Jika di negeri Pantai Timur, negeri Terengganu lah negeri yang mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik. Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, banyak lagi yang menarik, pastinya must-visit untuk trip island hopping Mommy.
12 Pulau Cantik di Terengganu
Dalam banyak-banyak ni, Mommy rasa nak pilih yang mana untuk masukkan dalam list?
1. Pulau Redang
Banyak tau resorts yang ada di sini Mommy. Dari yang agak mahal dan mewah sehinggalah yang agak murah dan berpatutan.
Kecantikan terumbu karang, hutan paya bakau dan pantainya lah yang membuatkan ia sering sesak dengan pengunjung.
2. Pulau Perhentian
Dikatakan pulau ini mendapat namanya kerana pada dahulu kala, ia pernah menjadi tempat perhentian dan persinggahan untuk pedagang.
3. Pulau Lang Tengah
Di Pulau Lang Tengah ni, tak ada banyak resort tau. Pengunjung yang datang ke sini lebih gemar untuk mendapatkan suasana di pulau yang tenang dan menikmati keindahannya.
Tengok sahajalah kecantikan pulau ini, memang tak pelik kalau ia tetap menjadi tumpuan ramai.
4. Pulau Kapas
Walaupun keluasan pulau ni agak kecil, kecantikannya tetap membuatkan ia sentiasa penuh dengan pengunjung.
Ramai yang ke sini untuk melakukan aktiviti air juga seperti snorkeling dan berkayak.
5. Pulau Bidong
Pulau Bidong merupakan pulau yang agak terpencil. Memang tak ada kemudahan sangat di sini. Tetapi yang menjadi tarikan untuk divers ke sini selain daripada keindahanannya adalah replika artifak dan peninggalan budaya yang boleh dijumpai di dalam laut seperti Batu Bersurat.
6. Pulau Tenggol
Terletak di Dungun, Pulau Tenggol adalah pulau di mana whale shark dapat ditemui. Mommy yang sukakan adventure bolehlah ke sini ya.
7. Pulau Gemia
Pulau Gemia merupakan pulau yang terletak berdekatan je dengan Pulau Kapas. Nanti bolehlah singgah ke Pulau Gemia.
Walaupun kecil je, kecantikannya memang memukau tau.
8. Pulau Rhu Hentian
Mungkin ramai tak pernah dengar nama pulau ni di Terengganu. Tapi Pulau Rhu Hentian ni tak kurang cantiknya dari yang lain. Cuma ia masih baru ditemui dan sedang dikenali.
Untuk ke sini, Mommy boleh ambil bot daripada Kuala Besut. Sekejap je perjalanan, dalam 30 minit lebih kurang.
9. Pulau Perhentian Kecil
Biasanya yang orang ramai tahu, Pulau Perehentian lah. Tapi sebenarnya ada satu lagi bahagian pulau yang lebih dikenali dengan nama Pulau Perhentian Kecil.
10. Pulau Rawa
Seperti namanya yang sama, Pulau Rawa di Terengganu ni cantik macam Pulau Rawa di Johor juga. Di sini tak ada resorts tetapi ramai yang datang untuk snorkeling.
11. Pulau Serenggeh
Pulau ni pun jarang kita dengar kan? Ia terkenal dengan kecantikan pasir dan airnya yang biru jernih. Ada juga terumbu karang yang cantik-cantik di sekitarnya.
12. Pulau Duyong
Di sini, aktiviti yang Mommy boleh lakukan adalah lebih kepada mengenali budayanya. Maklumlah.. di sini terdapat perkampungan yang mempunyai gaya hidup kampung yang tersendiri.
Best juga kan island hopping pulau-pulau di sekitar negeri Terengganu ni? Jangan lupa bergambar dan rakam memori untuk kenang-kenangan ya?
Jom bercuti dengan panduan berguna di SINI.