Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pizza Frittata

boy with a plate of pizza

Bahan-Bahan

  • 8 telur
  • 1/3 cawan susu rendah lemak
  • 1/2 cawan tomato kering yang dipotong
  • 1 sudu teh oregano
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada
  • 1 cawan mozarella parut
  • 2 sudu minyak kanola
  • 1/2 bawang merah saiz sederhana, yang dihiris halus
  • 2 cawan cendawan butang atau cendawan cremini yang dihiris
  • 1 zucchini kecil, yang dihiris halus
  • 10 pepperoni yang dihiris
  • 1/4 cawan basil segar, yang dihiris halus

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Cara-Cara

Panaskan oven kepada 400 darjah. Di dalam mangkuk bersaiz sederhana, pukul bersama telur dan susu. Tambah tomato kering, oregano, garam, lada, dan ½ cawan mozarella dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.

Panaskan minyak di dalam kuali 10 inci yang selamat dimasukkan ke dalam oven, di atas api sederhana. Tambahkan bawang dan masak, kacau selalu, sehingga lembut, lebih kurang 4 minit. Masukkan cendawan dan zucchini dan sambung masak dan kacau, sehingga sayuran menjadi lembut, lebih kurang 7 minit.

Ratakan sayuran dengan sama rata di dalam kuali. Masukkan adunan telur di atas sayuran dan masak tanpa kacau sehingga frittata mula untuk siap di permukaan bawah kuali, lebih kurang 3 minit.

Taburkan lebihan keju dan pepperoni. Letakkan kuali di dalam oven dan masak sehingga frittata siap, lebih kurang 15 minit.

Gunakan spatula tahan haba untuk mengalihkan frittata ke atas pinggan. Taburkan basil, potong, dan hidang.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Artikel ini dipetik daripada Parents.com.