Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Pulau di Sabah Dengan Kecantikan Yang Memukau

pulau di Sabah

Kalau di negeri Sabah, rata-rata pengunjung yang bercuti ke sini memang akan mempelajari serba-sedikit budaya dan cara hidupnya.

Banyak kawasan di Sabah yang diseliputi dengan air. Jadi memang ada banyak pulau di sini, hinggakan beratus tau!

15 Pulau di Sabah Dengan Kecantikan Yang Memukau

Selain negeri Terengganu di Semenanjung, negeri Sabah di Borneo pun turut menjadi tumpuan buat mereka yang mencari destinasi pulau untuk bercuti.

Jom tengok beberapa pulau di negeri Sabah ni, kecantikannya yang memukau memang tiada tandingnya:

1. Pulau Sipadan

Highlighted

Kredit gambar: amazingborneo.com

Merupakan antara spot untuk diving yang paling terkenal di dunia, rugi tau kalau Mommy tak ke sini. Ada banyak sepesis ikan, terumbu karang, penyu dan bermacam lagi.

2. Pulau Mataking

Nanti Mommy ke sini, memang kecantikannya macam dalam gambar tau. Dari kejernihan dan kebiruan airnya, boleh tengok tembus di dasar lautnya.

Pulau ini sering menjadi tumpuan buat mereka yang nak honeymoon.

3. Pulau Mabul

Kredit gambar: amazingborneo.com

Antara pulau lain yang popular di Sabah adalah Pulau Mabul. Selalu je dengar orang duk sebut-sebut kan?

Banyak aktiviti air yang boleh dilakukan di sini seperti snorkeling, diving, berenang dan bermacam lagi.

4. Pulau Kapalai

Kredit gambar: amazingborneo.com

Istimewanya di pulau ini, terdapat water village yang mempunyai tradisi dan budayanya tersendiri. Untuk penginapan, Mommy memang tak perlu risau ya.

Banyak je resorts dan chalets di sini.

5. Pulau Pom Pom

Kredit gambar: amazingborneo.com

Jangan lupa juga untuk singgah di Pulau Pom Pom. Di sini ada resort yang menyediakan perkhidmatan spa untuk pengunjung beristirehat selepas penat diving dan swimming.

6. Pulau Mantanani

Kredit gambar: amazingborneo.com

Di pulau ini pun ada disediakan khidmat spa tau. Pulau Mantanani ni macam destinasi sesuai untuk short and quick escape gitu.

7. Pulau Selingan

Kredit gambar: sabahtourism.com/

Kalau nak berehat sambil melihat penyu bertelur, Pulau Selingan lah tempatnya. Sambil bercuti, sambil kutip pengalaman dan pengetahuan kan?

8. Pulau Tiga

Kredit gambar: amazingborneo.com

Pulau yang menjadi pilihan destinasi untuk rancangan TV bertajuk Survivor tu, Pulau Tiga inilah. Tengok sahajalah keindahan pantainya. Memang memukau!

9. Pulau Layang Layang

Kredit gambar: amazingborneo.com

Selain daripada pulaunya yang indah, banyak aktiviti menarik yang Mommy boleh lakukan di sini bersama yang tersayang.

Sebagai contoh, diving, bird-watching dan melihat hidupan marin seperti hammerhead sharks.

10. Pulau Bohey Dulang

Kredit gambar: amazingborneo.com

Yang ini selalu juga kita dengar orang duk sebut-sebut kan? Selain daripada aktiviti air, kat sini pun boleh hiking ya!

11. Pulau Sapi

Kredit gambar: viator.com/

Kalau nak senang cam Pulau Sapi ni, bentuknya seperti bintang gitu. Selalu kalau siapa yang ke sini, akan singgah juga ke Pulau Manukan.

12. Pulau Manukan

Kredit gambar: amazingborneo.com

Di Pulau Manukan, selain daripada aktiviti seperti snorkeling, diving dan parasailing, ramai juga yang ke sini untuk bercuti di resortnya. Memang cantik-cantik resort di sini sehinggakan ada yang mengatakan pulau ini seperti syurga di dunia.

13. Pulau Timba Timba

Kredit gambar: Youtube @Jejak Borneo Travel

Cantiknya pulau ni! Walaupun ia kecil berbanding yang lain, tetapi kecantikannya memang mempesonakan. Ramai yang ke sini untuk bergambar dan merakam memori bersama.

14. Pulau Mari Mari Sepanggar

Kredit gambar: sabahtourism.com/

Suasana di Pulau Mari Mari Sepanggar ni macam kekampungan dan ada budayanya tersendiri. Naik bot beberapa minit je daripada Kota Kinabalu, dah boleh sampai dah.

Kat sini pun boleh snorkeling dan diving.  Ramai juga yang ke sini kerana inginkan suasana yang romantis.

15. Pulau Dinawan

Kredit gambar: sabahtourism.com/

Untuk pengunjung yang inginkan sedikit privacy, Pulau Dinawan mungkin adalah destinasi yang sesuai. Di sini pun ada spa, jadi kalau nak luangkan masa bersama yang tersayang pun best tau!

Pulau Di Sabah Dengan Kecantikan Yang Memukau

Ini hanyalah sebahagian daripada pulau-pulau yang cantik di Sabah ya. Jadi macam mana Mommy, dah kemas-kemas barang untuk bercuti ke tu?


Jom bercuti di pelbagai tempat menarik di Malaysia yang lain di SINI.