Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Betul Ke Cara Mommy Tidur? Ini 3 Posisi Tidur Selepas Bersalin Secara Pembedahan Yang Dapat Membantu Luka Cepat Sembuh

posisi tidur selepas bersalin secara pembedahan

Kredit gambar: shebirthsbravely.com

Seperti yang ramai tahu terdapat dua kaedah untuk melahirkan iaitu kaedah yang pertama ialah melahirkan secara normal dan kaedah yang kedua pula adalah secara pembedahan Caesarean.

Berbeza dengan bersalin normal, caesarean memerlukan penjagaan yang lebih rapi termasuklah cara posisi tidur selepas bersalin secara pembedahan yang betul.

Mengapa perlu bersalin secara pembedahan dan bukannya secara normal?

Selalunya Mommy, kaedah melahirkan secara pembedahan ini akan dibuat oleh doktor setelah meneliti keadaan Mommy dan bayi.

Sekiranya tiada sebarang komplikasi yang mengancam nyawa ibu dan bayi, Mommy akan dapat melahirkan secara normal iaitu melalui vagina. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Mommy perlu bersalin dengan kaedah pembedahan.

Antaranya ialah:

  • Bayi songsang
  • Janin tidak membesar mengikut umur kandungan
  • Placenta previa
  • Sejarah melahirkan secara pembedahan pada kelahiran yang lepas
  • Kelahiran kembar
  • Mommy mempunyai penyakit yang berisiko seperti tekanan darah tinggi atau diabetes

Oleh sebab cara melahirkan bayi pun sudah berbeza, jadi tidak hairanlah mengapa bersalin secara caesarean ini memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan khusus terutama mengenai posisi Mommy ketika tidur.

Untuk memahami dengan lebih jelas, ikuti entri di bawah ini!

Posisi Tidur Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Highlighted

Kredit gambar: www.happiestbaby.com

Jika ditanya kepada kebanyakan ibu pastinya lebih memilih untuk melahirkan secara normal. Namun, terdapat keadaan tertentu yang tidak memungkinkan mereka untuk melahirkan mengikut kaedah ini.

Mengapa ramai Mommy yang tidak memilih untuk bersalin melalui kaedah pembedahan berbanding normal?

Ini kerana, luka bersalin lebih cepat sembuh, mudah untuk memulakan penyusuan, mudah untuk bergerak dan banyak lagi.

Bagi mereka yang terpaksa melahirkan melalui kaedah pembedahan perlu berhadapan dengan sakit selepas ubat bius habis, sukar bergerak dan luka pembedahan lambat sembuh. Mommy akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding bersalin secara normal.

Melahirkan secara pembedahan perlu mengambil berat tentang banyak perkara. Ini termasuklah posisi tidur Mommy. Posisi tidur selepas bersalin secara pembedahan adalah penting untuk memastikan luka cepat sembuh.

Selain itu, ianya juga penting untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa proses pemulihan, mendapatkan kualiti tidur terbaik, dan mencegah komplikasi selepas bersalin.

Terdapat 3 posisi tidur yang boleh Mommy amalkan untuk keselesaan Mommy dan membantu luka Mommy sembuh. 3 posisi tersebut ialah:

#1. Posisi Tidur Selepas Bersalin Secara Pembedahan Secara Baring Terlentang

Posisi ini ialah posisi yang paling disukai Mommy-mommy yang melalui kaedah pembedahan. Posisi ini adalah sama seperti sebelum Mommy melalui pembedahan. Kebaikan posisi ini adalah posisi yang paling baik, aman dan selesa.

Posisi ini tidak akan mengganggu luka Mommy dan tidak akan merasa sakit kepada ibu. Oleh itu, Mommy akan dapat tidur dan rehat yang berkualiti.

#2. Posisi Tidur Sambil Duduk

Kredit gambar: siraplimau.com

Sekiranya Mommy bosan dan sakit badan apabila berbaring secara terlentang mommy boleh menukar posisi kepada posisi tidur sambil duduk. Posisi ini dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan.

Walaupun terlihat seperti tidak selesa namun ia mampu membantu Mommy untuk mengurangkan rasa sakit tersebut. Namun, harus diingat jangan terlalu lama tidur dengan posisi ini. Cukuplah sehingga rasa sakit itu hilang dan kemudian tukar posisi ke posisi lain yang lebih selamat dan selesa.

#3. Posisi Tidur Selepas Bersalin Secara Pembedahan dengan Beralas Bantal

Selain itu, Mommy boleh cuba gunakan bantal untuk dijadikan alas di bahagian belakang badan, punggung dan siku bagi mengurangkan ketidakselesaan ketika tidur.

Tidak kiralah bersalin normal atau pembedahan, Mommy masih akan berhadapan dengan risiko, kesakitan, dan kepayahan yang tersendiri.

Tidak kiralah bersalin secara pembedahan atau normal Mommy tetaplah seorang ibu yang hebat, sanggup mempertaruhkanya nyawa demi si comel.

Oleh itu, para suami yang mana isterinya melahirkan melalui pembedahan berikan masa kepada isteri anda untuk berehat dengan secukupnya supaya luka pembedahan tersebut cepat sembuh.

Mommy juga boleh menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan pelbagai tips berguna serta ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my.

Semoga dengan perkongsian membantu Mommy sembuh untuk lalui pengalaman bersalin secara czer ini dengan lebih mudah dan menyenangkan.


Dapatkan pelbagai lagi info menarik mengenai kehamilan dan tips keibubapaan yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.