Ibu, Bayi & Kanak Kanak

13 Puting Baby Yang Terbaik di Malaysia Khas untuk Si Manja Anda

Foto Kredit: Adobe Stock

Puting baby atau pacifier boleh menjadi suatu kewajipan untuk Mama sediakan buat si manja. Ia merupakan salah satu produk yang dapat menenangkan bayi anda. 

Untuk memudahkan Mama, anda boleh mendapatkan puting baby yang terbaik dan menjadi pilihan ramai di Motherhood.com.my.

13 Puting Baby Yang Terbaik Untuk Si Manja

1) Little B House Joyfulbaby Funny Pacifier (anti-jongang)

Highlighted


Puting bayi ini sesuai untuk semua peringkat usia dan sesuai untuk bayi berumur bawah dari 1 tahun. Material terdiri daripada bahan yang lembut dan tidak akan menyakitkan mulut bayi semasa menghisap. 

Puting ini juga mempunyai tekstur yang fleksibel dan tidak mudah untuk ditanggalkan.

Reka bentuk puting ini yang ortodontik dan silikon baik untuk menjaga gigi, lelangit serta gusi anak anda dari menjadi jongang.

Pertumbuhan gigi dan gusi si kecil juga akan menjadi elok. Tiada bahan merbahaya pada puting ini kerana ia adalah 100% bebas BPA.

Beli di sini: Little B House  Joyfulbaby Funny Pacifier

2) NUK Space Silicone Soother S1 With Cover (0-6m) 2pcs

Bagi bayi yang baru saja berusia sebulan, puting kosong sangat sesuai terutamanya untuk bayi yang baru lahir. Penggunaan puting mampu membuatkan waktu tidur mereka lebih panjang.

Fakta ini penting kerana ada sesetengah bayi cepat terjaga dan sensitif dengan keadaan sekeliling seperti bunyi yang sangat halus atau cahaya yang malap.

NUK mengeluarkan puting kosong ini dengan reka bentuk klasik dan ‘user-friendly’.

Tidak seperti puting biasa, NUK mempunyai sistem pengalihan udara (Air System). Puting ini akan kekal lembut dan serta-merta tidak akan menyebabkan malformasi di rahang anak anda. 

Beli di sini: NUK Orthodontic Latex Soother / Pacifier – 2pcs

3) Philips Avent Berry Smoother Night Time (0-6m) (Twin Pack)

Philips AVENT mengeluarkan rangkaian puting ortodontik ini yang mempunyai ciri-ciri boleh dilipat dan simetrik yang mampu untuk membantu perkembangan semulajadi lelangit, gigi dan gusi bayi anda.

Puting ini diperbuat daripada silikon dan bebas dari bahan merbahaya serta bau yang kurang menyenangkan. 

Materialnya memenuhi piawaian keselamatan tertinggi (BS EN 1400). Ciri-cirinya termasuk silikon yang sangat lembut, licin, tahan lama dan sangat mudah untuk dibersihkan. 

Beli di sini: Philips Avent Berry Soother Night Time 0-6M Boy (Twin Pack) – Bear/Stars

4) Piyo Piyo (Thumb Shape) Pacifier + Pacifier Chain

Puting berjenama Piyo Piyo ini direka khas untuk bayi pra-matang yang sukar untuk menggunakan puting bayi biasa dan menjadikan ia ideal untuk bayi yang lahir secara pra-matang.

Reka bentuk puting Piyo Piyo ini mengikut saiz dan bentuk ibu jari anda, membuatkan bayi anda selesa menghisapnya. 

Satu penutup khas disediakan untuk elak puting ini menjadi kotor daripada kuman di mana-mana permukaan semasa tidak digunakan.

Ia juga didatangkan khas dengan ‘chain pacifier’, anda boleh menggantung puting ini samada di baju anak anda atau pada diri sendiri. 

Beli di sini: Piyo Piyo (Thumb Shape) Pacifier + Pacifier Chain 

5) Piyo Piyo Silicone Pacifier – Blue

Puting ini direka khas menyerupai bentuk puting si ibu untuk memberikan keselesaan kepada anak semasa menghisapnya.

Mulut anak tidak akan terasa sakit kerana puting ini mempunyai kesan regangan yang baik dan sangat mudah untuk dibersihkan. 

Bahan puting ini terdiri daripada silikon yang lembut. Oleh itu, puting ini tahan lama serta mudah dibawa ke mana sahaja. 

Beli di sini: Piyo Piyo Silicone Pacifier – Blue

6) Philips Avent Ultra Air Soother (0M-6M)

Sesuai untuk bayi anda yang baru sahaja hendak mencuba untuk menghisap puting. Dilengkapi dengan teknologi FlexiFit, ia mengikuti lengkung semulajadi wajah bayi anda dan memberikan keselesaan yang sempurna. 

Ia mempunyai lubang udara tambahan yang membolehkan kulit bayi anda bernafas. Tekstur silikon puting ini yang lembut bagaikan sutera, pasti tidak akan mengganggu pertumbuhan lelangit, gigi dan gusi bayi anda. 

Beli di sini: Philips Avent Ultra Air Soother (0M-6M)

7) Haaka Nano Silver Silicone Pacifier Natural Anti-Bacterial Soother Teether (3m+)

Dilengkapi dengan teknologi baru, silicone nano-silver yang dapat menghalang radang virus sekunder serta dapat mengawal kuman, dan juga bertindak sebagai agen anti-bakteria.

Direka khas seperti puting ibu, silicone nano-silver ini mengekalkan kesegaran secara semulajadi sehingga 99.9% tanpa pembasmian tambahan melalui kaedah pensterilan.

Ia juga dapat menghalang bau dan perubahan warna terhadap silikon tersebut dan kelihatan seperti produk getah asli. 

Beli di sini: Haaka Nano Silver Silicone Pacifier Natural Anti-Bacterial Soother Teether (3m+)

8) Tommee Tippee Little London Soother 0-6m

Mama mesti tahu bahawa tidak ada yang lebih indah daripada bayi yang tenang dan berpuas hati.

Jadi, Tommee Tippee telah mengembangkan koleksi puting baby yang disukai oleh bayi. Puting ortodontik simetri ini telah direka khas untuk membantu mengoptimumkan penerimaan bayi.

Oleh itu, apabila anda perlu mengubah jeritan dan tangisan menjadi senyuman yang manja, pilihlah puting baby Tommee Tippee Soother ini!

Bentuk ortodontik simetri pada puting baby ini direka untuk menyokong perkembangan oral secara semula jadi.

Puting baby ini  mempunyai ciri reversible yang  juga memudahkan bayi untuk memasukkan soother dengan betul. Puting baby ini juga bebas BPA.

Beli di sini: Tommee Tippee Little London Soother 

9) US Baby Silismart Pacifier Round

Puting baby ini diperbuat daripada 100% Silikon Gred Perubatan, mudah alih, mudah dipegang dan mengekspreskan susu dengan efektif.

Ia juga boleh menampung kapasiti pengumpulan susu dengan saiz payudara 4 auns/100ml kapasiti.

Sangat mudah digunakan dan juga senang untuk dibersihkan.

Beli di sini: US Baby Silismart Pacifier Round

10) UPIS Pacifier (Stage 1)

Puting baby ini diperbuat dengan material yang lembut bagaikan sentuhan ibu yang akan membantu kestabilan emosi bayi. Ia juga menyokong fungsi pergerakan mulut bayi dengan baik.

Material silikon yang terdapat pada puting ini juga menyerupai dan memberi perasaan yang sama seperti payudara ibu yang sebenar, yang akan membantu bayi stabil secara psikologi. 

Beli di sini: UPIS Pacifier (Stage 1)

11) Suavinex Panda Collection BPA Free 6-18 Months Anatomical Silicone Soother Pacifier Clip Set

Puting baby Suavinex ini sesuai untuk bayi dari 6 hingga 18 bulan. Koleksi puting yang mempunyai corak yang comel ini juga menentang gigitan kuat yang akan menyebabkan koyak atau berlubang. Ia juga bebas BPA.

Puting baby ini juga bercirikan silikon ‘anatomical’ yang sesuai untuk bayi.

Beli di sini: Suavinex Panda Collection BPA Free 6-18 Months Anatomical Silicone Soother Pacifier Clip Set

12) Simba Candy Thumb Shaped Pacifier – Green (6m+)

Puting bayi ini direka khas untuk berbentuk seperti ibu jari – kepala bentuk ibu jari tidak akan mengganggu pembentukan gigi bayi atau garis gusi selepas penggunaan yang berpanjangan.

Ia juga diperbuat daripada silikon gred makanan yang diimport dari negara Jepun – ujian keselamatan SGS diperakui dan bebas BPA.

Sarung penutup juga disertakan untuk menjaga kebersihan sepanjang masa. Puting ini juga tidak akan meninggalkan sisa air di dalamnya.

Beli di sini: Simba Candy Thumb Shaped Pacifier

13) Piyo Piyo Thumb Shape Pacifier

Pastikan bayi anda selalu gembira dan tenang dengan Piyo Piyo Thumb Space Pacifier. Pacifier ini berbentuk seperti ibu jari supaya ia akan berasa lebih semula jadi apabila digunakan oleh bayi anda.

Tambahan pula, ia mempunyai satu penutup untuk mengelakkan pacifier ini daripada menjadi kotor apabila tidak digunakan.

Tempat gantung yang disediakan juga adalah untuk mengelakkan anda kehilangan pacifier ini kerana si manja yang aktif. 

Ia juga lembut untuk melindungi mulut bayi anda, dan tidak berbau atau berperisa.

Beli di sini: Piyo Piyo Thumb Shape Pacifier


Jadi, puting bayi yang mana satu akan menjadi pilihan anda? Pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk keselesaan yang optimum buat si manja.

Jom dapatkan produk-produk yang disenaraikan di atas di Motherhood.com.my hari ini! Mama juga boleh lihat checklist barang keperluan Mama dan bayi yang lain dalam entri ini.