahkan anak anda menghembus mukus atau hingus yang tersekat di dalam rongga hidung mereka.
#18. Limau Nipis dengan Kicap
Caranya adalah dengan perahkan sebiji limau nipis ke dalam sesudu kicap dan kemudiannya minum campuran tersebut. Anda juga boleh ulangi cara ini dengan sekerap yang mungkin.
#19. Petua Hilangkan Batuk Budak Melalui Mandian Lemon
Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.
Jika anak masih lagi tidak sihat, segeralah dapatkan rawatan dari klinik atau hospital. Pastikan anak mendapat rehat yang secukupnya.
Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk tidak membawa keluar anak-anak ke tempat awam seperti pusat membeli belah, majlis keramaian dan sebagainya, bukan sahaja memudaratkan untuk anak kita, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar dengan mudah kepada kanak-kanak lain.
Selain petua-petua di atas, Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan petua kesihatan yang lain di SINI!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.