Demam pada kanak-kanak boleh menjadi perkara yang membimbangkan. Demam bukan sahaja boleh membuatkan anak-anak berasa tidak selesa, tetapi juga menunjukkan bahawa tubuh sedang berjuang menentang jangkitan.
Sebagai ibu, tentu Mommy risau apabila anak sedang mengalami demam panas kan? Jangan risau, melalui perkongsian ini, terdapat beberapa petua hilangkan demam panas kanak-kanak yang Mommy boleh cuba!
Kalau Mommy nak tahu, demam adalah reaksi badan terhadap penyakit atau jangkitan. Ia adalah tanda bahawa sistem imun sedang berusaha melawan penyebab demam, seperti bakteria atau virus.
Suhu badan normal mungkin berbeza-beza bergantung pada individu dan keadaan. Sekiranya anak Mommy sedang berdepan dengan masalah ini, cuba beberapa cara yang kami kongsikan ini untuk merawat mereka. Jom lihat!
Senarai Petua Hilangkan Demam Panas Kanak-Kanak
Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda ambil untuk merawat demam pada anak anda.
#1. Minum Banyak Air
Demam boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi. Jadi, Mommy perlu pastikan anak minum air secukupnya,bagi mengelakkan mereka dehidrasi dan mengurangkan ketidakselesaan.
#2. Campuran Air Daun Rambutan, Bunga Raya, Lemon & Daun Bidara
Petua hilangkan demam panas anak yang kedua ini sangat-sangat berkesan. Caranya adalah dengan mengambil daun rambutan 21 helai, bunga raya 5 helai, lemon 1 biji dan daun bidara 33 helai, semuanya dalam kiraan ganjil.
Kemudian bersihkan semua bahan-bahan ini dengan setiap helaiannya dibacakan selawat. Boleh gantikan lemon dengan limau nipis jika tidak ada, sebanyak 5 biji.
Setelah itu, Mommy koyak kecil bahan-bahan ini untuk mudah dikisar, setelah itu kisarkan semua bahan tadi dengan air dimasukkan hampir penuh pengisar.
Pastikan pengisar yang Mommy guna dibersihkan terlebih dahulu supaya pijar cili hilang. Mommy boleh masukkan air dan garam, kemudian kisar untuk hilangkan bau dan pijar pengisar tersebut.
Setelah siap dikisar bahan tadi, Mommy perlu tapis untuk asingkan sisa-sisa bahan. Kemudian, masukkan air tapisan ke dalam botol dan spray pada keseluruhan tubuh anak Mommy.
Pastikan setiap kali airnya kering, Mommy spray semula di tubuh anak. Jika tiada bekas, Mommy boleh masukkan dalam besen, dan sapu rata seluruh tubuh anak.
Boleh juga dijadikan air mandian anak. Bacakan surah al-fatihah, selawat, tiga surah qul, ayat kursi dan niatkan di dalam hati untuk kesembuhan lalu hembuskan ke dalam air sebanyak 3 kali. Pastikan Mommy lakukan bacaan di luar bilik air ya!
#3. Beri Masa untuk Rehat
Selain itu, Mommy perlu pastikan anak mendapat rehat yang mencukupi. Demam sangat meletihkan, jadi biarkan mereka berehat untuk pulih dengan lebih cepat.
#4. Petua Hilangkan Demam Panas Kanak-Kanak dengan Mengambil Vitamin C
Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun dan mengurangkan tekanan oksidatif. Minum jus lemon dengan air suam adalah cara semula jadi untuk meredakan demam.
#5. Makan Makanan Berkhasiat
Berikan anak makan makanan kaya dengan vitamin, antioksidan, dan mineral untuk memperkuat sistem imun. Pastikan makanan ringan dan mudah dicerna kerana sistem pencernaan adalah lemah semasa demam.
#6. Konsumsi Sup
Sup yang mengandungi herba dan rempah ratus seperti basil dan lada dapat meningkatkan peredaran darah dan menurunkan suhu badan. Selain itu ia juga memberikan tenaga dan nutrien penting untuk melawan penyakit.
#7. Minum Jus Buah-Buahan
Jus buah-buahan segar menyediakan gula dan vitamin yang diperlukan untuk pemulihan. Ini meningkatkan tenaga dan sistem imun.
#8. Petua Hilangkan Demam Panas Kanak-Kanak dengan Pakai Pakaian Selesa
Pastikan anak Mommy memakai pakaian longgar yang ringan agar suhu badan dapat melepaskan haba lebih baik ke persekitaran sekeliling.
#9. Mandikan dengan Air Asam Jawa atau Air Lemon
Mandikan anak dengan air asam jawa atau air lemon untuk membantu menurunkan demam dengan cepat.
#10. Petua Hilangkan Demam Panas Kanak-Kanak dengan Bawang Merah
Bawang merah, selain digunakan dalam masakan, ia juga dapat membantu menurunkan demam anakMommy. Caranya sangat mudah, Mommy perlu hiris bawang merah dan campurkannya dengan minyak kayu putih atau minyak telon. Kemudian, oleskan campuran ini ke tubuh anak sebanyak dua kali sehari.
#11. Jangan Berselimut Terlalu Tebal
Sebolehnya biar anak tanpa berselimut tetapi jika memerlukan Mommy perlu selimutkan anak dengan selimut yang nipis dan ringan.
#12. Petua Hilangkan Demam Panas Kanak-Kanak dengan Minum Air Kelapa
Air kelapa adalah cara yang bagus untuk menjaga anak tetap terhidrasi saat demam. Vitamin, mineral, dan elektrolit dalam air kelapa terbukti membantu meredakan demam panas.
#13. Lemon dan Madu
Campuran air lemon dengan madu adalah cara alami yang berfungsi dengan baik untuk meredakan demam. Namun, perlu diingat, Mommy jangan berikan madu pada anak di bawah usia 1 tahun.
#14. Petua Hilangkan Demam Panas Kanak-Kanak dengan Halia
Halia memiliki sifat antibakteria yang membantu melawan demam dan gejala lainnya. Mommy boleh cuba sediakan anak teh hangat yang dicampur dengan halia.
#15. Larutan Rehidrasi Oral
Jika anak Mommy muntah atau mengalami cirit-birit, boleh cuba berikan mereka larutan rehidrasi oral kanak-kanak bagi membantu menggantikan cecair yang hilang. Namun, sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
#16. Lidah Buaya
Lidah buaya adalah bahan alami yang efektif untuk meredakan demam panas Caranya adalah dengan mengoleskan gel lidah buaya pada tubuh anak untuk membantu meredakan demam mereka.
#17. Petua Hilangkan Demam Panas Kanak-Kanak dengan Konsumsi Buah-buahan Segar
Buah-buahan seperti epal, limau, dan strawberi mengandung zat besi, magnesium, sodium, potasium, dan berbagai jenis vitamin yang dapat membantu menurunkan demam.
#18. Pastikan Suhu Ruangan Tidak Terlalu Panas
Pastikan suhu ruangan tidak terlalu panas. Mommy boleh pasang kipas atau aircond untuk menjaga suhu ruangan agar tetap nyaman.
#19. Minum Air Rebusan Barli
Air rebusan barli juga dapat membantu menurunkan demam. Rebus barli dengan air dan tambahkan gula batu atau madu untuk dapatkan sedikit rasa manis. Minum air rebusan barli ini untuk menyegarkan tubuh.
#20. Gunakan Span atau Kain
Untuk meredakan demam panas, Mommy cuba gunakan span atau kain. Caranya adalah dengan merendam tuala dalam air sejuk, perah sebahagian airnya, dan letakkan pada dahi, dada, pangkal paha, atau pergelangan tangan untuk membantu menurunkan suhu badan.
#21. Hubungi Doktor atau Pergi ke Unit Kecemasan
Jika Mommy mendapati suhu demam anak mencecah 38°C, segeralah bawa mereka berjumpa doktor.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh membantu anak Mommy merasa lebih baik semasa demam dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka. Jangan lupa untuk sentiasa berunding dengan doktor jika Mommy mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anak anda.
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan pelbagai lagi tips dan info kesihatan yang lain di SINI!