Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Punca Stress Yang Buat Mommy atau Daddy Tak Happy dan Dalam Kemurungan

Kredit gambar : www.liputan6.com

Terdapat banyak punca stress yang menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan dalam kehidupannya. Sebelum kita mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan stress, cuba kita fahami terlebih dahulu apa itu stress. Stress merupakan desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu disebabkan oleh perkara-perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Melihat kepada isu bunuh diri kebelakangan ini yang semakin meningkat serta ramai pesakit yang dirujuk kepada pakar psikiatri membuktikan stress telah menjadi salah satu ancaman utama dalam kehidupan kita.

Berikut kami senaraikan antara punca stress yang sering berlaku dalam kalangan individu.

Punca Stress Yang Sering Terjadi Dalam Kehidupan

#1. Keinginan Diri

Highlighted

Kredit gambar : tirto.id

Setiap individu mempunyai keinginan untuk melakukan yang terbaik dalam hidupnya. Namun tidak semua yang kita impikan dapat dicapai dengan mudah.

Ada dalam kalangan kita yang telah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu tetapi tidak berjaya memperoleh apa yang diinginkan.

Hal ini boleh mendatangkan stress kepada diri individu tersebut. Namun sebagai seseorang yang beriman kita harus percaya bahawa segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT.

#2. Ilmu Agama

Kredit gambar : www.portalrepublik.com

Kurangya pengetahuan agama boleh membuat seseorang itu cepat hilang pertimbangan apabila dilanda musibah. Mereka lebih cenderung untuk menyalahkan diri sendiri sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan sosialnya.

#3. Ekonomi

Kredit gambar : aliffchannel.com

Kewangan sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian kita. Keadaan ekonomi dunia kini mempengaruhi kewangan kita dengan teruk.

Ia semakin mencabar setelah kita berdepan dengan COVID-19 yang telah melumpuhkan sistem ekonomi kita. Hal ini akan menjadi lebih sukar bagi mereka yang sudah bekeluarga.

#4. Perhatian

Kredit gambar : www.promises.com

Kadang kala kita terlampau ingin menjaga perasaan dan kepentingan orang lain serta inginkan perhatian sehingga kita memaksa diri untuk menerima sesuatu yang kita tidak suka.

#5. Penghargaan

Kredit gambar : www.cnnindonesia.com

Selain itu kita sering mendesak diri untuk melakukan sesuatu walaupun kita sedar ia diluar kemampuan kita hanya sekadar untuk mendapat pujian atau penghargaan sedangkan ia tidaklah setimpal mana.

Sebagai contoh, apabila hasil kerja yang kita lakukan tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya sedangkan orang lain yang membuat dengan sambil lewa malah hanya membodek lebih telah mendapat manfaat darinya, sudah pasti kita akan berasa sangat sedih dan ia mulai mengganggu emosi kita untuk melakukan tugas dengan baik selepas itu.

#6. Perkahwinan

Kredit gambar : www.popmama.com

Konflik dalam rumah tangga merupakan stress yang paling tinggi dan sukar ditangani. Dicurangi oleh pasangan menyebabkan diri mula kehilangan arah sehingga kadang kala mengakibatkan orang sekeliling turut merasa tekanannya terutama anak-anak.

Cabaran dalam membesarkan anak-anak juga boleh membuat kita tertekan.

#7. Pekerjaan

Kredit gambar : www.dictio.id

Tempat kerja boleh mendatangkan stress berdasarkan jenis pekerjaan, tempoh bekerja, rakan sekerja, majikan dan juga kawasan kerja kita itu sendiri. Tidak semua bertuah mendapat kerja mengikut kehendak hati, namun terpaksa bekerja demi kelangsungan hidup.

Keadaan ini bertambah serius jika sering dibuli di tempat kerja atau mendapat majikan yang ‘kuku besi’. Menempuh perjalanan ke tempat kerja juga sudah membuat kita stress apabila terpaksa menghadap kesesakan jalan raya yang lama.

#8. Kejiranan

Kredit gambar : ohbulan.com

Selain itu, jiran juga boleh mendatangkan stress jika mereka lebih mementingkan diri dan tidak menghormati perasaan orang lain. Sebagai contoh, selalu membuat bising yang keterlaluan sehingga mengganggu ketenangan kita apatah lagi jika mempunyai bayi atau anak kecil serta menggunakan kawasan rumah kita untuk kegunaan peribadi mereka.

#9. Persekitaran

Kredit gambar : www.afrid-fransisco.id

Persekitaran yang tidak sihat seperti terdapat kilang-kilang yang melepaskan asap tebal atau sisa buangan sesuka hati juga turut boleh mendatangkan stress kepada kita. Pusat penternakan binatang yang menghadirkan bau busuk juga akan membuat seseorang hilang sabar dan menjadi stress dengan keadaan itu.

#10. Terlalu Paksa Diri

Kredit gambar : www.dasabdulglobal.com

Kadang-kadang disebabkan terlalu memaksa diri juga menjadi faktor penyebab berlakunya stress.

Seperti memenuhi kehendak anak membeli barangan mainan, walaupun tahu kita tidak mempunyai wang yang mencukupi atau hanya cukup-cukup untuk keperluan bulanan sahaja, tetapi kita tetap gagah membeli.

Kesannya, diri menjadi stress apabila melihat berlaku lebihan perbelanjaan yang menyebabkan keperluan harian tidak dapat dipenuhi dengan sempurna.

#11. Kenangan Pahit

Kredit gambar : ciputrahospital.com

Membesar dengan suasana yang penuh dengan duka dan kesedihan selalunya akan memberi impak yang besar kepada diri jika salah cara dalam menanganinya.

Antaranya adalah penderaan dari segi dan emosi yang menyebabkan kita takut untuk mengharapkan kasih sayang dan sentiasa menghadkan diri dalam hubungan.

Malah kesan trauma tersebut kadang kala membuat sikap kita menjadi dingin dan stress.

Kesimpulannya, stress merupakan sesuatu yang tidak baik kepada kesihatan kita. Ia boleh menyebabkan masalah tingkah laku, perubahan personaliti dan mengganggu emosi seseorang.

Jika tidak ditangani dengan cepat dan baik, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan kita seperti penyakit angin ahmar, kemurungan, jantung koronori dan kegagalan jantung kita berfungsi.

Oleh itu, kenalpasti tahap stress anda, jika ianya tinggi segera ambil tindakan bagi menangani situasi tersebut. Jangan malu untuk merujuk kepada pakar jika anda berasa sukar, supaya mereka boleh bantu anda mendepani stress tersebut. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!


Pantau kesihatan Mommy, Daddy dan anak-anak dengan pelbagai tips berguna di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.