Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Due Dah Dekat Tapi Bayi Songsang Lagi? Cuba 4 Posisi Tidur Elak Bayi Songsang Yang Berkesan Ini!

posisi tidur elak bayi songsang

Kredit gambar: Youtube @ML Studios

Ramai ibu berada dalam keadaan dilema apabila mengetahui bayi mereka berada dalam kedudukan songsang apatah lagi jika berada pada trimester terakhir.

Jangan terlalu risau Mommy sebabnya ada banyak cara untuk elak bayi dalam kedudukan songsang dan antara salah satu caranya adalah dengan melakukan teknik posisi tidur elak bayi songsang.

Sebelum kami terangkan lebih lanjut, jom ambil tahu dahulu apa itu bayi songsang. Bayi songsang atau breech position adalah normal pada awal kehamilan kerana bayi akan berpusing ke kedudukan kepala di bahagian bawah dikenali sebagai vertex presentation memasuki minggu ke 36 kehamilan.

Namun, terdapat kes di mana bayi berada pada kedudukan songsang sehingga due date mommy sekaligus akan menyukarkan proses bersalin.

Hal ini kerana kelahiran songsang ialah kaki atau punggung bayi yang akan keluar terlebih dahulu. Kelahiran seperti ini adalah sangat berisiko.

Oleh itu, entri pada kali ini akan mengupas berkenaan bayi songsang atau kedudukan bayi breech, punca bayi songsang dan bagaimana cara untuk Mommy elak bayi berada dalam keadaan songsang.

Jom ambil tahu!

Posisi Tidur Elak Bayi Songsang dan Punca Bayi Songsang

Highlighted

Kredit gambar: belfastbabycompany.co.uk

Sebenarnya punca bayi songsang masih belum dapat dikenalpasti. Namun, Persatuan Kehamilan Amerika menyatakan bahawa terdapat banyak sebab mengapa keadaan ini boleh berlaku. Antaranya ialah:

  • Mommy telah banyak kali hamil
  • Kehamilan kembar yang banyak
  • Sejarah kelahiran bayi pramatang
  • Masalah previa placenta
  • Kehadiran cecair amniotik (air ketuban) yang sedikit atau terlalu banyak boleh mempengaruhi pergerakan bayi dalam kandungan
  • Rahim mommy tidak berbentuk seperti normal. Contohnya, berbentuk seperti buah pear terbalik
  • Mempunyai komplikasi seperti fibroid
  • Kehamilan pertama
  • Sejarah kelahiran songsang pada kelahiran yang lepas

Pastinya Mommy sangat risau jika bayi songsang bukan? Apa tidaknya sangat berisiko untuk melahirkan secara normal sekiranya bayi tidak berpusing ke kedudukan yang sepatutnya. Antara risiko tersebut adalah kecederaan kepada fizikal bayi dan masalah pada tali pusat yang boleh menyebabkan kerosakan saraf dan otak bayi kerana kekurangan oksigen.

Kredit gambar: careaboutlittleones.com

Antara posisi tidur yang boleh membantu bayi dalam kandungan Mommy berpusing adalah:

#1. Posisi Tidur Elak Bayi Songsang iaitu Tidur Mengiring ke Sebelah Kiri

Semasa tidur mommy pusingkan badan ke sebelah kiri. Letakkan juga bantal di bawah perut Mommy. Ini akan mendorong bayi dalam kandungan Mommy bergerak dan masuk ke posisi yang normal.

#2. Posisi Tidur Elak Bayi Songsang iaitu Tidur Mengiring dengan Bantal di Antara Kedua Kaki

Pakar perbidanan dan anak, Diana Spalding, berkata bantal yang diletakkan di antara kedua kaki dapat menciptakan posisi yang optimum untuk bayi berpusing atau berbalik. Oleh itu, Mommy boleh tidur dengan posisi ini sekerap yang mungkin untuk membantu bayi Mommy bergerak ke kedudukan yang sepatutnya.

#3. Posisi Tidur Elak Bayi Songsang iaitu dengan Meletakkan Kaki Pada Kedudukan yang Lebih Tinggi

Mommy perlu berbaring di atas permukaan rata dan angkat kaki tinggi dan pautkannya ke dinding atau apa-apa barangan yang kukuh dan stabil. Kedudukan ini akan membuatkan graviti menolak bayi untuk berpusing dengan cara semula jadi.

#4. Posisi Tidur Elak Bayi Songsang dengan Kedudukan Kaki Bengkok ke Lutut

Caranya sama seperti melakukan yoga iaitu membengkokkan kaki ke lutut serta sedikit condong ke pelvis dan meletakkan bantal punggung untuk lebih keselesaan. Bayi akan mempunyai ruang yang banyak untuk bergerak pada kedudukan ini.

Tips Kembalikan Bayi Pada Kedudukan Normal

Mommy juga boleh melakukan beberapa tips seperti di bawah untuk menukarkan semula keadaan bayi Mommy yang songsang.

#1. External Cephalic Version (ECV)

Kredit gambar: www.majalahpama.my

Jika dari segi rawatan perubatan, doktor akan membantu untuk mengubah kedudukan bayi Mommy menggunakan kaedah ECV ini. ECV adalah kaedah di mana doktor memberikan tekanan kuat pada perut menggunakan tangan. Ini bertujuan untuk memusingkan bayi kepada kedudukan yang sepatutnya.

Kaedah ini biasanya akan dilakukan oleh doktor pakar pada usia kandungan 37 minggu. Keberkesanannya adalah kira-kira 65%.

#2. Merangkak

Mommy boleh cuba untuk merangkak dalam tempoh 10 hingga ke 15 minit. Apabila Mommy merangkak, secara tidak langsung telah mengubah keadaan bebanan tubuh Mommy ke hadapan. Hal ini akan membuatkan bayi dalam kandungan merasa selesa dan akan mengalihkan kedudukannya.

#3. Berjalan

Memasuki trimester terakhir sebelum melahirkan pastinya Mommy perlu banyak bergerak seperti berjalan untuk memudahkan proses bersalin kelak. Berjalan bukan sahaja membantu untuk memudahkan proses tetapi juga membantu bayi songsang untuk mengubah kedudukannya.

Mommy perlu berjalan selama 20 hingga ke 25 minit sehari bagi membantu bayi Mommy berpusing ke kedudukan normal. Apabila Mommy berjalan, kepala bayi akan ‘jatuh’ mengikut arah graviti. Biasanya, bayi akan berasa lebih selesa berada pada bahagian pelvis mommy.

Jadi, Mommy perlu berjalan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk membantu bayi membetulkan posisi mereka.

#4. Berenang

Jika Mommy seorang yang handal berenang, boleh cuba lakukan kaedah flip forward atau kuak dada. Mommy juga boleh menyelam kepala ke bawah. Minta tolong seseorang untuk membantu anda. namun, harus diingat sebelum melakukan perkara ini dapatkan pendapat doktor terlebih dahulu. Risau sekiranya keadaan Mommy tidak sesuai dengan cara ini.

#5. Bunyi kepada bayi

Pada trimester ketiga bayi sudah mula bertindak balas dengan bunyi dari luar. Jadi, letakkan headphone pada bahagian bawah pelvis Mommy dan mainkan muzik yang menenangkan. Bayi akan bergerak ke arah sumber bunyi apabila mendengar muzik yang dimainkan Mommy.

#6. Posisi berbaring

Menurut pakar, cara terbaik untuk menggalakkan bayi berpusing ke kedudukan yang normal adalah semasa tidur. Mommy boleh mencuba untuk berbaring dengan posisi yang membolehkan pelvis terbuka luas. Bayi mempunyai ruang yang mencukupi untuk bergerak.

Justeru, janganlah Mommy terlalu khuatir dan risau sekiranya bayi Mommy songsang. Jika doktor mengatakan bahawa masih ada peluang untuk bayi berpusing semula percayalah dan pada masa yang sama cuba lakukan tips seperti di atas.

Namun, sekiranya sudah semakin hampir dengan due Mommy maka berbincanglah dengan doktor. Pastinya ada jalan dan cara terbaik buat Mommy dan bayi.

Semoga dengan perkongsian ini, kerisauan Mommy akan mula menghilang dan mula bersemangat untuk betulkan kedudukan bayi dengan tips di atas dan amalkan cara tidur yang betul untuk elakkan bayi berada dalam keadaan songsang. Semoga beroleh manfaat darinya!


Mommy juga boleh dapatkan pelbagai lagi info menarik mengenai kehamilan yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.