Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Petua Hilangkan Kencing Manis Ketika Mengandung Dengan Berkesan

petua hilangkan kencing manis ketika mengandung

Kredit gambar: www.aces.edu

Terdapat banyak petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang boleh anda amalkan demi untuk kesihatan diri anda terutama kepada bayi. Selain pengambilan gula secara terus, makanan yang mengandungi karbohidrat juga turut berubah menjadi gula yang dikenali sebagai glukosa setelah diproses oleh tubuh.

Oleh itu adalah penting untuk anda mengetahui diet yang sesuai semasa mengandung bagi mengelak tubuh menerima makanan yang tidak perlu di mana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat dengan cepat.

Di bawah ini kami senaraikan beberapa amalan yang boleh anda lakukan bagi mengelak atau mengawal paras gula dalam darah semasa hamil. Jom kita lihat!

Senarai Petua Hilangkan Kencing Manis Semasa Mengandung

#1. Jaga pemakanan

Highlighted

Kredit gambar: www.sihat.net

Jangan mengambil makanan berlebihan pada satu-satu masa kerana ia boleh menyebabkan gula dalam darah menjadi tinggi. Pengambilan makanan secara kecil dan berjadual adalah lebih baik. Makan makanan sampingan seperti buah-buahan dan kekacang terpilih dapat membantu mengawal gula dalam tubuh anda. Bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi dan pemakanan yang seimbang untuk tumbesarannya.

#2. Sukat hidangan berkanji

Kredit gambar: www.popsugar.com

Pastikan anda mengambil makanan berkanji dengan cukup. Sukat makanan anda mengikut kadar yang perlu sahaja contohnya, makan hanya satu cawan bijirin, bihun, mi atau nasi sekali atau dua keping roti whole meal sekali hidang.

#3. Susu

Kredit gambar: www.everydayhealth.com

Semasa hamil pengambilan susu sangatlah penting kerana ia merupakan sumber kalsium untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Walau bagaimanapun, anda perlu menghadkan pengambilannya kerana jika berlebihan ia akan menyebabkan gula dalam darah menjadi tinggi. Minum satu cawan susu sahaja dan jarakkan pengambilannya.

#4. Satu bahagian kecil buah pada satu masa

Kredit gambar: www.foodingredientsfirst.com

Ambil hanya satu hidangan buah-buahan pada satu masa kerana gula terkenal dengan gula semulajdinya yang boleh menyebabkan gula dalam darah menjadi tinggi jika diambil secara berlebihan. Anda disarankan agar tidak mengambil buah-buahan yang telah diawet atau ditinkan.

#5. Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung dengan serat

Kredit gambar: www.bbc.co.uk

Serat dapat membantu anda mengelak sembelit dan menjadikan anda cepat kenyang. Makan roti yang kaya dengan bijirin, oat, atau masak nasi menggunakan beras perang. Semua makanan ini dapat mengawal gula dalam darah anda jika diambil mengikut kuantiti yang betul dan jadual yang teratur.

#6. Sarapan pagi

Kredit gambar: www.delish.com

Hormon wanita mengandung lebih tinggi pada waktu pagi. Oleh sebab itu anda perlu berhati-hati memilih makanan untuk bersarapan. Pilih makanan yang mempunyai protein dan bijirin penuh merupakan solusi terbaik untuk menjaga kesihatan tubuh anda. Elakkan memakan bijirin yang dikeringkan, buah-buahan atau susu kerana ia akan menaikkan paras gula dalm darah anda.

#7. Jus Buah Dan Minuman Manis

Kredit gambar: www.nativeamericancoffee.com

Jus buah mengandungi gula semulajadi yang tinggi yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat. Selain itu elakkan meminum minuman manis terutamanya minuman yang diproses. Amalkan meminum minuman diet dan Crystal Light kerana ia sesuai dengan ibu mengandung.

#8. Sekat Gula Dalam Makanan Dan Minuman

Jauhi makanan yang tidak memberi manfaat baik kepada tubuh seperti pastri, kek, dan makanan atau minuman yang sememangnya terkenal dengan penggunaan gula yang tinggi. Selain gula makanan tersebut mempunyai lemak yang boleh memudaratkan kesihatan.

9. Jauhi gula

Hindarkan dari menambah sebarang pemanis dalam makanan seperti sirap, gula, madu dan sebagainya.

#10. Pemanis

Gunakan pemanis tiruan yang terbukti sesuai untuk ibu mengandung seperti, Aspartam, Equal, NutraSweet, NatraTaste Acesulfame K, Sunett Sucralose, Splenda Stevia, Truvia, dan Purevia.

#11. Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung dengan vitamin C

Ibu mengandung perlu lebihkan vitamin C dan D. Difahamkan kekurangan vitamin C berkait secara terus dengan penyakit kencing manis ketika mengandung. Selain itu, kajian ke atas ibu mengandung yang mempunyai kencing manis yang mengamalkan pengambilan vitamin C dengan teratur dapat mengurangkan risiko menghidap diabetis jenis 2. Ketahui kepentingan vitamin C semasa mengandung di SINI!

#12. Petua hilangkan kencing manis ketika mengandung dengan senaman ringan

Ibu hamil digalakkan melakukan senaman ringan antara 15 hingga 30 minit setiap hari. Anda boleh berjalan sekitar rumah atau taman bagi merangsang badan anda mengunakan insulin dan menstabilkan paras gula dalam darah.

Pemakanan semasa hamil perlu diberi perhatian serius oleh ibu mengandung. Hal ini kerana setiap makanan yang diambil oleh ibu turut disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Penyakit kencing manis yang sering dihidapi ibu semasa hamil sangat bahaya kepada ibu dan juga bayi.

Diharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua wanita hamil dalam menjaga kesihatan bagi mengelak penyakit kencing manis yang serius.