Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kaki Suka Cramp Waktu Tidur? Ini Punca Kaki Kejang Semasa Tidur & Cara Atasinya

punca kaki kejang semasa tidur

Kredit gambar: www.theportlandclinic.com

Kekejangan kaki pada waktu malam adalah masalah biasa yang boleh mengganggu tidur anda. Walaupun ia merupakan perkara biasa, tetapi jika terlalu kerap ia mungkin menjejaskan kualiti tidur anda.

Bahkan, kadang-kala, kekejangan ini juga merupakan beberapa tanda yang menunjukkan anda sedang mengalami masalah kesihatan yang lain.

Melalui artikel kali ini, kami akan menerangkan apa itu kekejangan kaki, punca kaki kejang semasa tidur, dan bagaimana anda dapat mencegahnya, seperti yang disyorkan oleh pakar.

Ikuti perkongsian di bawah!

Apa Itu Kekejangan Kaki

Highlighted

Kredit gambar: afootc.com.au

Kekejangan kaki adalah keadaan di mana otot-otot kaki anda mengetat secara tiba-tiba dengan cara yang kuat, di mana ia boleh menyebabkan anda berada dalam kesakitan.

Kekejangan ini biasanya mempengaruhi betis dan kaki, dan ia juga boleh berlaku di bahagian kaki yang lain.

Punca Kaki Kejang Semasa Tidur

Walaupun penyebab sebenar kekejangan kaki tidak jelas, terdapat beberapa faktor yang berpotensi mencetuskannya, antaranya:

#1. Tidak Cukup Regangan

Sering mengamalkan gaya hidup moden dan kurang melakukan regangan otot kaki boleh mencetuskan kekejangan.

#2. Tidur dalam Kedudukan yang Salah

Tidur dengan kaki anda dalam kedudukan tertentu, seperti jari kaki anda menghadap ke atas, juga boleh menjadi penyebab mengapa kaki anda kejang semasa tidur.

#3. Punca Kaki Kejang Semasa Tidur kerana Cuaca Panas

Terdapat beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa kekejangan kaki lebih kerap berlaku pada musim panas, kerana berlaku perubahan saraf yang berkaitan dengan peningkatan kadar vitamin D pada musim panas.

#4. Punca Kaki Kejang Semasa Tidur Disebabkan Dehidrasi

Antara punca kaki kejang semasa tidur yang seterusnya adalah dehidrasi. Dehidrasi boleh meningkatkan risiko kekejangan kaki kerana boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.

#5. Senaman Berlebihan

Kredit gambar: www.zeel.com

Selain itu, sering melakukan senaman intensiti tinggi atau beban berlebihan juga boleh mengakibatkan berlakunya kekejangan otot.

#6. Punca Kaki Kejang Semasa Tidur kerana Otot Tegang

Otot kaki yang tegang atau kaku kerana senaman fizikal yang berlebihan atau kurang regangan turut berupaya membuatkan kaki anda kekejangan.

#7. Kekurangan Nutrien

Kekurangan pengambilan mineral seperti kalsium, magnesium, dan kalium dalam badan boleh memainkan peranan dalam kekejangan.

#8. Punca Kaki Kejang Semasa Tidur kerana Berdiri Lama

Jika anda menghabiskan banyak masa berdiri sebelum tidur, ia cenderung membuatkan anda lebih berisiko mengalami kekejangan kaki semasa tidur.

#9. Penggunaan Ubat

Terdapat beberapa ubat, seperti diuretik dan ubat asma tertentu, yang dapat meningkatkan risiko anda untuk mengalami kekejangan kaki.

#10. Punca Kaki Cramp Semasa Tidur Disebabkan Hamil

Kredit gambar: www.scarymommy.com

Selain itu, sekiranya anda hamil, anda akan lebih terdedah kepada kekejangan kaki kerana perubahan berat badan dan perubahan peredaran darah.

#11. Keadaan Perubatan

Terdapat beberapa keadaan perubatan seperti diabetes, darah tinggi, dan penyakit neurologi yang dapat meningkatkan risiko kekejangan.

#12. Punca Kaki Kejang Semasa Tidur kerana Penuaan

Kredit gambar: www.transfermaster.com

Seterusnya adalah penuaan. Proses penuaan ini boleh membuat anda mengalami kekejangan kaki lebih kerap disebabkan oleh kehilangan neuron motor.

#13. Punca Kaki Cramp Semasa Tidur kerana Mampatan saraf

Saraf anda yang tersepit juga boleh menyebabkan berlakunya kekejangan.

#14. Gaya hidup Pasif

Akhir sekali, sekiranya anda menjalani gaya hidup yang tidak aktif atau terlalu banyak duduk, ia juga boleh meningkatkan risiko kekejangan kaki.

Cara Mencegah dan mengatasi kekejangan kaki

Sekiranya anda ingin mencegah atau mengatasi kekejangan kaki, pertimbangkan beberapa langkah berikut:

#1. Regangkan Otot

Tindakan meregangkan otot kaki sebelum tidur dapat membantu mengurangkan kekejangan.

#2. Ambil Nutrien yang Betul

Kredit gambar: www.healthdigest.com

Pastikan anda mendapat cukup magnesium dalam makanan anda, dan pertimbangkan suplemen kalium, magnesium, dan kalsium jika anda merasa kekurangan nutrien.

#3. Terhidrat dengan Baik

Anda perlu minum air secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas atau bersenam, untuk mengelakkan dehidrasi.

#4. Suhu dan Mampatan

Sapukan kompres panas atau sejuk pada otot yang terkena kekejangan untuk menghilangkan ketegangan.

#5. Pilih Kasut yang Betul

Memilih kasut yang selesa dan menyokong kaki anda dapat membantu mencegah kekejangan.

#6. Bersenam Secara Teratur

Kredit gambar: www.cleartoesclinic.com

Melakukan senaman kekuatan dan keseimbangan dapat membantu menjaga kesihatan otot dan sistem saraf anda.

#7. Urutan

Melakukan urutan pada kaki sebelum tidur juga membantu menghilangkan risiko untuk kejang kaki semasa tidur.

#8. Berjumpa dengan Doktor

Sekiranya kekejangan kaki berulang atau teruk, berjumpa doktor atau ahli terapi fizikal untuk penilaian lebih lanjut.

Kekejangan kaki pada waktu malam boleh mengganggu tidur anda, tetapi dengan memahami penyebabnya dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya, anda dapat mengurangkan risiko dan meredakan ketidakselesaan yang mungkin berlaku.

Sekiranya anda mengalami kekejangan kaki yang kerap atau teruk, disarankan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi tips dan info kesihatan yang lain di SINI!