Migrain bukanlah sakit kepala yang biasa. Ia adalah sakit yang amat sangat sampai rasa nak hantukkan kepada ke dinding.
Walaupun ubat-ubatan adalah pilihan yang biasa, terdapat pelbagai cara hilangkan sakit kepala dengan bahan semula jadi yang boleh membantu meredakan masalah tersebut.
Mommy jangan risau, min akan kongsikan beberapa petua untuk hilangkan migrain dengan cepat dan mudah.
20 Petua Hilangkan Migrain
1. Makan secara teratur
Melewatkan makan boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah, yang boleh menyebabkan sakit kepala.
Makan secara teratur dan memastikan anda mendapatkan cukup nutrien adalah penting untuk mencegah sakit kepala.
Highlighted
2. Minyak aromaterapi
Minyak aromaterapi yang seperti lavender, jasmine, green tea atau sitrus dapat membantu untuk menghilangkan migrain.
3. Urutan
Urutan adalah petua menghilangkan migrain yang paling berkesan. Mulakan dengan bahagian bahu, diikuti leher, tengkok, belakang telinga, dan kepala.
Tarik rambut bagi melepaskan haba yang terkumpul. Urutan membantu untuk membaiki perjalanan darah di kepala.
4. Duduk dalam gelap
Ketika diserang sakit migrain, segera berehat di dalam bilik yang gelap. Cahaya yang terlalu terang adalah di antara punca anda migrain.
5. Duduk dalam suasana yang tenang
Suasana yang senyap, damai, sejuk, dan selesa sangat membantu menghilangkan migrain.
6. Aromaterapi
Bauan aromaterapi bukan sahaja menenangkan malah membantu menghilangkan migrain.
7. Basahkan rambut
Basahkan keseluruhan rambut dari hujung hingga ke kulit kepala.
Tujuannya ialah untuk membebaskan haba yang terperangkap pada kulit kepala dan untuk menyejukkan kepala yang panas.
8. Pek ais
Letakkan di bahagian yang paling sakit dan biarkan di situ dapat membantu meredakan sakit migrain.
9. Perahan limau kasturi
Ambil 3 biji limau kasturi & perahkan ke kepala. Kemudian ratakan perahan limau tadi supaya rata dan terkena ke seluruh kulit kepala.
Kemudian urut kulit kepala & ramas rambut supaya air perahan limau sampai ke rambut.
10. Elakkan MSG
Kalau Mommy selalu sangat terkena migrain, mungkin ianya berpunca daripada makanan. Elakkan makanan tinggi MSG. MSG merangsang neuron yang menjadi punca migrain.
11. Epal Hijau
Bau epal hijau boleh menghilangkan migrain. Mommy juga boleh makan epal hijau tersebut.
12. Cuka Epal
Minum air campuran 1 sudu cuka epal dan segelas air suam. Walaupun rasanya sedikit masam, Tapi percayalah, migrain anda akan hilang dengan sepantas kilat.
13. Elakkan minuman alkohol
Mengurangkan atau mengelakkan alkohol sepenuhnya boleh membantu mencegah sakit kepala.
14. Rendam kaki dalam air panas
Merendam kaki dalam air panas boleh membantu sekiranya anda sedang migrain. Ia dapat menggalakkan peredaran darah pergi ke kaki dan mengurangkan bebanan di bahagian kepala.
15. Garam himalaya & limau nipis
Campurkan satu sudu garam himalaya ke dalam segelas air suam. Minum semasa migrain.
16. Mengurangkan pengambilan makanan berproses
Mengurangkan pengambilan makanan jenis ini boleh membantu mencegah sakit kepala. Jangan terlalu kerap makan makanan yang segera.
17. Minum air yang secukupnya
Dehidrasi boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, memastikan anda cukup minum air setiap hari boleh membantu mencegah dan meredakan sakit kepala.
18. Minum teh herba
Teh herba seperti chamomile atau teh peppermint adalah cara yang baik untuk meredakan sakit kepala. Ia akan membuat Mommy lebih relaks dan tenang.
19. Mengawal minuman berkafien
Pengawalan pengambilan kafein adalah penting. Ini kerana pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala.
20. Minyak panas
Sapukan minyak panas ke kepala, leher, belakang telinga & tengkok supaya migrain anda tidak menjadi semakin teruk.
Senang bukan, petua yang boleh Mommy amalkan ketika sedang migrain.
Semoga petua di atas dapat membantu memberikan kelegaan kepada Mommy.
Dapatkan lebih banyak petua dan info tentang kesihatan di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.