Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Jenis Pintu Rumah Yang Menarik Untuk Ruang Dalaman Dan Luaran Rumah Mommy

jenis pintu rumah

Kredit gambar: istockphoto.com

Selalu kalau tengok rumah orang lain atau rumah baru di kejiranan, antara yang sering menarik perhatian adalah pintu rumahnya kan? Memang ia merupakan salah satu elemen penting sesebuah rumah tu.

Bukan untuk tujuan keselamatan je Mommy, tetapi untuk nilai estetika pun penting.

Maklumlah.. pintu rumah utama sebagai contohnya, merupakan fokus utama kalau nak masuk rumah tu. Pilihan jenis pintu yang sesuai memang harus dititikberatkan.

12 Jenis Pintu Rumah Yang Menarik

Memang terdapat banyak jenis pintu rumah yang menarik. Untuk berlainan jenis, bahan buatan dan reka bentuknya berbeza-beza. Dalam banyak-banyak, rasanya yang mana sesuai dengan tema rumah Mommy?

#1. Pintu rumah PVC

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

Tentu Mommy pernah tengok pintu rumah jenis ini kan? Pintu rumah PVC ni agak ringan berbanding yang lain dan tidak mudah berkarat. Kalau dinding rumah Mommy ada wainscotting, memang sesuai kalau gabungkan dengan pintu rumah jenis PVC ni.

Cuma yang kurangnya adalah, ia mudah tergores.

#2. Pintu rumah kayu

Kredit gambar: istockphoto.com

Ramai kan yang guna pintu rumah kayu sebagai pintu rumah utama mereka? Ini disebabkan imej pintu rumah jenis ni Mommy. Memang nampak ekslusif dan mewah terus!

Selain daripada itu, ia turut tahan lama dan agak kedap bunyi dan udara juga. Kalau untuk long-term benefit, ia adalah pilihan yang sesuai.

#3. Pintu rumah fiberglass

Kredit gambar: 4feldco.com

Kalau Mommy nak design sendiri pintu rumah dengan kos yang agak murah, bolehlah pilih pintu rumah jenis fiberglass. Pintu rumah fiberglass ni, boleh direka bentuk mengikut citarasa dan pilihan warna kita.

Harganya yang agak murah berbanding yang lain dan tahan lama menjadikan ia antara pilihan popular untuk pintu rumah.

#4. Pintu rumah kaca

Kredit gambar: chiefway.com.my

Biasanya orang pasang untuk ruangan dalam rumah lah yang ni. Pintu rumah kaca ni tidaklah kukuh tetapi ia dipasang kerana nilai estetikanya. Sebagai contoh, Mommy tak nak ada pintu menghala ke dapur rumah tapi nak tertutup juga antara ruang pembahagian tu.

Memang sesuai sangatlah pasang pintu kaca ni. Ia pun boleh nampak telus, kadang-kadang mencantikkan lagi deco dalam rumah.

#5. Jenis aluminium

Kredit gambar: spitfiredoors.co.uk

Pintu rumah aluminium pun antara pilihan popular. Reka bentuknya selalunya akan digabungkan bersama panel kaca dan dari segi ketahanan, boleh tahan juga.

#6. Jenis folding

Kredit gambar: aluminiumking.com

Selalunya kita tengok pintu rumah jenis ni, orang pasang untuk memisahkan antara dua ruang kan? Contohnya, dari ruang makan ke ruang dapur dan dari ruang dapur ke halaman taman kecil di belakang rumah.

Memang cantik pintu rumah folding ni!

#7. Jenis FRP

Kredit gambar: snehalfiber.com

Merupakan singkatan untuk Fiber Reinforced Plastics, pintu rumah jenis ini tak kurang popular nya. Terutamanya, ia selalu dipasang di ruangan dalam rumah lah. Selain daripada kukuh dan ringan, ia tidak mudah berkarat kerana ada finishing.

Dipasang sebagai pintu bilik tidur anak-anak sesuailah!

#8. Jenis slide

Kredit gambar: istockphoto.com

Mommy tentu selalu tengok kan pintu jenis slide macam ni di kafe? Pintu rumah slide ni diperbuat daripada macam-macam jenis bahan seperti kaca dan kayu. Biasanya kalau tuan rumah nak jimat ruang, tak suka buka tutup pintu, memang sesuai guna pintu rumah slide ni.

Kalau pasang di ruangan ke dapur macam sesuai je kan?

#9. Jenis berayun

Kalau pintu rumah ayun pula, biasanya attach dengan engsel lah di kiri dan kanan ruang. Kita selalu tengok orang pasang pintu jenis ni ke dapur kan? Yelah.. kalau pintu ayun ni, tolak dan jalan terus je kalau nak lalu.

Tak payah pegang tombol pintu ke apa. Jadi ia sesuai untuk ruang ke dapur yang memerlukan kita hand-free kan Mommy? Selain itu, ada juga yang pasang pintu jenis ini untuk ruangan membaca dan ke tandas ke. Dengan pelbagai reka bentuk dan pilihan warna, best juga pintu rumah jenis ni kan?

#10. Pintu rumah putar

Kredit gambar: istockphoto.com

Selalunya tengok di ruang masuk utama hotel lah kan pintu jenis ni? Seperti pintu ayun, nak melalui pintu ni tak perlu memgang tombol ke apa. Biasanya orang tolak dengan tangan macam tu je.

Nampak eksklusif dan unik kan jenis pintu rumah macam ni?

#11. Jenis kayu beroti

Kredit gambar: reddiamondhouse.com.my

Pintu rumah kayu beroti ni, kita selalu tengok dalam cerita Hollywood, ia dipasang di bangsal rumah atau sebagai pintu rumah yang berkonsepkan ala cabin macam tu kan?

Memang cantik dan ada imej tersendiri pintu rumah kayu beroti ni. Sekarang ni, ia semakin meluas digunakan kerana imej dan ketahanannya.

#12. Jenis RAM

Kredit gambar: kayzeewood.com

Nampak simple tetapi kukuh, pintu rumah RAM sering menjadi pililhan untuk dipasang sebagai pintu bilik dan pintu dapur. Cantik juga kan?

Ia bergantung kepada tema keseluruhan dan kegunaan pintu tu. Sebaiknya, Mommy dan Daddy berbincang dengan arkitek rumah untuk bertanya tentang kesesuaian pintu rumah ni. Selain daripada cantik, fungsinyalah yang harus diutamakan ya?

Sumber: InteriorDesign.id dan REDDIAMONDHOUSE


Dapatkan pelbagai idea dekorasi rumah yang lain di SINI.