Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Khas Untuk Mommy, Daddy, Ini 10 Petua Hilangkan Kembung Perut Orang Dewasa

lelaki sakit perut dan cuba petua hilangkan kembung perut orang dewasa

Rasa tak selesa kan bila perut kembung, tambah-tambah lagi bila kejap-kejap perlu kentut. Kalau tak dirawat, memang tak selesa la nak buat kerja apa pun!

Tapi nasib baik, ada beberapa kaedah mudah atau petua hilangkan kembung perut bagi dewasa serta perubahan gaya hidup yang anda boleh amal di mana semua ini dapat membantu mengurangkan masalah kembung perut.

Tanpa membuang masa, jom kita teroka sepuluh cara berkesan untuk melegakan kembung perut yang sangat mudah ini!

Senarai Petua Hilangkan Kembung Perut Dewasa

Highlighted

Kredit gambar: www.gastroconsa.com

#1. Peppermint

Pudina, dalam bentuk teh atau makanan tambahan, terbukti dapat mengurangkan gejala sindrom iritasi usus, termasuk kembung perut. Untuk legakan kembung perut, apa kata kalau anda cuba minum teh pudina, sebelum mengambil setiap hidangan.

#2. Petua Hilangkan Kembung Perut dengan Teh Chamomile

Teh Chamomile diketahui dapat mengurangkan gangguan pencernaan, dan kembung. Minum teh chamomile sebelum makan dan pada waktu tidur dapat membantu mengurangkan gejala ini.

#3. Arang Aktif

Kredit gambar: www.petcoach.co

Arang aktif adalah ubat bebas yang dapat membantu menghilangkan gas yang terperangkap di usus besar anda. Ambil tablet tepat sebelum dan satu jam selepas makan untuk melegakannya.

#4. Petua Hilangkan Kembung Perut dengan Cuka Epal

Cuka epal boleh memerangi bakteria yang menyumbang kepada pengumpulan gas di dalam perut. Caranya adalah dengan mencairkan satu sudu cuka sari epal di dalam air atau teh dan minum sebelum makan, atau hingga tiga kali sehari seperti yang diperlukan untuk mengurangkan gejala kembung perut.

#5. Aktiviti Fizikal

Senaman dapat membantu melepaskan gas yang terperangkap dan meredakan kembung perut. Anda boleh cuba berjalan selepas makan kerana ia adalah cara paling mudah untuk mengelakkan gas, dan aktiviti seperti melompat tali, berlari, atau berjalan dapat membantu mengeluarkan gas jika anda sudah mula mengalami ketidakselesaan.

#6. Suplemen Laktase

Kredit gambar: www.verywellhealth.com

Bagi mereka yang mempunyai intoleransi laktosa, suplemen laktase boleh membantu mencerna laktosa, iaitu gula dalam susu. Makanan tambahan ini boleh didapati di farmasi dan dapat membantu badan anda mencerna laktosa dengan lebih mudah.

#7. Minyak Cengkih

Minyak cengkih boleh mengurangkan kembung dan gas dengan menggalakkan pengeluaran enzim pencernaan. Anda boleh menambah dua hingga lima titis ke dalam segelas air dan kemudian meminumnya selepas anda makan.

#8. Petua Hilangkan Kembung Perut dengan Ubat-ubatan

Terdapat banyak pilihan ubat untuk kembung perut yang terdapat di farmasi seperti simethicone (Gas-X, Mylanta Gas, Phazyme) yang berfungsi menyatukan gelembung gas di perut anda, menjadikannya lebih mudah dikeluarkan.

Anda disaran untuk mengikuti arahan dos dan berjumpa dengan doktor anda jika anda mengambil ubat lain atau sedang hamil.

#9. Ubat Preskripsi

Doktor anda mungkin menetapkan ubat untuk keadaan seperti penyakit refluks gastroesophageal (GERD), sindrom iritasi usus (IBS), dan Penyakit Radang Usus (IBD) bergantung kepada penyebab gas anda.

#10. Diet

Perubahan diet dapat mengurangkan gas yang menyebabkan perut kembung. Penyebab biasa yang menyebabkan perut anda bergas termasuk makanan tinggi lemak atau tinggi serat, minuman berkarbonat, dan kacang.

Oleh itu, sentiasa kenalpasti makanan mana yang menyebabkan perut anda kembung dan hindarinya.

Cara Cegah Kembung Perut Bagi Orang Dewasa

Kredit gambar: www.gastrosav.com

Sekiranya tidak ada keadaan perubatan yang mendasari, anda boleh mencegah gas dengan membuat beberapa perubahan gaya hidup dan diet:

  • Duduk semasa makan dan makan dengan perlahan.
  • Kurangkan pengambilan udara semasa makan dan bercakap.
  • Elakkan mengunyah gula-gula getah dan minuman berkarbonat.
  • Berhenti merokok.
  • Masukkan senaman ke dalam rutin anda, seperti berjalan-jalan selepas makan.
  • Mengenal pasti dan menghapuskan makanan yang mendorong gas.
  • Elakkan minum melalui straw.

Diharapkan dengan perkongsian di atas, anda dapat info lengkap bagaimana cara untuk redakan kesakitan yang sedang anda alami. Semoga membantu!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi tips dan petua kesihatan yang lain di SINI!