Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Petua Hilangkan Batuk Kering Dengan Mudah & Cepat

petua hilangkan batuk kering

Kredit gambar:

Batuk kering adalah antara batuk yang sering membuatkan kita sukar untuk tidur lena. Bukan itu sahaja, rutin harian dan juga kehidupan bersosial juga terganggu disebabkan oleh batuk kering ini. Batuk kering ialah tindak balas untuk membersihkan saluran udara dari rasa tidak selesa.

Ianya tidak mempunyai lendir atau kahak. Tetapi, bagi mereka yang sedang menghadapi masalah ini boleh mencuba beberapa petua hilangkan batuk kering seperti yang kami kongsikan di bawah.

Jom lihat!

Petua Hilangkan Batuk Kering

Highlighted

Kredit gambar: www.everydayhealth.com

Petua-petua untuk menghilangkan batuk kering ini mudah untuk diamalkan kerana kebanyakan bahan-bahannya boleh didapati dari rumah sahaja. Antara petua-petuanya ialah:

#1. Petua Hilangkan Batuk Kering dengan Madu

Cara menghilangkan batuk yang pertama ialah dengan menggunakan madu. Cara pengambilannya sangat mudah.

Mommy hanya perlu minum sesudu madu atau dicampurkan dalam minuman hangat seperti air lemon dan teh herba.

#2. Halia

Kredit gambar: firstresponse.ae

Halia adalah antara petua menghilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat. Halia yang berfungsi sebagai anti-radang dapat membantu mengurangkan batuk kering yang dialami.

Mommy boleh tambahkan dalia dalam masakan seperti sup atau boleh menyediakannya dalam bentuk minuman hangat.

#3. Cecair Panas

Selain itu, cecair panas seperti air panas, teh herba dan sup panas boleh membantu mengurangkan batuk kering yang dialami.

Bagi mereka yang mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak dan selesema dan mengamalkan minum air panas atau sup panas dapat membantu kurangkan gejala atau gejala hilang serta merta.

Tidak salah jika kita mencuba bukan?

#4. Berkumur dengan Air Garam

Petua seterusnya ialah berkumur dengan air garam. Petua ini mampu membantu mengurangkan rasa gatal di bahagian kerongkong yang disebabkan oleh batuk kering.

Kebaikan air garam ialah membantu mengurangkan bengkak dan gatal tekak. Cara hanya mencampurkan dengan 1 sudu teh garam ke dalam air suam dan kumur sebanyak 3 kali sehari.

#5. Kunyit dan Lada Hitam

Di samping itu, Mommy juga boleh menggunakan gabungan kunyit dan lada hitam untuk kurangkan batuk kering yang dialami.

Kunyit mempunyaibahan aktif iaitu kurkumin yang bersifat antibakteria, antivirus dan antiradang. Manakala, lada hitam pula membantu penyerapan kurkumin dalam darah.

Caranya ialah dengan mencampurkan 1 sudu the serbuk kunyit dan 1/8 sudu the serbuk lada hitam ke dalam segelas air. Didihkan selama 5-7 minit.

Kemudian campurkan dengan 1 sudu teh madu dan minum apabila air sejuk atau suam.

#6. Petua Hilangkan Batuk Kering dengan Daun Pudina

Bukan itu sahaja, malah Mommy juga boleh menggunakan daun pudina untuk hilangkan batuk kering yang dialami.

Daun pudina mempunyai bahan aktif yang boleh melegakan iritasi di bahagian saluran pernafasan. Ianya dikenali sebagai mentol.

Banyak ubat batuk dan gula-gula lozeng yang mempunyai mentol di dalamnya. Caranya ialah tambahkan daun pudina di dalam minuman atau Mommy boleh dapat teh daun pudina yang dijual di pasaran.

#7. Petua Hilangkan Batuk Kering dengan Air Lemon

Bagi yang mempunyai batuk kering campurkan jus lemon ke dalam minuman bersama madu atau boleh sahaja terus diminum jus lemon tersebut bagi mengurangkan batuk kering yang dialami.

#8. Air Daun Jambu Batu

Seperti yang diketahui ramai jambu batu sangat berkhasiat. Namun, ramai tidak tahu daunnya juga mempunyai kebaikan tersendiri.

Daun jambu batu boleh membantu menghilangkan batuk. Caranya ialah rebus beberapa helai daun jambu yang sudah dikeringkan dan minum 2 atau 3 kali sehari.

#9. Air Asam Jawa

Petua menghilangkan batuk kering yang seterusnya ialah dengan meminum air asam jawa. Caranya mudah sahaja.

Campurkan 2 sudu teh asam jawa ke dalam segelas air suam. Kacau sebati dan kemudian tapis unuk membuang bijinya. Minum 2 kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.

#10. Gunakan Air Humidifier

Selain persediaan atau perubatan tradisional, Mommy boleh mempertimbangkan untuk menggunakan air humidifier.

Air humidifier ini membantu untuk melembapkan dan menyegarkan ruang udara di dalam rumah Mommy. Udara yang kering dan tercemar boleh menyumbang kepada batuk kering.

#11. Petua Hilangkan Batuk Kering dengan Wap Panas

Tahukah Mommy, wap panas juga boleh membantu mengurangkan batuk kering yang dialami. Oleh itu, Mommy boleh mandi dengan air panas untuk masalah batuk kering yang dialami.

Selain itu, Mommy boleh juga mengisi air panas ke dalam mangkuk besar dan tambahkan minyak pati yang bersesuaian.

Kemudian, tutup kepala Mommy dengan kain sambil muka menghala ke arah wap panas dari air tersebut. Lakukan selama 10 ke 15 minit.

#12. Petua Hilangkan Batuk Kering dengan Nenas

Petua seterusnya ialah menggunakan nenas. Nenas mempunyai enzim bromelain yang bersifat antiradang. Oleh itu, Mommy boleh minum air nenas atau jus nenas untuk kelegaan.

#13. Badam dan Mentega

Petua untuk menghilangkan batuk kering yang seterusnya adalah badan dan mentega. Rendamkan 8 biji buah badam di dalam air.

Kemudian, campurkan dengan mentega sehingga menjadi seperti adunan atau krim. Amalkan 3 kali sehari dan InsyaAllah, berkesan.

#14. Limau Nipis dan Kicap

Petua seterusnya ialah mencampurkan air limau nipis dan kicap. Pelik tetapi gabungan ini mampu membantu melegakan batuk kering yang dialami. Rasanya sangat sedap! Cubalah!

#15. Bawang Putih

Penggunaan bawang putih untuk melegakan batuk kering adalah antara petua yang famous dalam kalangan masyarakat melayu kerana keberkesanannya.

Caranya adalah dengan membakar satu labu bawang putih selama 15 minit. Kemudian, buang kulit dan boleh dimakan begitu sahaja. Boleh juga mencampurkan bawang putih yang dibakar itu dengan minyak zaitun.

Tetapi bawang tersebut perlu ditumbuh terlebih dahulu. Sapukan pada leher, dada dan belakang sekerap mungkin.

Kesimpulannya, petua di atas hanyalah sebagai cara alternatif. Sekiranya batuk kering yang dialami semakin buruk berjumpalah dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Selamat mencuba!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi tips dan info kesihatan menarik yang lain di SINI!