Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Polka Dot Mint Coklat

Chocolate polka dots

Bahan-Bahan

  • 4 1/2 cawan gula aising (icing sugar)
  • 4 auns krim keju, lembut
  • 1/2 sudu teh ekstrak peppermint
  • 1 cawan cip coklat separa manis

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Cara-Cara

1. Di dalam mangkuk besar, gunakan hand mixer atau stand mixer untuk blend gula ke dalam krim keju secara berperingkat sehingga rata, kikis tepi mangkuk bila perlu. Tambah ekstrak peppermint dan blend untuk campurkan.

2. Letakkan kertas minyak di dalam loyang. Ambil 1 sudu teh doh, kemudian bulatkan menjadi bentuk bola, dan letakkan di atas kertas yang disediakan. Ulang dengan lebihan doh, jauhkan bebola ½ inci daripada setiap satu bola.

3. Salutkan sudu pengukur saiz ¼ dengan gula aising, kemudian lubangkan bahagian tengah setiap mint. Jika perlu, salutkan lagi sudu. Sejukkan mint di dalam peti sejuk sehingga keras, lebih kurang 2 jam.

4. Cairkan coklat kemudian alihkan ke dalam beg piping atau beg plastik yang hujungnya dipotong. Isikan bahagian tengah mint dengan coklat, kemudian masukkan mint kembali ke dalam peti sejuk, sehingga coklat keras, lebih kurang 45 minit. Simpan mint di dalam peti sejuk jika tidak dihidang; kerana mint ini mengandungi krim keju, dan tidak patut berada di luar peti sejuk lebih daripada 2 jam.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel ini dipetik daripada Parents.com.