Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Pulau Indah di Johor, Bagaikan Syurga Dunia

pulau di Johor

Di negeri Johor, memang terkenal pantainya yang indah seperti Pantai Desaru dan pelbagai tempat menarik yang lain.

Tapi kalau sebut pulau di Johor, ramai yang setuju bahawa keindahan pulau-pulaunya tiada tandingan, bak syurga di dunia.

Betul ke?

Senarai Pulau Yang Indah di Johor, Malaysia

Kali ini, Motherhood nak menjejaki beberapa pulau-pulau indah di Johor untuk masukkan dalam checklist percutian nanti.

Jom!

1. Pulau Tioman

Highlighted

Kredit gambar: caridestinasi.com/

Walaupun pulau in terletak dalam pentadbiran Rompin, Pahang, kedudukannya yang berada di antara negeri Pahang dan Johor ini menjadikan ia salah satu pulau percutian di Johor.

Kalau dari Johor, boleh naik dari Jeti Mersing je ke sini.

2. Pulau Besar

Kredit gambar: utusan.com.my/

Ramai yang ke sini untuk snorkeling dan diving. Maklumlah.. air yang jernih dan dipenuhi dengan terumbu karang yang cantik-cantik, Mommy kena pergi tengok sendiri ya!

3. Pulau Aur

Kredit gambar: whereandwhen.net/

Pulau Aur merupakan sebahagian kawasan daripada Johor Marine Park. Bukan sahaja boleh melakukan aktiviti air seperti snorkeling dan diving di sini tetapi jungle-trekking pun boleh.

Ramai juga warga Singapura yang ke sini.

4. Pulau Pemanggil

Kredit gambar: dasiatravels.com/

Kalau ke sini, boleh merasa vibe perkampungan nelayan tu. Banyak spot di sekitar pulau ini yang sesuai untuk menangkap ikan.

Nanti ke pulau ni, Mommy akan rasa macam ke tempat lain yang mempunyai budaya dan tradisi tersendiri dan istimewa.

5. Pulau Tinggi

Kredit gambar: era-holidays.com/

Tak kurang cantiknya, Pulau Tinggi ni terkenal dengan pasir di pantainya yang memutih dan dilindungi sebagai sebahagian dari Marine Park Centre.

6. Pulau Rawa

Kredit gambar: peoples.com.my/

Dulu, sebelum dibuka kepada orang ramai, memang pulau ini merupakan antara wish list terutamanya bagi orang Johor.

Maklumlah.. memang cantik dan indah sangat pulau ni. Kalau tengok secara live pemandangan di sekitar pulau ni, macam dalam gambar tau!

7. Pulau Sibu

Kredit gambar: agoda.com/

Hanya ambil bot dari Tanjung Leman Jetty selama kurang daripada 40 minit, dah boleh sampai ke pulau yang cantik ni.

Sailing dan windsurfing di sini pun boleh!

8. Pulau Dayang

Kredit gambar: havehalalwilltravel.com/

Pulau Dayang ni antara pulau yang terdekat dengan Pulau Aur. Bolehlah masukkan dalam list kalau nak island-hopping nanti.

Di pulau ini, terkenal sebagai tempat diving yang paling best di Malaysia tau. Juga mendapat jolokan hidden gem di Johor, ramai yang tak tahu keindahan pulau ini.

9. Pulau Harimau

Kredit gambar: Facebook @Trip Jalan Jalan

Pulau ini tak ada kemudahan sangat. Ia bukanlah pulau yang didiami oleh masyarakat setempat. Tapi ia adalah spot yang perfect untuk diving dan snorkeling.

10. Pulau Tengah

Kredit gambar: johornow.com/

Pulau Tengah ni adalah pemilikan persendirian tetapi dibuka je untuk pengunjung. Yang istimewa di sini adalah, terdapat banyak spesis ikan dan terumbu karang yang susah untuk dijumpai.

11. Pulau Mensirip

Kredit gambar: Facebook @Vacasia Tours & Travels

Seperti Pulau Rawa, pulau ini pun kepunyaan Diraja Johor. Tak ada sebarang pembangunan di sini dan kecantikan dan keindahan alamnya dilindungi.

Memang cantik kan?

Rasa teruja kan bila tengok keindahan pulau di Johor ni? Nanti ke sana, jangan lupa jaga keselamatan diri sendiri dan yang tersayang ya Mommy?

Selamat bercuti!


Jom bercuti dengan panduan berguna di SINI.