Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Seksanya Kulit Anak Gatal Sebab Gegata! Ini 7 Punca Berlakunya Gegata Yang Perlu Diketahui

Gegata ini bukan benda mistik macam jilatan jin ke apa tapi ia satu masalah kulit yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Gegata atau dalam bahasa perubatan dipanggil urtikaria adalah dimana akan mengakibatkan kulit pesakit menjadi bengkak, menebal, warna kemerah-merahan serta rasa gatal-gatal.

Masih ramai ibu bapa yang mungkin belum tahu penyebab penyakit ini terjadi dan hanya menjangka ia sekadar ruam pada kulit yang tidak bahaya.

Tahukah Mommy, terdapat dua jenis urtikaria yang utama iaitu urtikaria akut dan urtikaria kronik.

  • Urtikaria akut (disebabkan oleh alahan) – Ia terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan berterusan kurang daripada enam minggu
  • Urtikaria kronik (disebabkan oleh sesuatu)  – Ia terjadi bukan dengan tiba-tiba dan berterusan lebih daripada enam minggu

4 Punca Gegata Disebabkan Alergi 

1. Makanan

Highlighted


Bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan-makanan tertentu berisiko untuk mengalami gegata sebagai kesan sampingan terhadap tindak balas makanan tersebut.

Sebagai contoh alahan terhadap kacang, strawberi, telur, coklat, kerang atau makanan laut.

2. Ubat-ubatan 

Ada juga orang yang mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan seperti aspirin, NSAID, salycilates, penicilin, antibiotik atau ubat penahan sakit.

Alergi ubat-ubatan juga penyebab kepada seseorang itu mengalami gegata pada sebahagian tubuh badan badan mereka.

Oleh itu, doktor akan menanyakan kepada pesakit terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang ubatan bagi mengelakkan alergi ubatan berlaku.

3. Sedutan (Inhalant)

Ada sesetengah individu yang tidak boleh dengan bau-bauan atau wangian seperti contoh minyak wangi, debunga, dan spora. Bagi mereka yang alergi dengan sedutan juga akan berisiko mengalami gegata.

4. Jangkitan bakteria dan virus

Selsema atau jangkitan virus ringan pun boleh buat kulit kita terkena gegata. Tubuh badan manusia akan bertindak balas terhadap virus tersebut.

4 Punca Gegata Disebabkan Bukan Alergi 

1. Kerap menggaru kulit badan

Elakkan daripada sering menggaru kulit badan ketika gatal kerana ia mungkin hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit.

Terlalu kerap menggaru kulit badan boleh merengsakan lantas meradangkan ia sekali gus menjadi salah satu punca gegata.

2. Kerap bersenam dan berpeluh 

Kerap bersenam akan membuat anda banyak berpeluh dan peluh dan berkemungkinan menjadi punca kepada gegata.

Untuk mengurangkan risiko ini berlaku, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil antihistamine sebelum beraktiviti.

3. Suhu terlalu panas 

Suhu terlalu panas akibat iklim atau persekitaran juga adalah salah satu daripada penyebab urtikaria kronik berlaku.

Ini kerana sinaran ultra ungu tidak kira jenis UVA atau UVB daripada cahaya matahari boleh menembusi dan merosakkan kulit.

Elakkan berjemur di bawah cahaya matahari dan kerap duduk di dalam rumah.

4. Suhu terlalu sejuk

Suhu terlalu sejuk akibat iklim atau persekitaran mungkin adalah salah satu daripada penyebab urtikaria adalah kronik berlaku.

Jadi, bagi mereka yang mengalami punca gegata disebabkan oleh ini perlu kurangkan berada dalam persekitaran yang sejuk dan mengambil ubatan.

Semoga dengan perkongsian tentang punca gegata ini dapat memberikan pendedahan baru kepada Mommy dan Daddy.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan lebih banyak tentang info kesihatan kanak-kanak di SINI.