Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kisah Benar | “Pil Perancang Kehamilan Hampir Membunuh Saya”

pil perancang kehamilan

Kebanyakan wanita yang mengambil pil perancang kehamilan, mengambilnya kurang daripada yang disarankan tanpa mengetahui kesan buruknya. Pil perancang kehamilan dikenali sebagai menstabilkan kitaran menstruasi, mengawal jerawat dan memperbaiki kualiti rambut.

Doktor pernah memberitahu saya apabila mengambil pil perancang kehamilan, ia boleh menyebabkan darah membeku dangan mudahnya, dengan menggabungkan dua faktor tersebut, kesihatan saya terjejas dengan teruknya.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Itu adalah tujuan utama seorang gadis berumur 18 tahun, Madison Brownley dari United Kingdom mengambil pil tersebut. Tetapi dia tidak mengetahui tentang keburukan pengambilan pil perancang yang boleh menyebakan dia akan bertarung untuk menjaga kesihatannya.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Sebelum dia mengambil pil pertamanya iaitu Diannete pada umur 16 tahun, doktor telah bertanya sama ada keluarga dia mempunyai masalah pembekuan darah. Dia tidak mengetahuinya, jadi mereka meneruskan kepada soalan yang lain.

Jika dia tahu tentangnya, dia akan berfikir dua kali untuk mengambilnya.

Kesan Pil Perancang Kehamilan Hanya Selepas Dua Bulan

Selepas dua bulan mengambil pil tersebut, saya mengalami sakit belakang dan sangat susah untuk duduk.

dia berkata di  Cosmopolitan Story.

Menganggap ia adalah kesan yang normal selepas mengambil pil tersebut, dia tidak terlalu memikirkannya.

Kemudian pada February 2014, ketika saya mandi saya mendapati kaki saya berasa tegang dan saya keletihan. Selepas beberapa minit kaki saya seperti biru lebam dan pada ketika itu saya sedar yang saya perlu ke hospital,

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Doktor mendapati puncanya adalah pembekuan darah.

Mereka memberi dia suntikan pencair darah yang dipanggil suntikan heparin dan X-ray dilakukan di tempat pembekuan darah tersebut. Dia juga diberi anti-pembekuan dan dia diberitahu pembekuan darah pada kaki dia akan hilang dengan sendirinya.

Tetapi ia tidak.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Highlighted

Sumber: Google

“Mereka memberitahu mereka boleh menyediakan rawatan dipanggil thrombolysis, dimana mereka akan menyahkan gumpalan darah dengan menggunakan kimia, tetapi rawatan ini berisiko jadi mereka tidak meneruskannya”

“Tetapi setelah seminggu, saya semakin sakit dan susah untuk berjalan, jadi mereka membuat imbasan CAT  dan menyedari bahawa ia semakin teruk dan rawatan thrombolysis juga sudah tidak boleh dilakukan”

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Madison berada di hospital selama 17 hari.

Setelah keluar dari hospital, dia berasa susah untuk bernafas ketika melakukan riadah, dan merasa mudah untuk pitam.

Pakar kardiologi memberitahu dia bahawa itu terjadi kerana peredaran darag keseluruh badan masih tidak lancar.

“Hanya satu perkara sahaja yang saya boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan melakukan banyak senaman suapaya salur darah saya mengembang lebih besar dan meningkatkan kadar degupan jantung saya”

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Kekurangan Protein C – Pembekuan Darah

Dalam pada masa yang sama, pakar kardiologi mendapati bahawa Madison mempunyai masalah kekurangan Protein C, di mana ia menyebabkan Madison mengalami pembekuan darah dengan mudahnya.

“Doktor pernah memberitahu saya apabila mengambil pil, ia boleh menyebabkan darah membeku dangan mudahnya, dengan menggabungkan dua faktor tersebut, kesihatan saya terjejas dengan teruknya.”

Madison tidak pernah merasa menyesal mengambil pil tersebut, kerana padapandangannya, dia lebih mengetahui tahap kesihatannya sekarang dan lebih berhati-hati.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

“Apa yang menjengkelkan saya ialah, tiada lagi kaedah yang wujud untuk memeriksa jika kamu sesuai atau tidak untuk mengambil pil perancang.”

“Sepatutnya, ujian darah harus dijalankan sebelum mereka mengambil pil perancang, kerana pada pandangan saya, masalah ini adalah biasa sahaja pada pandangan umum,”

Oleh itu, ibu semua dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan nasihat dan rujukan daripada pakar terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu pil. Ianya berisiko membahayakan kesihatan dan nyawa diri sendiri.