Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Petua Hilangkan Selesema Bayi Tanpa Ubat Yang Mujarab

bayi selesema

Bayi anda selesema? Sebagai ibu bapa yang baru, mungkin kita tak tahu apa yang patut kita lakukan sekiranya berhadapan dengan keadaan ini. Bayi batuk, demam, selesema dan sebagainya sangat merisaukan. Yelah, anak kita masih kecil, masih tak tau apa-apa. Nak luahkan rasa sakit pun tak boleh lagi. Nak beri makan ubat, memang sukar kerana semuanya pahit sepahit rasanya. Sedangkan kita yang dewasa juga tidak suka akan rasa ubat, apatah lagi bayi anda. Bagaimana pula dengan petua hilangkan selesema bayi? Adakah ianya berkesan?

Untuk pengetahuan anda, bayi yang berusia 2 tahun kebawah tak sesuai diberikan ubat selesema. Sebagai alternatif, kami akan kongsikan beberapa tips dan petua tradisional untuk hilangkan selesema bayi anda. Inshaallah selesema bayi lebih cepat sembuh dan bayi juga akan membesar dengan lebih sihat.

Highlighted


7 Petua Hilangkan Selesema Bayi Tanpa Ubat

#Garlic Steaming

Dalam bahasa mudahnya, kita wapkan muka bayi. Cara ini bukan sahaja berkesan malah langsung tidak menyakitkan. Petua ini dapat mencairkan kahak dan hingus yang tersumbat di hidung.

Cara-caranya ialah:

  1. Ambil sebesen air panas.
  2. Ketuk beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam air panas tadi.
  3. Bedung bayi anda bagi memudahkan anda untuk memegang bayi anda semasa melakukan proses garlic steaming.
  4. Telangkupkan bayi anda. Dekatkan kepala bayi anda ke arah wap yang keluar dari besen. Berhati-hati! Jangan letak bayi anda secara tepat ke atas besen.
  5. Jarakkan muka bayi lebih kurang 12 inci daripada besen. Pastikan kita rasa dulu wapnya dengan muka kita sendiri ya. Kalau air masih panas, tunggu air tadi sejuk sedikit.
  6. Tepuk belakang bayi secara perlahan-lahan.
  7. Lap cairan hingus dan kahak yang mengalir keluar.
  8. Lakukan proses Garlic Steaming sehingga tiada lagi hingus atau berhenti apabila bayi anda mula berasa selesa tanpa hingus.

Bawang putih mempunyai antibiotik semulajadi yang bertindak sebagai pembunuh bakteria yang menyebabkan batuk dan selesema.

#Minyak Bawang Putih

Khasiat bawang putih tidak dapat disangkal lagi dalam budaya kita. Petua ini dijamin berkesan dan selamat untuk digunakan. Sapukan minyak bawang putih pada waktu malam. Sarungkan stoking pada bayi yang selesema selepas sapuan minyak bawang putih.

Cara-caranya ialah:

  1. Ambil seulas bawang putih berserta kulit. Bakar di atas api sehingga bawang tersebut melepuh.
  2. Buang kulit bawang putih setelah sejuk dan lenyekkan sehingga hancur.
  3. Ambil sesudu minyak zaitun atau minyak kelapa dara, campurkan dengan bawang putih tadi. Kacau hingga sebati.
  4. Sapukan minyak bawang putih di tapak kaki, dada, belakang badan dan atas hidung bayi.

#Bawang Merah

Petua seterusnya ialah dengan menggunakan bawang merah. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menghilangkan selesema bayi menggunakan bawang merah.

Cara Pertama ialah:

  • Kupas bawang merah besar. Tumbuk sehingga mengeluarkan jus. Masukkan ke dalam bekas tanpa penutup dan letakkan di sebelah bayi anda. Senang kan?

Cara Kedua ialah:

  • Pakaikan bayi stoking. Kemudian, letakkan hirisan bawang merah di atas tapak kaki bayi yang telah berstokin tadi. Dan pakaikan lapisan stoking yang kedua bagi memastikan bawang merah sintiasa berada diatas tapak kaki si comel.

Stokin yang pertama berfungsi untuk melindungi kulit kaki bayi daripada terkena direct contact dengan bawang. Kulit bayi adalah sangat halus dan sangat sensitive, tanpa stoking ianya mungkin akan menyebabkan kerengsaan pada kulit si comel.

#Garam

Di setiap rumah mesti ada bahan ini. Ya, garam. Selain sebagai penambah rasa pada makanan, garam juga sesuai sebagai bahan untuk menghilangkan selesema bayi anda. Tidak kisah sama ada garam halus atau garam kasar, kedua-duanya boleh digunakan untuk petua ini.

Cara-caranya ialah:

  1. Ambil secubit garam
  2. Larutkan dalam air
  3. Sapukan air garam tadi keatas hidung dan dahi bayi anda.

#Daun Sireh

Orang dulu-dulu banyak menggunakan daun sireh dalam kehidupan seharian. Caranya sangat mudah. Anda cuma perlukan daun sireh. Terdapat dua cara yang boleh anda cuba.

Cara Pertama ialah:

  • Ambil daun sireh, picit sehingga keluar lender. Lendir tersebut kemudian sapukan ke atas batang hidung bayi beserta dahi.

Cara Kedua ialah:

Ambil dua helai daun sireh. Layurkan daun sireh atas api sehingga layu. Tunggu sehingga daun menjadi suam. Kemudian, tekapkan daun sireh ke bahagian dada dan belakang bayi. Pastikan suhu daun adalah suam untuk mengelakkan kulit bayi melecur.

#Kunyit Hidup

Tahukah anda wahai ibu bapa, bahawa kunyit hidup juga boleh digunakan untuk merawat selesema pada bayi anda. Ia merupakan petua tradisional yang telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita pada zaman dahulu kala lagi.
Kunyit bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang membantu sistem imun melawan selesema.

Cara-caranya ialah:

  1. Ambil sedikit kunyit hidup.
  2. Asahkan pada lesung batu atau sagat sehingga hancur.
  3. Sapukan kunyit yang sudah hancur tadi di bahagian atas batang hidung bayi dan di bahagian dahi bayi. Anda juga boleh sapukan ke dada dan belakang bayi.

Cara ini boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat serta dapat melegakan pernafasan.

#Susu Ibu

Susu ibu terbukti dapat memulihkan selesema bayi anda dengan cepat. Para ibu diluar sana digalakkan untuk menyusukan bayi yang selesema dengan lebih kerap. Tidak dilupakan jugak, beri bayi anda air masak yang secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Sebagai ibu bapa, anda kena tahu yang bayi bernafas menggunakan hidung hampir sepenuhnya berbanding mulut pada usia kurang 6 bulan. Jadi, apabila hidung bayi anda tersumbat dengan hingus, dia akan berasa tidak selesa dan akan selalu merengek.

Selain itu, bayi yang mengalami selesema akan mengalami kesukaran untuk tidur. Jadi apabila bayi anda hendak tidur, tinggikan sedikit bahagian kepala bayi anda untuk memudahkan proses pernafasan.

Banyakkan petua dan cara yang boleh kita gunakan untuk merawat selesema bayi kita. Kita tidak harus ambil lewa dengan tahap kesihatan bayi kita. Jangan lupa untuk cuba petua yang kami share ini apabila bayi anda selesema tau.

Dapatkan pelbagai kelengkapan bayi yang lain di Motherhood.com.my hari ini!