Bermula dengan pandemik, kita tidak boleh lari daripada gajet ataupun telefon kita. Namun, gajet dan wifi sudah termasuk dalam kategori keperluan bagi zaman sekarang, dan sukar jika tidak mempunyai kemudahan kedua-dua ini.
Tetapi, kita masih harus tetapkan screen time untuk anak kecil kita.
Menurut Astro Awani, tinjauan dibuat oleh Pengguna Internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2020 menunjukkan 88.7 peratus rakyat Malaysia adalah pengguna Internet.
Dan menurut laporannya, bilangan kanak-kanak berumur antara lima dan 17 tahun yang menggunakan Internet telah meningkat daripada 18.4 peratus pada 2016 kepada 47.0 peratus pada 2020. Bagaimanapun, hanya 34.4 peratus ibu bapa menetapkan kawalan bagi melindungi anak mereka di Internet.
Kesan Screen Time Pada Kesihatan
Menurut Dr Aris Mosely daripada WellnessNow, terdapat beberapa kesan yang negatif jika Mommy tidak mengawal masa skrin anak-anak.
Antaranya adalah:
- Obesiti, diabetes dan kolesterol – Jika anak Mommy terlalu banyak masa diluangkan dengan aktiviti yang tidak aktif, seperti bermain video game atau menonton TV, ia boleh menjadi salah satu penyebab berlakunya obesiti. Kesihatan jantung juga boleh terjejas dan boleh membawa kepada risiko diabetes, peningkatan tekanan darah atau kolesterol yang lebih tinggi.
- Masalah tidur – Cahaya yang dipancarkan daripada peranti elektronik mengganggu kitaran tidur otak dan boleh menghalang tidur malam kita. Untuk tidur dengan lebih lena, jauhkan skrin dari bilik tidur dan elakkan sekurang-kurangnya sejam sebelum anak Mommy sedia untuk tidur.
- Sakit leher dan belakang yang kronik – Terlalu banyak screen time boleh menyebabkan postur anak Mommy menjadi lemah, menyebabkan leher, bahu dan sakit belakang yang kronik. Sebaliknya, cuba untuk berjalan-jalan daripada duduk sahaja. Selain itu, berdiri atau meregangkan badan. Pastikan kerusi anda menyediakan sokongan belakang yang mencukupi dan cuba pastikan peranti seperti komputer riba berada pada paras mata.
- Kemurungan dan kebimbangan – Semua masa yang dihabiskan di hadapan skrin boleh menjejaskan kesihatan mental dan emosi. Pakar menyatakan bahawa kemungkinan masa skrin dan kemurungan yang lebih tinggi boleh membawa kepada rasa ingin bunuh diri dan menurunkan keupayaan seseorang untuk memahami sesuatu emosi secara umum.
Selain daripada ‘surat perjanjian’ yang diperkenalkan oleh Dr Sheikh Muszaphar, Mommy boleh cuba panduan untuk mengehadkan masa skrin anak-anak yang telah dikongsikan oleh Encik Mohd Syafie.
Berapa lama anak kita “screen time” (ST) sehari?
- jika kanak-kanak di bawah usia tiga tahun didedahkan dengan skrin telefon lebih kurang tiga jam, mereka akan mengalami masalah kurang tumpuan dan lambat bercakap.
- jika mereka didedahkan dengan skrin telefon lebih daripada tiga jam sehari, selain daripada masalah lambat bercakap dan memberi tumpuan, mereka juga akan menjadi hiperaktif.
- Tetapkan ST mereka, waktu bila boleh menggunakan gajet dan hadkan masanya. Jelaskan kepada mereka tujuan dan sebabnya.
- Ketika waktu bukan ST pada siang hari, galakkan anak-anak meluangkan masa diluar rumah.
- Tetapkan masa dan zon bebas skrin, contohnya ketika berada di meja makan sama ada di rumah atau di restoran.
- Tiada ST di bilik tidur atau hampir waktu untuk tidur.
- Tunjukkan contoh yang baik sebagai ibu bapa kepada anak-anak dengan tidak ‘melekat’ sahaja di skrin telefon serta meluangkan masa bersama mereka.
3 Cara Saya dan Isteri kawal Screen Time Anak-anak
#1 Adakan jadual dan rutin harian untuk anak-anak.
#2 Outdoor time
Make it possible untuk mereka lakukan aktiviti outdoor. Kami memang block outdoor time dalam jadual yang yang telah kami buat untuk semua.
Seperti kami, kami adakan kolam, trampoline, berbasikal, berkhemah dan macam-macam lagi. Pelbagaikan supaya tidak bosan. Dan anak-anak memang akan demand hak outdoor mereka selepas Asar. Jika tidak hujan, mereka mahu outdoor time mereka.
Ada orang kata jangan gadaikan hobi kita kerana anak-anak. Latih dan pupuk minat anak-anak untuk lakukan hobi kita. Supaya kelak boleh lakukan hobi bersama.
Sebab itu kami sudah mula dedahkan berkhemah dan berbasikal dengan mereka. Kerana itu antara hobi yang kami suami isteri lakukan sebelum masuk anak kedua.
Tunggu lagi setahun dua kami akan mula dedahkan sukan skuba pula kerana itu antara yang kami lakukan hampir setiap minggu dahulu sebelum anak kedua.
Dan memandangkan anak-anak lelaki juga amat minat dengan haiwan baik darat atau haiwan laut. Mereka juga sudah mula meminta bila boleh belajar menyelam pula.
Lakukan aktiviti-aktiviti hobi kita dengan anak-anak. Supaya “lesen” nak pergi pun senang approve nanti.
#3 Pelbagaikan aktiviti indoor
Ada masanya kita juga malas nak outdoor atau pun hujan kan. Pelbagaikan aktiviti indoor supaya anak-anak tidak bosan dan supaya mereka tidak merengek mahu screen time.
Adakan pelbagai Board games, Card games, buku, Lego dan mainan-mainan yang membina STEM. Minat terbaru mereka adalah memasak. Mereka akan pilih menu yang mereka mahu buat dan mereka masak sendiri. Kebanyakannya kita shopeekan je barang-barang tu.
Ini cara kami kawal dan kurangkan screen time anak-anak kami. Mungkin kurang betul tapi ia berkesan untuk kami. Jom sama-sama jaga perkembangan neuron, mental dan fizikal anak-anak.
Pelbagai tips telah dikongsikan oleh Encik Mohd Syafie tentang cara untuk pantang screen time anak-anak. Semoga bermanfaat untuk Mommy dan sekeluarga.
Untuk mendapat lebih banyak tips and resepi yang menarik, ikuti semua di Motherhood Story.