Ibu, Bayi & Kanak Kanak

18 Petua Hilangkan Kuning Bayi. No 1 Paling Mujarab!

petua hilangkan kuning bayi

Sumber republika

Terdapat pelbagai cara atau petua hilangkan kuning bayi yang dapat Mommy amalkan bagi merawat masalah yang dihadapi oleh bayi. Sebagai ibu, kami faham Mommy pasti tak sanggup rasanya melihat bayi dalam keadaan tidak bermaya dan aktif serta menangis setiap kali diambil darah.

Oleh itu, melalui perkongsian artikel ini, kami akan kongsikan beberapa tips yang berguna untuk Mommy cuba dan praktikkan.

Senarai Petua Hilangkan Kuning Bayi Yang Berkesan dan Selamat

Penyakit kuning bayi atau jaundis merupakan simptom kekuningan yang terjadi pada kulit dan mata bayi setelah dilahirkan.

Ianya disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan. Bilirubin merupakan pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan sel darah merah.

Selain rawatan secara moden, terdapat juga beberapa kaedah alternatif secara tradsional yang boleh Mommy cuba untuk amalkan untuk merawat masalah jaundis bayi ini.

Berikut adalah beberapa petua hilangkan kuning bayi iaitu:

#1. Kerap Menyusukan Bayi

Highlighted

Kredit gambar: pa&ma

Susu ibu merupakan susu paling terbaik dan mujarab terutamanya bagi menghilangkan kuning bayi. Mommy perlu kerap menyusu bayi bagi menurunkan kadar bacaan jaundisnya. Susu ibu mampu merawat dan menghilangkan jaundis bayi dengan cepat dan berkesan.

#2. Susu Kambing

Kredit gambar: harian metro

Selain susu ibu, susu kambing juga berperanan untuk menurunkan dan merawat jaundis. Susu kambing merupakan susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, dan ianya juga adalah sunnah Nabi S.A.W. Dapatkan susu kambing yang masih segar dan titiskannya sedikit ke dalam mulut bayi. Pastikan juga susu tersebut masih belum disimpan di dalam peti sejuk lagi.

#3. Amalkan Pemakanan Seimbang

Kredit gambar: EH!

Mommy perlu amalkan makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dan minum lebih banyak air kosong supaya bayi mendapat khasiat dari susu Mommy.

#4. Anggur Hitam

Kredit gambar: Khormasiah co

Air perahan dari anggur hitam juga berupaya untuk melegakan jaundis bayi. Perah anggur hitam, ambil airnya dan titiskan ke dalam mulut bayi.

#5. Pati Kurma

Kredit gambar: Pesona Pengantin

Petua yang seterusnya pula adalah dengan menggunakan pati kurma. Mommy perlu banyak minum pati kurma ini dengan mengambilnya sebanyak dua sudu setiap pagi atau jadikannya sebagai jus untuk diminum di waktu pagi dan juga malam. Amalkannya sehingga bayi bebas dari Jaundis.

#6. Elakkan Makan Jamu dan Herba

Kredit gambar: deherba.com

Elakkan pengambilan jamu atau herba dan makanan-makanan yang panas seperti lada hitam, halia dan sebagainya ketika bayi mengalami jaundis.

Semua pengambilan ini mampu melambatkan bayi pulih.

#7. Asam Jawa dan Daun Kucai

Kredit gambar: eratuku

Ambil daun kucai, cuci bersih dan kisar sehingga halus dan tapis ambil airnya. Kemudian, ambil pula asam jawa campurkan dengan dengan air, ramas dan tapis. Campurkan kedua-dua bahan ini dan tapis sekali lagi.

Kemudian, campurnya dengan air mandian bayi yang suam sedikit dan mandikan bayi selama lebih kurang 20 – 30 minit.

#8. Sengkuang Cina

Kredit gambar: gideonangelniasa

Kupas sengkuang cina, cuci bersih dan kisar sehingga lumat. Tapis airnya sehingga tiada lagi sisa-sisa yang tertinggal. Titiskan air sengkuang tersebut ke dalam mulut bayi.

Sengkuang cina berkhasiat untuk menyejukkan tubuh bayi dan mampu mengurangkan kadar bacaan kuning bayi. Amalkannya setiap hari sehingga bayi sembuh.

#9. Air bunga

Kredit gambar: Hijabista

Mandikan bayi dengan campuran bunga-bungaan yang tidak mempunyai getah. Contohnya bunga ros, bunga melur dan sebagainya.

#10. Air Ginseng

Kredit gambar: Detikhealth

Petua yang seterusnya adalah memandikan bayi dengan air ginseng cina. Mommy boleh mendapatkannya di kedai ubat tradisional cina.

#11. Elakkan Warna Kuning

Kredit gambar: shopee

Petua ini diperolehi daripada bidan yang berpengalaman, iaitu ketika membeli peralatan, pakaian dan aksesori untuk bayi, sebolehnya Mommy elakkan barangan yang mempunyai warna kuning.

#12. Air Rebusan Pokok Dukung Anak

Selain air ginseng, Mommy juga boleh cuba petua ini sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat bayi jaundis. Ambil secekak pokok dukung anda, bersihkan dan rebus sehingga mendidih. Biarkannya suam dan campurkan dengan air mandian bayi. Lakukannya setiap hari sehingga kuning bayi sembuh.

#13. Air Rebusan Peria Hantu

Kredit gambar: Aliexpress

Bagi petua yang ke-12 pula, rebus peria hantu sehingga mendidih. Mandikan bayi setelah air rebusan tadi sudah pun suam.

#14. Mandian Air Teh

Kredit gambar: Ayo Bandung

Teh juga mampu membantu merawat masalah kuning bayi. Hanya masukkan sedikit air teh ke dalam mandian bayi dan lakukannya setiap hari.

#15. Tepung Benih Barli

Kredit gambar: Farmlux

Tepung benih barli yang disapu ke atas kulit bayi dan didedahkan kepada cahaya matahari mampu menjadikan Jaundis menjadi lebih baik. Tepung Benih Barli ini mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi dapat membantu mengurangkan tahap bilirubin secara tidak langsung.

#16. Tebu hitam

Kredit gambar: Jakselnews

Tebu hitam juga mempunyai khasiat untuk merawat jaundis bayi. Bakar tebu hitam di atas api dan ketuk untuk keluarkan airnya. Titiskan air tebu tersebut ke dalam mulut bayi.

#17. Pokok Hujan Lebat

Kredit gambar: Beautyjournal

Ambil daun pokok hujan lebat dan rebus sehingga airnya mendidih. Tunggu sehingga airnya menjadi suam baharulah Mommy mandikan bayi.

#18. Cahaya Matahari

Kredit gambar: Beautyjournal

Petua yang lain pula adalah dengan meletakkan bayi di bawah sinaran matahari iaitu ketika matahari mulai terbit. Letak lebih kurang 5- 10 minit sahaja di sekitar waktu 7.00-8.00 pagi setiap hari.

Semoga Mommy beroleh manfaat melalui perkongsian ini!