Perkara yang anda bimbang sebagai ibu baru akan membuat anda terkejut. Adakah anda pernah membayangkan anda berbual sepanjang hari hanya disebabkan penghadaman bayi? Itulah yang bayi boleh lakukan untuk kehidupan sosial anda!
Adakah anda sering memikirkan warna najis dan kekerapannya? Mari bincangkan berapa kerap bayi sepatutnya mengeluarkan najisnya.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Najis Pertama:
Mari kita mulakan dari awal. Najis pertama yang dikeluarkan dipanggil Meconium. Rupanya boleh mengejutkan anda sedikit, tetapi jangan bimbang! Ia sepatutnya kelihatan biasa di sini.
Pra-matang boleh membawa kepada penghasilan meconium yang lambat. Jika bayi anda belum mengeluarkan najis pertama dalam tempoh 48 jam kelahirannya, doktor mungkin akan periksa sedikit.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Adakah ia biasa ? Bayi kerap membuang air besar.
Sebaik sahaja anda pulang ke rumah, bayi anda akan mula makan, anda boleh menjangkakan kekerapan dan warna tahi yang berubah. Daripada warna hitam-kehitaman, sehingga warna kekuningan, tahi dari bayi yang baru lahir boleh berubah.
- Kekerapan najis yang dikeluarkan oleh bayi baru lahir boleh menjadi tidak menentu. Kadang-kadang boleh satu hari dia tidak membuang, atau mungkin dia akan membuang setiap kalu dia makan.
- Pergerakan usus bayi yang baru lahir boleh berlaku 8 hingga 10 kali sehari.
- Secara umum, jika bayi anda cukup makan, dia harus membuang dengan secukupnya. Tetapi, jika dia tidak membuang seharian, jangan bimbang. Selagi lampin dia membasah lima hingga enam kali sehari, makanan yang di makan sangat mencukupi.
- Jika bayi menyusu ibu, bayi itu akan lebih kerap membuang air besar sehari. Bayi yang menyusu badan juga kerap membuang air besar 6 hingga 10 kali sehari. Tetapi pada minggu ketiga, kekerapan itu akan berkurangan.
- Manakala, pergerakan usus pada bayi yang minum susu formula tidak kerap.
- Ketekalan dan kekerapan najis yang dibuang bergantung kepada jenis formula anda gunakan. Sesetengah formula boleh membuatkan bayi anda sembelit manakala sesetengah lagi mungkin dapat membuatkan pergerakan usus berlaku sehari. Kebanyakan formula bayi yang diperkaya zat besi dan boleh membawa kepada sembelit pada bayi.
- Ia adalah sukar untuk mendiagnosis cirit-birit pada bayi yang baru lahir kerana najis yang dikeluarkan berair. Jadi, Kenal pasti perubahan pada kekerapan najis yang dikeluarkan dan najis yang berair jika anda mengesyaki cirit-birit.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Bila untuk mula bimbang?
Anda tidak perlu bimbang dengan berapa kerap bayi anda membuang air besar. Selagi dia makan dengan baik dan kelihatan gembira, sekurang-kurangnya anda tidak perlu bimbang dengan lampinnya. Tetapi ada masanya anda perlu berjumpa dengan pakar kanak-kanak yang boleh bantu. Hubungi doktor anda jika:
- Bayi yang baru lahir anda sembelit. Jika dia mempunyai kesukaran membuang najis dan najis dia nampak keras, dia kemungkinan besar sembelit dan memerlukan bantuan perubatan.
- Jika dia membuang beberapa (lebih daripada biasa) najis yang cair sehari. Ini mungkin menandakan cirit-birit dan memerlukan rawatan segera. Cirit-birit boleh menjadi serius dengan cepat dan menyebabkan dehidrasi.
- Jika anda mendapati darah dalam lampin bayi anda. Kadang-kadang, darah ini boleh menjadi hasil daripada meneran berlebihan semasa membuang. Atau ia mungkin menunjukkan jangkitan. Tidak kira punca, darah dalam najis memerlukan rawatan dari doktor.
- Jika dia membuang air besar berwarna hitam atau putih. Najis pertama bayi anda keluarkan akan hitam, tetapi jika berterusan segera bawa ke doktor. Najis hitam boleh menunjukkan kehadiran darah lama. Najis berwarna putih atau kelabu menunjukkan kekurangan hempedu. Ini mungkin menandakan masalah hati dan memerlukan rawatan doktor.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Tiada istilah ‘biasa’ pada kekerapan pembuangan air besar bagi bayi yang baru lahir. Jangan terlalu bimbang. Bayi orang lain mungkin membuang 10 kali sehari manakala bayi anda hanya membuang sekali sehari. Kedua-duanya sama sahaja. Teruskan beri dia makan dan pastikan lampin tidak penuh. Bayi anda dalam keadaan yang baik, jangan bimbang!
Dipetik daripada momjunction.com