Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ketahui 11 Jenis Pintu Pagar Rumah Yang Mampu Buat Rumah Mommy Kelihatan Cantik

Kredit gambar: us.ddtech.com

Pintu pagar rumah yang cantik, menarik dan unik adalah penting untuk mengekspresikan keseluruhan landskap serta hiasan dalaman kediaman anda.

Pemilihan pintu pagar yang tidak selari dengan tema atau hiasan dalaman serta luaran akan membuatkan rumah anda terlihat sedikit pelik dan ada kecacatan pada tarikannya.

Seperti hiasan dalam rumah dan juga landskap, pintu pagar juga mempunyai reka bentuknya yang tersendiri. Untuk makluman anda juga, terdapat pelbagai jenis pintu pagar yang dijual di pasaran dengan harga, ketahanan, rekaan dan jenis yang berbeza.

Oleh itu, bagi memudahkan lagi anda membuat pemilihan pagar jenis mana yang anda inginkan dan bersesuaian dengan kehendak dan tema kediaman Mommy, di bawah ini kami telah senaraikan beberapa jenis pintu pagar untuk Mommy dan Daddy pilih. Jom kita lihat!

Jenis-jenis Pintu Pagar Rumah Dengan Rekaan Unik

#1. Pintu Pagar Rumah Jenis Besi Tempa Kontemporari

Highlighted

Kredit gambar: www.goldenfabcustomironworks.com

Besi tempa adalah pagar yang tahan lama dan kukuh. Pagar jenis ini direka dengan bentuk yang moden dan minimalis. Ia mempunyai garisan dan potongan yang kemas serta digemari oleh kebanyakan orang.

#2. Driveway Metal Screen

Kredit gambar: Youtube @Decor Puzzle

Driveway Metal Screen ini mempunyai reka bentuk ultra-moden di mana ia dapat memberikan ruang privasi terkini dengan penampilan yang luar biasa. Pintu pagar jenis ini juga dapat menjamin keselamatan di tahap maksimum.

Reka bentuknya yang menarik sangat sesuai untuk rumah yang berada di bandar.

#3. Besi Tempa Minimalis

Kredit gambar: www.pinterest.com

Rekaan pintu pagar ini pula sangat sesuai untuk dipadankan dengan gaya rumah moden masa kini. Ia mempunyai garisan yang bersih, warna asas dan fungsi yang cekap serta gaya rekaan yang sangat menarik.

Penggunaan warna hitam yang digunakan berfungsi untuk membuatkannya kelihatan lebih menonjol dan menarik.

#4. Pintu Pagar Rumah Jenis Blok dan Jaring

Kredit gambar: www.pinterest.com

Rekaan pagar ini pula menampilkan gaya moden dan minimalis. Ia menggunakan blok keluli dengan jejaring di mana menjadikannya lebih menarik. Ia juga sangat kukuh dan dapat memberikan keselamatan ke tahap yang maksimum.

#5. Bilah Logam Minimalis

Kredit gambar: Facebook @Riff raff renovations

Gabungan ini sangat moden dan unik serta tahan lasak. Rekaan yang penuh bergaya ini diperkemaskan lagi dengan logam menegak berwarna kelabu serta bingkai pintu besi dengan pemegang yang diperbuat daripada krom. Lebih unik lagi apabila pagar ini turut disertakan nombor rumah di pintuya.

#6. Aluminium terukir

Kredit gambar: www.homebagus.my

Penggunaan pintu aluminium kosong kadang-kadang membosankan. Untuk menghilangkan rasa bosan itu, anda boleh menukarkannya kepada panel aluminium pepejal dengan ukiran yang menarik dan cantik ini.

Malah, reka bentuk ukiran buluh yang terdapat pada pintu pagar logam ini memberikan sentuhan yang sangat dramatik kepada rupa moden yang sejuk serta cantik.

#7. Jaring Besi

Kredit gambar: Facebook @Yat Sing Wrought Iron Works

Pintu pagar dengan gaya kontemporari ini menyediakan keselamatan yang agak ketat tanpa sebarang halangan pada pemandangan.

Jaring besi kelabu gelap ini juga berfungsi untuk membezakan luaran yang terang. Pilihan terbaik jika anda suka berkebun di mana ia tidak menghalang pandangan terhadapnya.

#8. Pintu Pagar Jenis Slider Minimalis

Kredit gambar: architecturesideas.com

Pintu pagar jenis ini pula sangat berat, kukuh dan tahan lasak. Sangat sesuai untuk pintu pagar hadapan di mana rumah Mommy sekiranya berhadapan dengan jalan yang sibuk.

Ia mempunyai reka bentuk minimalis moden dengan rekaan yang sangat menarik.

#9. Pintu Masuk dan Pergola

Kredit gambar: www.thespruce.com

Kehadiran pergola di ruang masuk utama menjadikannya sebagai satu daya tarikan yang cukup mengujakan. Sesiapa sahaja pasti akan terus terpesona tatkala melihat ke arahnya.

Pintu pagar jenis ini menggabungkan keluli dan konkrit dengan gaya minimalis moden. Pergola berfungsi untuk pencahayaan yang jelas manakala panel pula untuk ciri keselamatan.

#10. Pintu Kaca Frosted

Kredit gambar: www.houzz.com

Pada masa kini, ramai yang mula tertarik dengan pintu pagar kaca frosted ini. Ia sangat moden dan kelihatan cukup menarik dengan tarikannya yang tersendiri.

Pintu pagar ini dihasilkan dengan gabungan kaca frosted serta keluli dengan garisan yang ringkas.

#11. Pintu Pagar Rumah Jenis City Black Gate

Kredit gambar: www.houzz.com

Pintu pagar City Black ini sangat moden dengan warnanya yang cukup anggun. Ia sangat kukuh dan selamat digunakan serta sesuai untuk rumah yang berada di pinggir bandar.

Semoga dengan perkongsian ini, anda sudah tahu pilihan jenis pintu pagar yang manakah sesuai untuk kediaman Mommy!

Bila sudah ada pagar yang menarik, apa kata kalau Mommy hiaskan halaman rumah dengan pelbagai jenis pokok hiasan yang cantik-cantik?

Mommy boleh memilih pokok hiasan yang sesuai untuk perkarangan rumah Mommy dengan merujuknya di SINI!