Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Datang Bulan Lebih Tenang Bila Pilih Tuala Wanita yang Tepat

Kotex

Bila datang bulan, memang boleh rasa macam full schedule tapi tenaga pula tinggal separuh bateri.

Kekejangan, rasa letih, dan ketidakselesaan memang sudah cukup mencabar. Tapi sarapan tetap perlu disediakan. Beg sekolah anak tetap perlu disiapkan. Kerja tetap perlu diberi perhatian. Waktu tidur malam pun tetap datang dengan drama biasa.

Itulah realitinya bila jadi seorang Mommy. Hidup tidak berhenti hanya kerana tubuh kita perlukan hari yang lebih perlahan.

Sebab itu, perlindungan ketika haid bukan sekadar “cukup untuk guna”. Ia perlu selesa untuk dipakai berjam-jam. Ia perlu rasa selamat sepanjang rutin yang sibuk. Dan paling penting, ia tidak membuatkan kita asyik risau tentang kebocoran, bau, atau perlu kerap periksa.

Bila badan sudah rasa berat, pad yang sesuai sepatutnya membantu kita rasa lebih tenang, bukan tambah satu lagi beban.

Perlindungan yang Bergerak Sekali dengan Wanita

Highlighted


Selama beberapa dekad, Kotex telah menjadi nama yang dipercayai dalam penjagaan kewanitaan.

Jenama ini menghasilkan produk perlindungan haid yang memberi fokus kepada keselesaan, perlindungan, dan keyakinan setiap hari.

Setiap produk direka untuk menyokong wanita melalui hari-hari haid sebenar, sama ada di tempat kerja, di rumah, sedang bergerak, atau cuba berehat.

Dengan teknologi serapan tinggi dan reka bentuk yang mengikut bentuk badan, Kotex membantu wanita rasa lebih kering, selamat dan selesa untuk tempoh yang lebih lama.

Kenapa Mommy Suka 

Datang bulan tidak ada butang “pause”, sebab itulah Mommy lebih suka perlindungan yang tidak perlu sentiasa diberi perhatian.

Nak tengok lebih dekat? Ini sebab kenapa Mommy dan wanita jadikan Kotex sebahagian daripada rutin penjagaan haid mereka.

Kenapa Kotex Menjadi Pilihan Wanita

Di Motherhood Choice Awards 2026, Kotex telah dianugerahkan sebagai Tuala Wanita Terbaik kerana menawarkan perlindungan semasa haid yang dipercayai dan menyokong rutin harian sebenar para ibu dan wanita. 

Kenapa Kotex menonjol? Ini sebabnya: 

  1. Mengurangkan Risau Tentang Kebocoran: Kebocoran boleh jadi sesuatu yang menambah tekanan, terutama bila sedang keluar bersama anak, duduk lama di tempat kerja, atau semasa berehat pada waktu malam. Tuala wanita Kotex direka dengan perlindungan sehingga 0% kebocoran, membantu Mommy rasa lebih yakin sepanjang hari sibuk dan malam yang panjang.
  2. Sokongan Siang & Malam: Kehidupan seorang Mommy berjalan 24/7. Kotex menawarkan perlindungan selesa siang dan malam, memudahkan pergerakan sepanjang jadual padat, rutin keluarga dan waktu rehat malam.
  3. Rasa Lebih Segar: Antara hantar anak, mesyuarat, urusan rumah dan kerja luar, Mommy selalu berada dalam keadaan aktif berjam-jam. Teknologi kawalan bau Kotex membantu memberikan rasa lebih segar dan selesa, walaupun pada hari yang lebih berat.
  4. Reka Bentuk Selesa Ikut Tubuh: Tuala wanita yang tebal atau keras boleh menambah rasa tak selesa ketika period. Kotex mempunyai reka bentuk yang mengikut bentuk badan, ringan tetapi masih memberi perlindungan, membolehkan Mommy bergerak, duduk, berjalan dan berehat dengan lebih selesa.
  5. Jenama Dipercayai: Selama bertahun-tahun, Kotex telah dipercayai oleh wanita di seluruh dunia. Dengan pengalaman dalam penjagaan kewanitaan, teknologi serapan moden dan fokus pada keselesaan harian, Kotex menjadi pilihan yang boleh diharapkan.

Dapatkan Tuala Wanita Kotex Hari Ini

Hari ‘datang bulan’ memang sudah cukup mencabar. Jadi, mencari perlindungan yang boleh dipercayai sepatutnya jadi bahagian yang paling mudah.

Tuala wanita Kotex boleh didapati di seluruh negara di Watsons, Guardian, Lotus’s, AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Mydin, Shopee, Lazada dan TikTok.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Kotex Malaysia di Kotex Malaysia.


Jom Mommy! Tambah ilmu untuk kesihatan anak yang sedang membesar dengan rujuk panduan di SINI!