Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kenali 20 Jenis Pokok Keladi Paling Unik & Popular

pokok keladi

Kredit gambar: www.homestratosphere.com

Selepas Covid-19 melanda dunia, pokok keladi atau nama saintifiknya Caladium banyak menjadi viral dan kegilaan ramai orang selepas diviralkan pada tahun 2021. Tiba-tiba sahaja pokok keladi yang sebelum ini dipandang sepi ramai orang menjadi rebutan. Harganya melonjak naik dalam sekelip mata.

Jika Mommy nak tahu, pokok keladi atau nama saintifiknya adalah Caladium ini mempunyai banyak jenis. Ada yang digunakan sebagai hiasan, Caladium bunga, Caladium hutan dan tak kurang juga ada Caladium yang beracun.

Untuk tahu lebih lanjut, jangan lupa scroll sampai bawah tau!

Jenis Pokok Keladi Viral

Highlighted

Kredit gambar: www.gardenersworld.com

Kalau Mommy nak tahu, pokok keladi mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah seperti berikut:

#1. Pokok Keladi Monstera Deliciosa

Kredit gambar: Instagram @monko_the_plant

Ini adalah antara Caladium yang mempunyai harga ‘kayangan’. Kenapa? Ianya kerana Caladium jenis ini adalah jenis yang jarang dijumpai.

Daunnya mempunyai corak seakan-akan terkoyak. Caladium ini mempunyai calsium oxalate yang beracun kepada manusia dan haiwan ternakan. Ianya juga memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur.

#2. Tropical Storm

Kredit gambar: Instagram @gimhyeonmin333

Pokok keladi jenis ini sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan kerana mudah untuk dijaga.

Warna daunnya hijau dan mempunyai warna putih atau kuning di bahagian tengah daunnya.

#3. Red Stardust

Kredit gambar: Instagram @goinggrow

Selain dari warnanya yang menarik iaitu warna merah, pokok Caladium ini juga mudah untuk dijaga. Sering menjadi pilihan untuk dijadikan hiasan dalaman rumah mahupun pejabat.

#4. White Christmas

Kredit gambar: Instagram @dayplant_2021

Jika Mommy mencari Caladium yang mudah membiak White Cristmas adalah jawapannya. ianya juga tumbuh merimbun dan tahan dengan cuaca panas.

Pokok keladi jenis ini mempunyai corak yang timbul berwarna putih pada daunnya.

#5. Pokok Keladi Angel Wings


Kredit gambar: Instagram @thechampsplants

Dikenali juga sebagai Caladium Bicolor. Mempunyai bentuk seakan hati, berwarna merah dan sedikit putih ditengah serta dikelilingi warna hijau. Ianya sangat mudah dijaga.

#6. Pink Burst

Kredit gambar: Instagram @backyard__eden

Menyerupai pokok keladi Angel Wings, namun yang membezakannya adalah Caladium Pink Burst ini tiada warna putih di bahagian tengahnya.

Mudah ditemui. Jika inginkan daun yang cantik pastikan ianya mendapat cahaya matahari yang cukup dan tanah perlu sentiasa lembap.

#7. Wildfire


Kredit gambar: Instagram @majs_closet

Disukai ramai orang kerana cantik dijadikan tanaman hiasan. Mempunyai bentuk seakan berbentuk hati namun daunnya lebih besar serta bergerigi besar.

Mempunyai warna merah terang di tengahnya, urat daun berwarna putih serta warna hijau dan tompokan merah di bahagian luarnya.

#8. Carolyn Whorton

Kredit gambar: Instagram @_peace_love_and_plants_

Sama seperti Wildfire tapi rak serupa. Yang membezakannya adalah corak pada daunnya.

Keladi ini mempunyai urat tebal berwarna merah dan tompokan besar berwarna merah jambu. Mudah didapati dan sangat popular.

#9. Pokok Keladi Green Spider

Kredit gambar: Instagram @gie.mysecretjungle

Caladium jenis ini mudah membiak dan mudah untuk dijaga. Green Spider ini mempunyai daun berwarna merah dengan urat hijau.

Sangat cantik apabila ianya mula merimbun.

#10. Homalomena Rubescens

Kredit gambar: Instagram @bali_tropical_plants

Juga dikenali sebagai keladi kemoyang. Caladium jenis ini sangat sesuai untuk dijadikan hiasan dalaman rumah.

Keladi ini mempunyai daun yang hijau dan bergaris cantik. Manakala batangnya pula berwarna merah.

#11. Alocasia Macrorrhiza Variegata

Kredit gambar: Instagram @m.o.m.o_sapiens

Juga mendapat jolokan dengan nama Albino, keladi ini sesuai untuk hiasan dalaman serta luar rumah. Namun, ianya sukar untuk dijaga.

Caladium jenis ini mempunya daun hijau dengan tompok-tompok berwarna putih.

#12. Hilo Beauty

Kredit gambar: Instagram @terasrumahku99

Disebabkan corak daunnya menyerupai celoreng tentera, keladi ini mendapat nama Keladi Komando di Malaysia.

Warna pada daunnya mempunyai warna hijau pekat dan hijau muda serta mempunyai bentuk hati.

#13. Pokok Keladi Black Coral

Kredit gambar: www.jardimcaladium.com

Pokok Caladium unik kerana daunnya berwarna hitam. Walaupun pada awalnya warnanya berwarna hitam, namun warnanya akan bertukar menjadi hitam apabila usianya semakin meningkat.

#14. Heart Desire

Kredit gambar: Instagram @thesabahangoddess

Caladium jenis ini mudah dijaga dan dibiakkan. Mempunyai warna hijau serta tompokan seperti percikan berwarna merah. Manakala, uratnya pula tebal dan berwarna putih.

#15. Dragon Scale

Kredit gambar: Instagram @myraffplants

Caladium jenis ini sangat cantik dan sesuai dijadikan tanaman hiasan terutamanya di dalam rumah. Ianya juga mudah dijaga.

Daunnya mempunyai gabungan warna hijau gelap dan hijau terang dengan urat yang halus. Ini membuatkan corak daunnya seolah-olah timbul.

#16. Mickey Mouse

Kredit gambar: Instagram @umieyoumie

Disebabkan oleh bentuknya yang menyerupai kartun Micky Mouse, maka ia dipanggil keladi Micky Mouse. Daunnya berwarna hijau dan mempunyai tompokan berwarna putih.

#17. Keladi putih

Kredit gambar: Instagram @herna.soekarseno

Seperti namanya, pokok Caladium ini mempunyai daun yang berwarna putih. Sering menjadi pilihan sebagai tanaman hiasan. Ia memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk hidup subur.

#18. Black Magic

Kredit gambar: karyanyataflorist

Keladi Black Magic ini mempunyai daun berwarna hitam. Manakala, saiznya pula bergantung kepada cara penjagaan. Saiznya boleh mencapai sehingga 2 kaki atau lebih sekiranya mendapat baja yang mencukupi.

#19. Pokok Keladi Cat Tumpah

Kredit gambar: Instagram @noorhasmiamiza_

Sangat popular di Malaysia kerana mudah dijaga dan juga cantik. Mempunyai daun yang mempunyai tompokan merah dan juga hijau. Ianya dipanggil keladi Cat Tumpah kerana coraknya seperti cat yang tumpah.

#20. Keladi Gajah

Kredit gambar: Instagram @fiezazaini_

Pokok Keladi Gajah ini sering dilihat menjadi hiasan di beranda rumah-rumah di Malaysia. Ianya dipanggil Keladi Gajah kerana saiznya yang mampu mencecah 10 kaki. Keseluruhan pokok ini adalah berwarna hijau.

Cara Penjagaan Pokok Keladi Hiasan

  • Tanam di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Daun Caladium akan mudah menjadi lecur apabila terdedah kepada cahaya matahari yang terik.
  • Memerlukan baja yang mencukupi tetapi pastikan baja ditabur jauh sedikit dari pokok keladi supaya pokok dan daun keladi tidak melecur. Jenis baja pula boleh gunakan baja kimia untuk menggalakkan pertumbuhan daun yang lebat.
  • Mommy perlu pastikan tanah di sekitarnya tidak boleh kering dan perlu sentiasa lembap. Pada masa yang sama, Mommy perlu pastikan tiada air yang bertakung di sekitar pokok keladi tersebut.
    Sebaiknya, pokok Caladium harus disiram 2 kali sehari jika cuaca panas

Kesimpulannya, setiap pokok keladi mempunyai keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Bergantung kepada minat dan kemampuan setiap orang untuk menanam Caladium ini.

Semoga dengan perkongsian ini memberi sedikit pencerahan kepada Mommy untuk mencari Caladium yang sesuai dengan citarasa Mommy.

Selamat membaca!


Dapatkan pelbagai lagi info menarik tanaman yang lain di SINI!