Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang sukar bernafas dengan normal, terutama semasa aktiviti fizikal. Ia bukan masalah yang boleh diabaikan, dan penyebabnya perlu diperiksa oleh doktor.
Bagi kes sesak nafas ringan, terdapat beberapa petua hilangkan sesak nafas yang boleh membantu mengurangkan gejala tersebut. Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahuinya!
Petua Hilangkan Sesak Nafas
Bagi mereka yang mengalami sesak nafas ringan, berikut ialah petua hilangkan sesak nafas anda. Namun, awas! Sekiranya tidak berkesan terus berjumpa dengan doktor untuk rawatan!
#1. Menarik Nafas Dalam-Dalam
Petua nak hilangkan sesak nafas ini boleh membantu mereka yang mengalami sesak nafas disebabkan oleh penyakit asma.
Caranya adalah seperti berikut:
- Letakkan tangan di perut dalam keadaan berbaring.
- Tarik nafas sedalamnya melalui hidung dan tahan selama beberapa minit. Perut akan mengembang.
- Kemudian, hembuskan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Perut anda akan kembali ke keadaan asal secara perlahan-lahan.
- Lakukan secara berulang kali sehingga sesak nafas semakin hilang.
Namun, awas! Cara ini boleh menyebabkan sesak nafas menjadi semakin teruk sekiranya anda salah teknik.
Sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui teknik pernafasan yang betul.
#2. Pursed-Lip Breathing
Petua yang kedua ialah teknik pernafasan Pursed Lip Breathing. Teknik ini membantu mereka yang menghadapi sesak nafas untuk mengawal kadar oksigen dan pengudaraan mereka.
Caranya adalah seperti berikut:
- Duduk dalam keadaan relaks dan menegak di atas kerusi.
- Tarik nafas secara perlahan-lahan melalui hidung selama 2 saat.
- Kemudian, hembuskan nafas melalui mulut selama 4 saat. Pastikan semasa menghembuskan nafas keadaan bibir dalam keadaan muncung seperti hendak meniup.
- Ulang langkah di atas sehingga sesak nafas semakin hilang.
#3. Jus Halia
Selain itu, petua untuk menghilangkan sesak nafas yang seterusnya ialah minum jus halia. Halia dikatakan boleh menjadi penawar sesak nafas yang disebabkan oleh jangkitan pada saluran pernafasan.
Ini telah dibuktikan melalui satu kajian yang telah dijalankan di Taiwan berkenaan keberkesanan halia melawan virus syncytial pernafasan (RSV).
Caranya mudah hanya tambahkan halia di dalam air panas dan sedia untuk diminum.
#4. Posisi yang Selesa
Semasa sesak nafas berlaku, mereka yang mengalaminya hendaklah mencari posisi yang selesa agar dapat mengatur pernafasan dengan betul.
Antara posisi yang boleh dipilih ialah bersandar pada dinding, berdiri dengan tangan di atas meja untuk menyokong badan dan berbaring di atas katil (pastikan kepala dan lutut diletakkan di atas bantal).
#5. Petua Hilangkan Batuk dan Sesak Safas: Batuk Huff
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba untuk melakukan teknik batuk huff untuk membantu masalah sesak nafas yang dihadapi.
Petua hilangkan batuk dan sesak nafas seterusnya ini adalah seperti berikut:
- Duduk dalam posisi yang selesa dan tarik nafas dalam-dalam melalui mulut.
- Tiup udara keluar dengan membuat bunyi “ha, ha, ha” sebanyak tiga kali (seolah-olah sedang membuat wap pada cermin).
- Ulangi sehingga sesak nafas berkurang.
#6. Menghirup wap air
Di samping itu, anda boleh mencuba teknik menghirup wap panas dari air panas. Petua ini dipercayai boleh membantu mengurangkan sesak nafas yang dihadapi kerana wap panas dan kelembapan dari wap tersebut boleh memecahkan lendir di bahagian paru-paru.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Isi air panas ke dalam mangkuk dan letakkan beberapa titis minyak pati pudina atau minyak kayu putih.
- Halakan wajah ke arah wap yang keluar dan tutup bahagian kepala ke muka dengan tuala.
- Kemudian, tarik nafas sedalamnya dan mula menyedut wap tersebut.
#7. Petua untuk Hilangkan Sesak Nafas dengan Minum kopi
Tahukah anda, terdapat satu kajian pada tahun 2010 berkenaan keberkesanan kafein dalam mengurangkan sesak nafas.
Di dalam jurnal Cochrane Library, menyatakan bahawa kafein membantu memperbaiki fungsi pernafasan pada pesakit asma.
Namun, awas! Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan kadar denyutan nadi meningkat.
Ini boleh menyumbang kepada keadaan kesihatan yang lebih buruk.
Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba petua untuk hilangkan sesak nafas ini.
Kesimpulannya, petua terbaik adalah dengan mendapatkan rawatan lanjut dari doktor. Cara dan petua di atas hanyalah sebagai rawatan awal sebelum mendapatkan rawatan dari doktor.
Jangan biarkan sesak nafas anda semakin teruk. Bertindak sebelum terlambat.
Selamat mencuba semua petua untuk hilangkan sesak nafas di atas!
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti pelbagai lagi tips dan info kesihatan menarik yang lain di SINI!