Saya ingat lagi bagaimana teruja dan gembiranya saya dan suami apabila si comel semakin membesar dan sudah boleh mula makan makanan pejal. Bersemangat saya dan suami mencuba pelbagai resepi dan menu berkhasiat demi meningkatkan sistem imunisasi serta menggalakkan tumbesaran si manja.
Sama seperti ibu-ibu yang lain, saya sentiasa berdedikasi untuk belajar membuat puri bayi untuk anak saya. Saya telah mencuba pelbagai resepi puri yang lazat dan semestinya berkhasiat. Ada juga yang dihasilkan atau telah diubah suai sendiri – sudah semestinya setelah mendapatkan nasihat pakar.
Selalunya, saya akan membeli stok bahan-bahan masakan pada setiap hujung minggu dan sediakan puri apabila tiba waktu makan. Tak dinafikan yang cara begini sebenarnya memakan masa dan boleh menjadi sedikit masalah sekiranya kehabisan bahan sewaktu menyediakan puri tersebut. Saya hanya boleh menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Atau lebih teruk, saya terpaksa keluar semula hanya untuk mendapatkan bahan tersebut.
Saya akui bahawa menyediakan ‘homemade’ puri bayi agak merumitkan, memakan masa, dan juga boleh membuatkan dapur bersepah. Kita harus mencuci, mengupas, dan memotong buah-buahan dan sayuran yang ingin digunakan sebelum direnehkan menjadi lembut. Kemudian, bahan-bahan tersebut harus dikisar untuk mendapatkan tekstur yang diinginkan.
Sedar atau tidak, kadang-kadang bahan yang digunakan tidak mengandungi nutrisi yang mencukupi buat si manja. Hmm, itu baru perkara asas untuk menyediakan puri bayi tau.
Walaupun agak remeh untuk menyediakan puri bayi ini, saya yakin setiap ibu sanggup melakukan apa sahaja demi menyediakan makanan bayi yang terbaik dan selamat buat si manja. Kita sanggup berkorban masa dan tenaga hanya untuk memberikan makanan ‘homemade’ yang sihat dan tidak mengandungi sebarang perasa tiruan, warna dan bahan kimia yang membahayakan pada bayi kita.
Bercakap soal pengorbanan yang dilakukan demi si manja, saya bersyukur saya telah menjumpai satu cara yang sangat mudah dalam menghasilkan puri untuk si comel saya – ye, sama-sama Mommy!
Satu hari, saya bersama kawan-kawan perempuan telah berjumpa untuk makan tengah hari; lebih kurang ‘catch up session’ lah. Salah seorang daripada mereka telah membongkar satu rahsia yang telah lama saya ingin tahu iaitu cara ringkas dalam menghasilkan puri bayi. Ini bukan main-main ya!
Kami mula berborak, dan saya telah mengadu segala rasa susah dan remeh sewaktu menyediakan puri. Dan reaksinya amat mengejutkan saya. Riak wajahnya seperti orang yang tiada perasan lalu dia berkata saya perlukan masa untuk berehat.
Tak lama selepas itu, dia terus memberi solusi kepada saya – dia mencadangkan untuk saya menggunakan Gerber® Organic Purée sebagai puri bayi anak saya.
Saya terdiam sebentar dan terdetik dalam hati; apa yang istimewanya tentang puri ini? Betul ke puri ini boleh mengubah hidup seorang ibu menjadi lebih mudah? Saya terus menyoal dalam benak fikiran adakah ini solusi yang terbaik? Pada mulanya saya agak ragu-ragu, tapi setelah saya mencubanya, saya tidak menyesal.
-
Bahan yang selamat, organik, dan terpilih.
Mengandungi buah dan sayuran asli tanpa pewarna, perasa, kanji tambahan, dan bahan pengawet, Gerber® Organic Purée adalah pilihan terbaik untuk si comel anda. Bukan sahaja rasanya yang sedap dengan bahan semula jadi, malah tiada perasa tambahan seperti gula mahupun garam seperti yang semua ibu mahukan: selamat dan berkhasiat! Malah, Gerber® Organic Purée disahkan organik dan ‘non-GMO’.
Penyediaannya yang teliti dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang selamat, Gerber® Organic Purée kaya dengan nutrisi yang diperlukan si manja anda. Dari pemilihan benih hinggalah ke tanah, semuanya telah dikawal ketat bagi menjamin kualiti bahan-bahannya. Bahkan, buah-buahan dan sayur-sayuran dipetik terus dari pokok, bukan dari tanah (yang telah gugur).
-
Pek yang mesra pengguna.
Sebab UTAMA saya sangat sukakan produk ini!
Didatangi dalam pek yang berbentuk kantung, Gerber® Organic Purée sangat memudahkan ibu-ibu zaman milenial ini termasuklah saya sendiri. Setiap pek mempunyai penutup ‘twist off’ yang mana mudah untuk penyimpanan semula tanpa bocor. Dengan adanya teknologi muncung yang bercirikan The Smart Flow
TIPS UNTUK MOMMY: Apa yang Mommy harus lakukan ialah, picit puri tersebut ke dalam mangkuk atau terus ke atas sudu dan suapkan pada bayi anda. Ikut keselesaan masing-masing. Jangan lupa untuk menyimpan lebihan puri di dalam peti sejuk setelah 1 jam dibuka, dan boleh menjamu si manja dalam tempoh 24 jam. Tapi Mommy harus ingat, ia hanya boleh disejukkan, bukan dipanaskan menggunakan ‘microwave’ ya.
Dengan bentuk pek yang mudah berdiri, ianya menyenangkan ibu bapa diluar sana untuk membawa beberapa Gerber® Organic Purée di dalam beg lampin. Tiada lagi alasan si manja tidak mendapatkan nutrisi yang cukup bila anda sekeluarga pergi melancong atau bercuti di mana sahaja. Dengan adanya Gerber® Organic Purée, segalanya mudah, senang, dan menjimatkan masa si ibu!
Gerber® Organic Purée didatangi dengan pelbagai variasi perisa, bersesuaian dengan citarasa dan keperluan si manja. Atau lebih baik, Mommy beli je semua perisa! Gerber® Organic Purée juga dapat membantu menjimatkan masa dan merungkai kerumitan, disamping menambah keyakinan setiap ibu bahawa anda telah memberikan makanan dengan nutrisi yang betul pada si manja.
Sekarang, anda boleh menjamu si manja dengan makanan berkhasiat Gerber® Organic Purée di Motherhood.com.my. Sediakan stok di rumah agar waktu makan bayi menjadi lebih mudah, menyeronokkan, dan menjimatkan masa ibu dan bayi!
*Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris.