Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Ketahui 5 Punca Lain Masalah Kolesterol, Ramai Tak Tahu!

Pernah tak Mommy dengar tentang kolesterol jahat?

Kolesterol jahat merupakan kolesterol LDL (low-density lipoprotein) yang meningkatkan risiko pembentukan plak pada kawasan arteri (aterosklerosis).

Pastinya semua tahu pemakanan yang tidak sihat menjadi punca utama kepada masalah kolesterol yang tinggi.
Ada banyak punca lain yang mempengaruhi masalah kolestrol tinggi, yang ramai tidak tahu!
Mari ikuti perkongsian Doktor Samhan di akaun Twitter miliknya, iaitu punca kolesterol bukan sahaja disebabkan pemakanan yang tidak sihat tetapi gaya hidup juga turut mempengaruhi.

5 Punca Kolesterol 

1. Stres yang berpanjangan 

Highlighted


Tahukah Mommy? stress yang kronik boleh menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit, termasuklah kolesterol tinggi? Kajian menunjukkan, stres boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam badan dan mengurangkan tahap kolesterol baik (HDL).

2. Ubat-ubatan punca kolesterol tinggi 

Sebagai contoh, ubat seperti pil perancang, retinoid, kortikosteroid, antiviral & antisawan mungkin mempunyai kesan yang tidak disangka-sangka pada badan. Bukan itu sahaja, ubat tekanan darah tinggi seperti diuretik & beta-blockers juga boleh menjadi punca kolestrol tinggi dalam badan.

3. Terlalu banyak duduk 

Duduk yang berpanjangan boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan? Malah, ia boleh menyebabkan obesiti, penyakit jantung & juga kolesterol tinggi. Apabila anda duduk terlalu lama, enzim yang menukarkan kolesterol jahat kepada kolesterol baik akan berkurangan sebanyak 95%.

4. Kehamilan

Ketika hamil, badan akan menggunakan kolesterol untuk membantu janin membesar & berkembang. Sebab itulah, tahap kolesterol dalam badan ibu yang mengandung akan meningkat dengan drastik pada semester kedua & ketiga. Malah, tahap kolesterol ini juga akan kekal tinggi walaupun selepas melahirkan anak.

5. Gula punca kolesterol tinggi

Suka ambil makanan yang manis? Sebenarnya bukan lemak sahaja yang boleh menyebabkan kolesterol tinggi, gula pun sama juga ya! Diet yang tinggi gula boleh menyebabkan hati anda menghasilkan lebih banyak kolesterol dan trigliserida dalam badan.

Jadi, Mommy perlu pastikan gaya hidup lebih sihat dan pemakan yang seimbang perlu diamalkan untuk elakkan masalah kolesterol tinggi!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan lebih banyak tips kesihatan yang lain di SINI.