Ibu, Bayi & Kanak Kanak

25 Pulau Menarik di Malaysia Yang WAJIB Dikunjungi Walau Sekali Seumur Hidup!

pulau di Malaysia

Antara destinasi menarik untuk honeymoon dan bercuti bersama yang tersayang adalah di pulau. Yelah kan, mana tak syoknya, boleh berjalan dan berkelah di tepian pantai sambil menikmati keindahan laut dan udara yang segar.

Ada pula dijual makanan laut dan barangan seperti kain batik dan kraftangan, memang memberi suasana yang berbeza berbanding bercuti di bandar.

Jom, kita telusuri beberapa pulau yang cantik dan menjadi pilihan orang ramai untuk berkunjung di Malaysia ni:

25 Pulau Menarik Di Malaysia Untuk Honeymoon dan Bercuti Bersama Keluarga

1. Pulau Redang

Highlighted

Kredit gambar: agoda.com

Negeri yang mempunyai banyak pulau di seratanya, tak lain tak bukan, negeri Terengganu lah. Doh memang molek, wajib lah gi ye dok?

Contohnya, di Pulau Redang ni. Ada resort, boleh snorkeling dan diving, dalam 40 minit je kalau naik bot daripada Jeti Merang tu.

2. Pulau Perhentian

Kredit gambar: beautifulterengganu.com/

Pulau lain yang terletak berdekatan dengan Pulau Redang adalah, Pulau Perhentian yang tak kurang cantiknya.

Mana taknya, ia pernah dinobatkan sebagai pulau yang tercantik di dunia pada kedudukan yang ke-13 oleh CNN.

3. Pulau Lang Tengah

Kredit gambar: beautifulterengganu.com

Pulau Lang Tengah ni, terkenal dengan kecantikan pantai dan airnya yang jernih biru kehijauan. Selain itu, tarikan lainnya adalah terumbu karangnya yang cantik dan mempersonakan.

4. Pulau Kapas

Kredit gambar: beautifulterengganu.com

Dikatakan pulau ini mendapat namanya daripada keputihan pasir di tepian pantainya. Betul ke? Tetapi memang cantik dan pasirnya yang memutih tu nampak seakan-akan kapas.

5. Pulau Bidong

Kredit gambar: beautifulterengganu.com

Pulau Bidong pun tak kurang cantiknya, sesuai sangat untuk snorkeling dan diving.

6. Pulau Tenggol

Kredit gambar: beautifulterengganu.com

Untuk penyelam yang hard core, mungkin Pulau Tenggol adalah destinasi yang dicari-cari. Dikatakan, ramai yang ke sini untuk diving pada waktu malam, sekitar rangka bangkai kapal dan di dasar laut.

7. Pulau Gemia

Kredit gambar: agoda.com

Merupakan sebahagian daripada Marine Conservation Park, Pulau Gemia ini dimiliki oleh pemilik persendirian dengan resortnya. Kalau nak privacy sikit, best juga ke sini Mommy!

8. Pulau Suri

Kredit gambar: m.sinarharian.com.my

Pulau Suri yang terletak di negeri Kelantan ni bukanlah seperti pulau-pulau yang lain di Malaysia ya. Keluasannya kecil je, seperti keluasan tanah untuk bina rumah banglo macam tu.

Tetapi tarikan yang sering membuat penduduk dan pengunjung ke sini adalah pasar terapungnya. Terdapat bot yang perlu dinaiki dari jeti untuk ke sini, yang sentiasa ada penumpang untuk membeli belah makanan dan barangan di pasar terapung di Pulau Suri ni.

Senang cerita, macam vibe pada zaman P. Ramlee dulu-dulu lah kat sini.

9. Pulau Beras Basah

Kredit gambar: hotels.com

Selain daripada negeri Terengganu, Langkawi pun menjadi tumpuan buat rakyat Malaysia yang ingin bercuti di pulau yang indah.

Sebagai contohnya, Pulau Beras Basah ni. Tengok jelah keindahannya, nak mandi ke berkelah ke, semua boleh!

10. Pulau Bumbon

Kredit gambar: hotels.com

Naik bot sekejap dalam 10 minit gitu je dari Kuah Jetty, dah boleh sampai di Pulau Bumbon ni. Walaupun agak terpencil, ramai yang ke sini untuk bergambar.

11. Pulau Dayang Bunting

Kredit gambar: hotels.com

Rugilah kalau ke Langkawi tapi tak singgah di Pulau Dayang Bunting. Ada yang percaya mandi di sini boleh membuatkan wanita yang mandul menjadi subur. Tetapi di sebalik kepercayaan ini, memang di sini seronok untuk mandi manda tau.

12. Pulau Payar

Kejernihan air di pulau ini memang sesuai untuk snorkeling dan diving.

13. Pulau Singa Besar

Kredit gambar: hotels.com

Pemandangan di sekeliling Pulau Singa Besar ni memang nampak macam misteri je. Ramai yang ke sini untuk melihat haiwan liar seperti monyet, ular dan pelbagai spesis burung.

14. Pulau Tuba

Kredit gambar: hotels.com

Tidaklah mempunyai kemudahan seperti di pulau-pulau lain, tetapi Pulau Tuba ni menjadi destinasi pilihan juga untuk bercuti di resortnya.

Antara aktiviti yang Mommy boleh buat di sini bersama keluarga adalah, jungle-trekking dan bird-watching.

15. Pulau Rebak

Kredit gambar: hotels.com

Jarang kita dengar orang sebut nama pulau ni kan? Yelah.. tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kecuali untuk Mommy yang nakkan ketenangan di pulau tanpa gangguan, sambil-sambil berjemur, memang Pulau Rebak pilihan yang tepat.

Tengok je lah pemandangan di tepian pantainya tu, tentu berbaloi kan?

16. Pulau Pangkor

Kredit gambar: cruisemapper.com

Macam mana pula dengan Pulau Pangkor di Perak? Nak memancing, snorkeling, jungle-trekking dan mandi manda, semua pun boleh di sini.

17. Pulau Mabul

Kredit gambar: hmetro.com.my

Kalau di Sabah, Pulau Mabul memang menjadi antara destinasi pilihan. Sebabnya, selain daripada cantik, di sini kaya dengan kehidupan marin yang menjadikannya sebuah pulau yang popular di Asia dan salah satu tempat menarik di Sabah.

18. Pulau Kapalai

Kredit gambar: amazingborneo.com

Di pulau ini, orang ramai datang memang khas untuk honeymoon, snorkeling dan diving. Percayalah, tengok gambar sahaja tak cukup! Begitu cantik keindahan laut dan pemandangan di sini. Pasti seronok kalau boleh ke sini kan?

19. Pulau Tioman

Kredit gambar: bharian.com.my

Selain daripada aktiviti air seperti snorkeling dan diving, ramai yang ke Pulau Tioman untuk shopping juga. Tetapi, make sure buat kajian dahulu Mommy dan keluarga nak ke kampung mana di Pulau Tioman ini kerana ia agak besar dan setiap kampung mempunyai tarikan yang tersendiri.

Kalau tanya Min, Kampung Salang antara kampung yang menarik untuk dikunjungi dan menginap di resort-resort di sini. Air lautnya yang biru dan jernih, serta coral yang menarik, membuatkan kampung ini sentiasa menjadi pilihan pelancong.

20. Pulau Sipadan

Kredit gambar: sabahtravelguide.com

Aktiviti yang paling popular di Pulau Sipadan ni adalah scuba diving. Ini disebabkan air laut dan tumbuhan serta haiwan marinnya yang begitu cantik memukau dan unik, hingga dikatakan begitu artistik seperti di syurga.

21. Pulau Rawa

Kredit gambar: rawaislandresort.com

Mereka yang tinggal di Johor mesti tahu pulau ni kan? Sebenarnya, ia milik peribadi Sultan Johor tapi dibuka juga untuk rakyat.

Tak pelik lah kalau cantik dan istimewa tempatnya!

22. Pulau Selingan

Kredit gambar: amazingborneo.com

Kalau nak tengok penyu bertelur, Pulau Selingan di Sandakan merupakan antara pulau yang terkenal sebagai habitat haiwan ini.

23. Pulau Sembilan

Kredit gambar: destimap.com

Dikenali sebagai Pulau Sembilan, ia sebenarnya merupakan kumpulan nama pulau-pulau yang terletak berdekatan di Lumut, Perak iaitu Pulau Rumbia, Lalang, Saga, Buluh, Samak, Nipis, Agas, Miskin dan Pulau Nyamuk.

Biasanya orang datang ke sini untuk berkelah dan memancing, sambil-sambil meluangkan masa bersama yang tersayang.

24. Pulau Tinggi

Kredit gambar: havehalalwilltravel.com

Pulau Tinggi di Johor ini kaya dengan tumbuhan marin yang cantik-cantik. Kanak-kanak pun boleh snorkeling sama-sama kat sini.

25. Pulau Sapi

Kredit gambar: travelguidewarehouse.com

Merupakan pulau lain yang terletak di Sabah, di Pulau Sapi ni banyak aktiviti menarik yang Mommy boleh lakukan selain daripada snorkeling dan diving seperti para-sailing dan flying fox.

Pulau-pulau Menarik Di Malaysia

Memang banyak pulau-pulau yang indah di Malaysia ni. Tak payah ke luar negara pun, negara kita memang kaya dengan kecantikan dan keindahan semula jadi.

Selamat bercuti dan mendapatkan vitamin sea Mommy!